Alyah keluar dari perut kereta dan memandang kearah mereka yang berdiri kaku melihatnya. Dia tersenyum apabila Asyraff dan Ana berlari kearahnya.
"Mummy!" laung mereka.
Alyah cepat-cepat mendepangkan kedua-dua tangannya. Mereka terus berlari lalu memeluk Alyah. Bahagia wajahnya apabila memeluk anak-anakya itu.
"Mummy, Asyraff dan Ana rindu mummy" ucapnya di leher Alyah. Alyah memeluk mereka seeratnya bagai tidak mahu dilepaskan
"mummy pun rindu Asyraff dan Ana" Ucap Alyah sambil mencium pipi mereka.
"Mummy!" Alyah mendongak keatas dan melihat Putri dan Taufiq berlari kearah dia. Sekali lagi Alyah mendepakan tangannya dan kesemua anaknya memeluk Alyah dengan erat.
"Mummy, we miss you" Ucap Taufiq dan Putri serentak dengan tangisan.
Alyah membuat perkara yang sama iaitu mencium pipi mereka seorang demi seorang. Hatinya semakin bahagia apabila anak-anaknya turut membuat perkara yang sama. Pipinya dicium berkali-kali bagi meluahkan rindu mereka kepada Alyah. Mereka tak henti-henti mencium pipi mummy mereka begitu juga Alyah.
Danish yang terus berlari kearah papanya lalu didukung oleh Encik Izzudin. Dia terkejut apabila kakak dan abangnya berlari kearah wanita itu
"Papa siapa tu?" soalnya
"Mummy Ana, Asyraff, Taufiq dan Putri. Danish nak pergi tengok?" tanya Encik Izzudin.
"Nak!" balas Danish. Encik Izzudin, Datin Irma Dan Jasmin menuju kearah mereka.
Haikal Cuma memandang di dalam kereta. Dia tak mahu keluar. Dia risau adik-adiknya akan meragam kalau tiada orang bersama mereka di dalam kereta. Lagipun mereka tak nampak apa yang didalam kereta Alyah. Mereka tak perasan akan kewujudan mereka bertiga.
"Kak Alyah! Meen rindu akak" luah Jasmin dengan air mata berlinangan lalu memeluk Alyah yang sudah berdiri sambil mendukung Ana.
"Akak pun rindu Meen"
"Abang Raff" panggil Danish kepada Asyraff. Alyah memandang Danish.
"mummy itulah adik Asyraff" ujarnya. Alyah tersenyum.
"Mari sini sayang." Ucapnya.
Danish memandang Alyah selepas itu memandang Encik Izzudin. Encik Izzudin tersenyum lalu mencium pipi Danish. Dia menurunkan Danish. Alyah melutut semula sambil memanggil Danish. Danish yang sedikit takut berjalan perlahan kearah Alyah. Alyah tersenyum lalu memeluk Danish dengan erat. Danish yang tidak tahu apa-apa membalas pelukan Alyah.
"Anish sukalah dengan mummy Abang Raff" ucap Danish selepas meleraikan pelukan.
"Mummy abang, mummy adik juga" ucap Asyraff
"Danish boleh panggil aunty mummy" luah Alyah.
"Betul ke ni?" tanya Danish teruja. Alyah mengangguk. Dansih memandang papanya pula dan Encik Izzudin mengangguk juga. Danish tersenyum lalu memeluk erat leher Alyah.
"Mummy" ucapnya perlahan.
Alyah mengusap perlahan belakang Danish. Menitis air mata Encik Izzudin melihat Alyah yang sudi menerima Danish dengan hati terbuka. Bukan seperti dirinya yang mengambil masa dua tahun untuk menerima Danish dalam hidup dia
"Mummy" panggil Haikal yang keluar dari perut kereta.
"Haikal dah sihat?" soal Encik Izzudin.
"Dah uncle" ucapnya perlahan. Sedih hatinya bila Haikal panggil dirinya dengan gelaran uncle.
"Marilah kita masuk dalam rumah. Banyak benda umi nak ceritakan dengan Alyah" kata Datin Irma yang mengesat air matanya. Belum sempat dia menoleh, Alyah bersuara.
"Umi.. Izz.." apabila dia menyebut nama Encik Izzudin, dia memandang kearah bekas suaminya itu, mata mereka bertentang. Jantung mereka turut berdegup kencang.
"Alyah tahu umi dan Izz akan marah Alyah. but there is something I want to tell you both. Alyah harap umi dan Izz dapat terima mereka dengan hati terbuka." Luah Alyah perlahan.
"Alyah nak cakap apa? Alyah jangan bagi umi suspend." Kata Datin Irma. Encik Izzudin pula diam tak berkutik
"I want you to meet someone" katanya lalu membuka pintu belakang kereta dan membawa keluar dua orang anak perempuannya. Bulat mata Allisya dan Ellina memandang mereka semua. Mereka memeluk kaki Alyah.
Datin Irma menekup mulutnya dengan air matanya berjurai. Dia tidak menyangka kanak-kanak yang dia jumpa di Daycare adalah anak Alyah. patutlah dia rasa lain macam apabila bersama mereka.
"kak Alyah is this your daughters with abang Izz!?" soal Jasmin terkejut. Alyah mengangguk.
"Akak dapat tahu yang akak mengandungkan mereka sebelum akak diceraikan." Luahnya dengan perasaan hiba.
"Twin?!" soal Jasmin tak percaya. Alyah mengangguk
Berjurai air mata Encik Izzudin melihat anak-anaknya itu. 'Ya Allah apa telah aku buat! Aku ceraikan isteriku yang sedang mengandung anakku. Alyah mengandung tanpa aku disisi. Ya Allah aku suami dayus' getus hatinya penuh sesalan.
"Alyah, abang nak minta maaf apa yang abang lakukan terhadap Alyah. abang salah dalam hal ini. abang minta maaf. Abang tak sepatutnya melepaskan Alyah." dia tak mampu menahan air mata lalu berderai-derai jatuh di pipinya. Encik Izzudin terduduk dan meraup mukanya. Air matanya membasahi pipi.
Tiba-tiba dia merasakan terdapat dua tangan kecil yang megusap kedua-dua pipinya. Dia melihat anak kembarnya mengusap pipinya.
"angan angis" ujar mereka serentak. Tanpa berfikir panjang. Dia memeluk kedua-dua anaknya dengan erat sekali.
"Papa minta maaf sayang. Papa abaikan anak-anak papa" luahnya. Mereka yang menyaksi si kembar dan papanya berpelukkan turut menangis dan begitu juga Alyah.
"Uweekkkk....Uweeekk..." mereka tersentak dan memandang kearah bunyi tangisan tersebut. Alyah yang leka melihat anak-anaknya yang bertemu dengan papa mereka sampai terlupa Ilham di dalam kereta.
Encik Izzudin mendongak kearah kereta milik Alyah dengan hairan. Alyah mengeluarkan Ilham dari kereta lalu menepuk belakangnya dengan lembut.
'Alyah sudah kahwin?' soal hati Encik Izzudin.
"Anak akak ke ni? Akak dah kahwin?" teka Jasmin.
Alyah tersenyum dan mengelengkan kepalanya. "Selepas tiga bulan akak melahirkan Ellina dan Allisya, akak mengandung lagi dengan Ilham tanpa diduga" terangnya.
'Ya Allah apa telah aku buat terhadap anak-anak aku. Aku berasa bersalah sangat dengan Alyah," getus hati Encik Izzudin penuh sesal.
Ilham masih menangis dan kali ini bunyinya amat kuat. Mungkin sebab panas.
"Alyah jomlah masuk. Kasien Ilham. Panas tu sebab tu dia nangis. Izz dukung anak-anak Izz masuk dalam rumah." Terang Datin Irma sambil mengesat air mata. Banyak kejutan dia dapat pada hari ini.
Encik Izzudin mengesat air matanya lalu mendukung kedua-dua puterinya. 'Bagaimanalah Alyah mendukung mereka dua dengan Ilham lagi' getus hati Encik Izzudin.
YOU ARE READING
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2
Romantikkehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan...