Bab 7

53 4 1
                                    

Sekarang ini sudah tiba masa untuk budak perempuan ke auditorium untuk subjek KHB-ERT bersama Cikgu Sha. Budak perempuan berkemas kemas mengambil barang seperti kotak pensel dan buku teks. Ini bermakna lelaki Amethyst mempunyai masa terluang sebelum sekolah tamat dan bermulanya latihan mereka.

Nabil yang sememangnya seorang yang sukakan perhatian dan menarik perhatian meregangkan sendinya.

"Ouh, akhirnya aku boleh rest in peace dengan tiadanya orang buat bising tepi telinga", kata katanya menyebabkan ramai memandang dia. Kemudian dia seperti teringat sesuatu. Serta merta dia berhenti menulis dan berfikir.

"Eh, bukan! Rest in peace tu mati. Aku tak nak mati lagi. Aku nak study in peace!", dia ucap sambil matanya membara dengan semangat belajar yang hadir.

" Humph, ada ada je kau ni", dengan itu Dinah berjalan keluar dari kelas. Tinggal lelaki sahaja dalam kelas.

Ada yang mengulang kaji dan ada juga yang menyiapkan kerja sekolah. Maklumlah, Cikgu Saro ada beri mereka tugasan untuk dihantar esok pagi. Dua karangan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bertajuk sama iaitu tentang kepentingan teknologi pada manusia sejagat. Habislah jika ada yang tidak menyiapkan tugasan itu.

Tiada siapa yang berhasrat melihat akibat tidak mematuhi arahan Cikgu Saro. Dan manusia manusia yang menangguh kerja mereka ialah Syahmi, Shuuban dan Mirza. Tulisan tangan mereka tidak ubah seperti cacing kerawit mengerekot kepanasan.

Selain itu, Aman sedang sibuk membuat benda lain. Dia agak sibuk kebelakangan ini. Danish yang tiada kerja yang perlu disiapkan dan berbangga dia tidak mengejar masa seperti kawan kawannya yang lain. Disebabkan dia bosan tidak melakukan apa apa dan malas mendendangkan lagu klasik dia merayau dari meja ke meja, memerhati situasi kawan kawannya.

Danish datang mendekati Aman yang matanya tetap memerhati skrin laptop. Dia sering kelihatan bersama dengan laptop langsung tidak berenggang dengannya sambil membawa buku kecil. Hal ini menarik perhatian Danish kerana selalunya, Aman akan sentiasa melayan permainan atas talian bersama Mirza.

"Kau buat ape tuh?! Main ML ke? Nak join!", Danish berpendapat melulu sebelum dengar jawaban Aman. Yang pasti dia langsung tidak faham apa yang Aman sedang buat sekarang. Jari jemari Aman pula asyik membuat bunyi keletak keletuk pada papan kekunci.

"Kau ingat lagi en, Fernand. Aku nak cari maklumat pasal dia. Dan adalah sikit aku dapat maklumat", dia memusingkan laptop menunjukkan Danish artikel pada sebuah laman sesawang.

Walaupun mereka hanya tahu nama Fernand dan kemungkinan itu bukanlah nama sebenarnya, itu tidak mematahkan semangat Aman. Dia menukar kata kunci carian pada kes pembunuhan Presiden Cuba. Sudah pasti ramai wartawan membuat artikel tentang ini.

Jangkaan dia betul! Melalui sebuah artikel, ada yang mengesyaki Fernand sebagai ahli kimia yang dikenali suatu masa lalu sebelum menyepikan diri. Ada gambar pemuda iras iras Fernand yang memegang sekeping sijil pengiktirafan. Dapat dilihat jelas perkataan WHO di sijil tersebut. Dari situ, Aman meluaskan pencariannya.

"Bapak gempak! So, dia ni dulu pakar antidot? WHO pulak tu. Sampailah dia letak kerja tahun 2015, tiga tahun lepas en. Nama sebenar dia?", Danish bertanya balik pada Aman.

Aman menggerakkan anak panah untuk pergi ke muka surat sebelum ini. Terpampang dengan huruf besar dan tebal pada gambar. Tajuk surat khabar itu bertajuk Pakar Antidot Terbaru Berjaya Mencipta Antidot Hanahaki Disease.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now