1 bulan dua minggu kemudian
"Alhamdulillah, akhirnya selamat mendarat ke Malaysia. I really miss my sweet home. Dear Malaysia, I'm back!" getus hati Alyah. Dia berjalan untuk beredar dari balai pelepasan. Hampir 2 tahun dia meninggalkan air tanahnya itu demi urusan kerja dan meninggalkan segala duka dan lara yang ditanggungnya selama dia dia tinggal di Malaysia.
"Mummy" panggil Haikal. Alyah memandang Haikal yang menolak stroller Ellina dan Allisya. Allisya dan Ellina anak kembar seiras yang sudah berusia 1 tahun 1 bulan.
"ye sayang?" soal Alyah sambil mengusap kepala Haikal
"Mummy, Haikal lapar" jawab Haikal.
"Kejab lagi kita makan. Lepas Aunty Mimi sampai kita singgah ke kedai makan"
"okay" balas Haikal.
Alyah melihat anak kembarnya yang leka bermain dengan mainan patung mereka.
"lina, sya.. lapar tak?" soalnya
Kedua-dua anaknya membulat memandang Alyah lalu menepuk tangan kecil mereka.
Alyah tersenyum bahagia. Walaupun mereka masih bayi tapi mereka tidak banyak ragam dan dengar cakap.
Haikal pula sudah berusia 10 tahun dan mempunyai sifat seorang yang bertanggunjawab. Selepas Alyah melahirkan anak kembarnya, Haikal yang banyak membantunya untuk menjaga mereka berdua. Alyah menyusu Ellina dan Haikal pula menyusu Allisya
Apabila mereka sudah keluar dari balai ketibaan. Ada susuk badan yang Alyah amat kenal, tetapi sedikit berisi. Apabila dia melihat Alyah, dia terus berdiri dan menuju kearah mereka.
"Mimi! Ya Allah rindunya saya kat awak Mimi . Awak apa khabar?" Alyah terus memeluk Mimi dengan erat sekali dan mereka berlaga pipi banyak kali. Mimi, kawan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Mimilah tempat dia mengadu.
Bila dia di London, Mimi dan suaminya sentiasa membantunya untuk membesar anak-anaknya. Mimi terpaksa balik ke Malaysia tahun lepas kerana suaminya transfer ke Malaysia setelah lama menetap di London.
"Alhamdulillah aku baik je, Cuma letih dan cepat lapar gara-gara orang dalam ni" balasnya sambil mengusap perutnya yang memboyot itu. Alyah turut mengusap perut Mimi. Sejak Mimi balik ke Malaysia, mereka sering buat video call dan berwhatsapp untuk menanya khabar dan juga menyampaikan berita gembira.
"Aunty!" Panggil Haikal lalu menyalam tangan Mimi.
"Haikal apa khabar? sihat?" soal Mimi lalu mencuit pipi Haikal.
"Sihat Aunty." Jawab Haikal lalu tersenyum. Mimi mengusap kepala Haikal
Suara bayi dari stroller menyentak Mimi. Tersenyum lebar tatkala melihat Ellina dan Allisya yang menghulurkan kedua-dua tangan mereka ke hadapan minta didukung. Mimi tersenyum
YOU ARE READING
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2
Romancekehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan...