Bab 15

29 2 0
                                    

Hari ini, Farah membuat keputusan untuk berjumpa dengan Ikmal, untuk bertanyakan perihal pengikut Hyacinth. Dia masih lagi kurang pasti dengan teori perancangan jahat Fernand dan motifnya. Semuanya agak kabur di mata Farah. Sudah sehari berlalu selepas mesyuarat ibubapa dan guru berlalu dan keadaan kembali semula seperti biasa, mereka berusaha sedaya upaya untuk meneruskan hidup seperti sediakala. Mereka meneruskan pembelajaran dan latihan di tempat yang baharu dan dengan azam yang baharu.

Farah menunggu Ikmal di perpustakaan selepas habis sesi persekolahan pada hari ini. Farah mengeluarkan laptopnya dan nota-nota penting. Hari ini merupakan hari Jumaat di mana budak lelaki akan menunaikan solat Jumaat. Farah mula membuka semula data base yang telah dibuat sendiri. Dia menganalisis kembali fakta dan maklumat yang sama berulang kali, namun sebanyak mana dia melihat data yang terpampang pada skrin, dia tetap tidak mampu untuk mengaitkan kesemua klu yang ada, seakan-akan dia tertinggal satu maklumat yang penting.

Jarak semua lokasi dengan satelit utama, di mana segala rangkaian internet dimanipulasi olehnya tidak cukup untuk ditafsirkan. Farah melepaskan keluhan kecil. 
Bahunya tiba-tiba disentuh. Di dalam perpustakaan yang lenggang dan senyap itu, Farah terasa seram sejuk secara mengejut. Dia berpaling ke belakang perlahan-lahan, jantung berdegup kentang dan hormon adrenalin mengalir melalui salur-salur darah.

"Woi, kau dah kenapa? Lek ah, aku je ni", Nurul Aishah menegur Farah. Di sebelahnya ada Puteri yang sedang memegang sebuah buku yang agak tebal. Kulit buku itu kelihatan usang, mungkin telah dimamah masa. Walaupun buku itu berusia dan berhabuk, namun ilmu yang terkandung di dalamnya masih lagi berharga. Muka mereka berdua langsung tidak perasan dengan Farah yang hampir separuh mati terkejut dengan cara sapaan mereka. Farah mengurut-urut dadanya, lega untuk melihat kawan-kawannya.

"Hish korang ni! Nak tegur tu bagi salam lah. Tahu tak jantung aku dah nak terkeluar tadi?", Farah mendesis, dia cuba mengawal nada suaranya, maklumlah mereka berada di dalam perpustakaan jadi etika perpustakaan harus mereka patuhi. Nurul Aishah dan Puteri tersengih-sengih mendengar balasan Farah. Mereka duduk di depan Farah, berkongsi meja yang sama dengannya.

"Yelah yelah, ni apa kau buat ni? Bersepah semacam je. Mana Nisa, Sarah semua tu? Selalunya kau dengan dorang en?", Puteri bertanya kepada Farah. Dia meletakkan bukunya di tepi. Dia tidak mahu mengacau Farah dan nota-notanya, barangkali mereka bakal dimarahi lagi.

"Ouh, dorang sibuk dengan latihan menembak. Aku dengar ada penambahan alatan baharu dekat bilik simpanan latihan menembak. Aku malas nak tengok sebab ada hal yang tak settle lagi. Aku tengah tunggu Ikmal sebenarnya. Korang pulak? Buku apa tu? First time aku tengok korang pegang buku library ni, hehe", Farah menuding jari telunjuknya pada buku tebal tersebut.

"Ouh, ni buku pasal rahsia alam. Lebih kurang macam tujuh keajaiban dunia, but buku ni ada lebih banyak maklumat dari tujuh keajaiban dunia je, dia ada sebut pasal putaran orbit dan bintang, betaba hebatnya peredaran bumi dan lain-lain. Aku nak pulangkan buku ni sebenarnya, dah habis baca dah pun", Puteri membalas pertanyaan Farah dan menyerahkan buku itu kepadanya.

Farah dengan hati yang tertarik menyambut buku itu dengan hati terbuka. Sebelum sempat Farah mahu bertanya lebih lanjut  tentang buku itu, Puteri dan Nurul Aishah sudah meminta diri untuk pulang ke dorm, dengan niat mahu menyiapkan kerja sekolah. Farah juga, tidak mahu menahan mereka berdua membiarkan mereka pergi. Mata Farah melirik antara laptopnya dan buku yang berada di tangannya. Farah rasa berbelah bahagi pula.

Dia mahu terus menganalisis tetapi hatinya entah mengapa sangat tertarik untuk membuka helaian buku itu. Akhirnya, Farah membuka buku itu dan melihat isi kandungannya. Tiada isi kandungan yang lebih menarik dan misteri daripada buku ini. Matanya ligat membaca tajuk-tajuk yang terkandung sehinggalah matanya tertancap pada satu tajuk.

『AMETHYST』Where stories live. Discover now