Chapter 7

15.8K 447 37
                                    

"Arhh... ya Allah sakitnya" adu Alyah sambil mengusap perutnya yang besar itu. Dengan payahnya dia mencuba untuk duduk di birai katil. Sakitnya lebih teruk berbanding mengandung anak seorang. Alyah mula berpeluh dan air matanya turut mengalir sebab sakit yang teramat sangat. Sepatutnya due dia minggu depan.

"Abang.. sa..sakit" rengek Alyah dengan air mata yang tidak henti mengalir. tiada guna dia memanggil nama bekas suaminya itu. Betapa rindunya dia dengan belaian suaminya. 'Abang.. Alyah nak abang..' rayu Alyah sambil menangis. Tiba-tiba dia merasa air mengalir di celah pahanya. Matanya membulat memandang air ketubannya yang sudah pecah.

"Haikal.." panggil Alyah sambil mengoyangkan badan Haikal dengan lembut.

"Allah..." rintih Alyah dan kedua-dua tangannya memegang perutnya yang mengeras itu.

"Mummy kenapa ni?" soal Haikal sambil mengosokkan matanya. Dia masih mamai.

"Sayang.. tolong panggil aunty Mimi datang sini. Kata dekat dia perut mummy sakit. Baby nak keluar." Ucap Alyah sambil menahan sakit.

Mata Haikal bulat memandang Alyah yang menahan kesakitan.

"Mummy baby nak keluar ke?" soal Haikal. Alyah Cuma mengangguk.

Haikal melompat dari katil dan berlari kearah tepi almari dan mengambil tudung kepada Alyah.

"Mummy tunggu sini biar Haikal panggil aunty Mimi dan uncle Hairul. Pakai tudung ni mummy" beritahu Haikal lalu menyerah tudung kepada Alyah untuk dipakai. Dia terus berlari ke bilik Mimi dan Hairul.

"Tok~~~Tok~~~Tok!!"

"Aunty uncle buka pintu!!" kata Haikal sambil mengetuk pintu bilik Mimi dan Hairul banyak kali.

Haikal menghembus nafas lega apabila pintu dibuka dari dalam.

"Kenapa ni Haikal pagi-pagi buta kacau uncle beromance dengan aunty" rungut Hairul yang masih mamai. Matanya masih tutup sebab terlalu mengantuk.

"Uncle mummy cakap perut dia sakit! Baby nak keluar!" beritahu Haikal.

"Hah!! Apa!!!? Tapi bukan due mummy Haikal minggu depan ke?" soal Hairul blur.

"Manalah Haikal tahu... Uncle cepatlah!! Mummy tengah sakit" tegas Haikal.

"okay...Okay.. Haikal pergi teman mummy. Kejap lagi uncle dan aunty siap hantar mummy ke hospital." Beritahu Hairul dan Haikal Cuma mengangguk lalu berlari kearah bilik Alyah.

"Kenapa bang?" soal Mimi apabila melihat Hairul tergesa-gesa memakai baju.

"Mimi bersiap cepat! Alyah nak bersalin!" ujarnya lalu mengambil kunci kereta.

Mimi yang terkejut dengan kata-kata suaminya dengan pantas Mimi terus menyarung tudungnya dan dia terus berlari kebilik Alyah. Dia mendapatkan Alyah yang memeluk perutnya dahinya berkerut menahan kesakitan nak bersalin.

"Sakit... Mimi" Adu Alyah sambil menangis.

"Aku tahu.. bawa bersabar. Banyakkan berzikir pada Allah"

Mimi dan Hairul memapah Alyah masuk ke kereta lalu memandu ke Hospital.

**************

"Okay Mrs Alyah, you're already dilated. On the next contraction, I want you to push with the count 1,2,3." Beritahu Dr Sarah

"Okay push" beritahu Dr Sarah.

"ARGGGGGGGGGHHHH!!!!!!!!!!" Alyah meneran dengan sekuat hati. Alyah berasa pilu apabila dia melakukan semuanya keseorangan tanpa suami disisi. Dia bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Encik Izzudin.

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now