Chapter 16

16.3K 434 59
                                    

"Uweekkkk!!!....Uwekkk!!...." Alyah yang sedaya upaya memujuk Ilham untuk berhenti menangis. Ilham menangis tanpa henti.

"Syhhh....Syhhh..... Ilham its okay mummy here. Jangan menangis sayang." Luah Alyah. Kalau Ilham sahaja yang menangis, Alyah okay lagi untuk memujuk. Tapi Allisya dan Ellina turut menangis apabila melihat adiknya menangis sebab sakit.

Alyah yang sedang menjemur kain terkejut apabila terdengar tangisan yang amat kuat.

'Ilham' getus hatinya gusar.

Dia berlari masuk kedalam rumah dan terkejut melihat anaknya jatuh terlentan di tepi tangga.

"Mummy" panggil Haikal perlahan. Alyah sudah terduduk di sofa lalu menoleh kearah Haikal.

"Semua salah Haikal. Haikal tak pandai jaga adik. Kalau Haikal tengok Lina dan Sya betul-betul benda ini tak akan terjadi. Haikal tak sedar mainan Lina dan Sya jatuh di kepala. Haikal bukan abang yang baik. I'm soory mummy" luah Haikal sambil menangis. Dia kecewa dengan dirinya sendiri.

Alyah memandang kearah Haikal. Walaupun usia 10 tahun tapi fikirannya seperti orang sudah matang. Alyah duduk bersila di lantai dengan bersandar di sofa.

"Haikal, ini bukan salah Haikal. Mummy tak salah Haikal pun. Mari sini sayang" Haikal berjalan perlahan kearah Alyah dan Alyah terus memeluk anak terunanya itu.

"Mummy I'm sorry" luahnya" Alyah mengusap belakang Haikal.

"Its okay mummy forgive you" kata Alyah.

"Lina, Sya come here" kata alyah lagi. Allisya dan Ellina bergerak kearah mereka lalu duduk di hadapan Alyah. Alyah tersenyum. Dia memangku Ilham sambil menepuk punggung anaknya. Ilham yang sudah berhenti menangis Cuma tinggal sedu sedan.

"Cian adik" luah Allisya dan Ellina. Mereka mengusap pipi montel Ilham.

"Sayang adik tak?"

"Cayang!"

"Kalau sayang cium adik" pinta Alyah. Allisya dan Ellina mencium kedua pipi Ilham.

"Abang ayang adik?" soal Allisya kepada Haikal. Haikal melihat Allisya yang mengharap jawaban abangnya.

"Sayang" jawab Haikal.

"kiss adik" pinta Ellina pula.

"I love you adik" luahnya lalu mencium dahi dan pipi Ilham.

'Overprotective brother and sister' luah Alyah dalam hati.

Dia memangku Ilham perlahan dan menaik bajunya ke paras dadanya. Dia merapatkan Ilham kearah dadanya. Ilham menyedut dengan rakus. Kini giliran Alyah pula mencium Ilham penuh kasih.

Haikal bermain dengan tangan kecil Ilham sebelum Ilham mengenggam jari telunjuk Haikal dengan erat.

"Ilham want to say that he also love you" ucap Alyah.

Haikal memandang kearah Alyah lalu tersenyum. Alyah membalas senyuman Haikal sambil memicit pipi Haikal.

**************

Riuh sungguh suasana di rumah banglo milik Arwah Tengku Omar. Semua anak-anak Datin Irma balik kerumah agong tersebut. Malah ahli keluarga anak-anak Datin Irma mereka turut ada untuk memeriah suasana rumah tersebut.

"Izz, Aiman. malam nanti kita pergi masjid dengar ceramah." Ujar abang sulungnya, Fahmi.

Ah arr Izz, kita pergi ramai-ramai. Lama kita tak pergi masjid sama-sama." Kata Abangnya pula, Firman.

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now