Bab 8

57 5 0
                                    

Dua bulan sudah pun berlalu dan beberapa perkara sudah berubah. Amethyst mengalami beberapa perubahan dan improvisasi dalam kemahiran mereka. Ain dan Nabil sudahpun mahir menyerang musuh jarak dekat dan menggunakan tenaga dalam setiap serangan dengan bijak. Cara ini menjamin agar mereka tidak rebah kerana terlalu letih.

Kini, ahli penggodam Amethyst juga mahir menembak dan membidik dengan tepat seperti penembak tepat. Amethyst sememangnya cepat belajar dan senang memahami teori menembak. Farah dan Syamimi yang dahulu hanya tahu membuat bom kini telah berganding bahu dengan Puteri dan Trisya dalam kelas Dadah dan Kimia.

Setiap kelas yang dihadiri menjalankan projek dan ujian untuk mereka seperti inovasi senjata api, sut badan berteknologi tinggi dan ujian stamina setiap minggu. Semua ujian ini merekodkan pencapaian individual dan tahap mana mereka berada sekarang. Pelatih pelatih di sana juga mula mengakui Amethyst sebagai anggota AGENT dan menghormati setiap ahli Amethyst.

Mereka melihat Amethyst penuh dengan nilai yang patut diterapkan dalam diri dan apabila di dalam misi. Sikap keluarga antara satu sama lain juga dirasakan bagus diamalkan oleh Headquarters AGENT. Mereka mengakui Amethyst memang berkelakuan matang di samping keanak-anakan.

Kelas Kombat

Wisel ditiupkan mengisyaratkan Syahmi, Kisho, Shuuban, Adam dan Irman yang berbaris di bawah cerun mula berlari. Mereka memulakan langkah pertama dalam ujian stamina kali ini dengan semangat membara. Setiap dari mereka ingin memenangi ujian ini.

Kisho dan Irman membuka langkah besar dan mendahului ke atas cerun. Lebih lebih lagi susuk tubuh mereka berdua agak tinggi dan tegap. Shuuban pula menggunakan kepakarannya dengan berlari pantas untuk menandingi Irman dan Kisho. Begitu juga dengan Syahmi yang agak lambat melepasi fasa pertama ujian stamina hari ini.

Sorakan moral dilaungkan kepada mereka oleh Amethyst yang datang untuk menyaksikan mereka menjalani ujian stamina. Tidak kurang juga yang sudah menjalani ujian ini seperti Kaminni, Aqilah, Danish dan Iz turut menaikkan semangat mereka untuk menang. Memenangi ujian ini hanya satu bonus sahaja, mereka sudah menang jika pencapaian mereka lebih baik daripada sebelum ini.

Sedikit informasi tentang ujian ini, setiap set ujian disertai oleh 5 orang diselangi setiap 10 minit. Kumpulan sekarang ini merupakan kumpulan terakhir yang akan menamatkan ujian stamina. Pada fasa pertama badan mereka diikat dengan 3 tayar besar dan mereka harus berlari ke atas cerun yang agak curam.

Kemudian tayar itu ditanggalkan dan mereka beralih ke fasa kedua. Fasa kedua memerlukan mereka melompat melepasi benteng setinggi 3 meter. Terdapat 3 benteng yang perlu dilepasi dan dua daripada benteng itu mempunyai lumpur dan lubang sedalam dua meter. 

Kisho yang pertama sampai dahulu di depan benteng mula melompat dan memanjat benteng pertama. Benteng pertama dilepasi dengan begitu mudah sekali. Yang lain juga sudah mula mengejar Kisho dari belakang. Shuuban juga sudah melompat dari benteng. Dia berlari ke depan mengejar jejak Kisho dari belakang dengan pantas.

Dia kini berlari bersebelahan Irman. Benteng kedua berada di depan mata. Lumpur yang kecoklatan yang lembap berada di depan benteng. Shuuban melompat serentak dengan Irman. Tangan yang tergantung di benteng itu dikuatkan dan Irman menghayunkan badan untuk menaiki benteng itu. Dia sudah biasa melakukan ini dengan Ain.

Ini merupakan batu pelompat untuk memenangi ujian ini. Sebaik sahaja Irman mendarat di tanah dia terus berlari tidak mahu memperlahankan momentum. Sampai sahaja di benteng ketiga dia melihat Kisho berada di dalam lubang sedalam dua meter. Dia seperti mempunyai masalah untuk keluar dari lubang itu.

Selalunya Kisho tiada masalah untuk keluar dari lubang itu. Irman mendekati Kisho dan menghulurkan tangan kepadanya. Huluran tangan itu disambut dengan penuh syukur dari Kisho. Shuuban baru sahaja sampai terus melompat dan bergayut pada benteng. Ucapan terima kasih diberi kepada Irman. Tanpa banyak bicara mereka meneruskan ujian seperti biasa.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now