Chapter 17

15.9K 391 10
                                    

Sudah sebulan Alyah menetap di Malaysia.

Hati Alyah mula gusar apabila melihat Ilham menangis tidak henti sehinnga serak suaranya. Ilham baru saja termuntah susu. Alyah tak henti memujuk Ilham. Dia memandang jam yang menunjukkan sudah pukul 2 pagi.

"Haikal, bangun sayang" Alyah mengerakkan sedikit tubuh Haikal. Amat berat untuk dia membangun Haikal tapi kerana keadaan Ilham yang tidak henti meragam terpaksa dia mengejutkan anaknya itu.

"Kenapa mummy" soal Haikal mamai. Dia menggosokkan matanya.

"Haikal ikut mummy hantar Ilham ke hospital. Haikal tengokkan Lina dan Sya untuk mummy" ujarnya. Haikal Cuma mengangguk. Dia berjalan kearah baby crib dan memandang Ilham yang baring sambil Ilham menangis tanpa henti. Dia cuba memujuk Ilham.

Alyah segera meletakkan Ellina dan Allisya di dalam baby chair. Ellina bergerak sedikit apabila lenanya diganggu. Alyah segera memujuk Ellina.

Diri Alyah mula panik apabila Haikal menjerit memanggil dirinya.

"Mummy hidung Ilham berdarah!" jerit Haikal. Alyah berlari menuju ke biliknya

Dia melihat Ilham makin kuat menangis apabila ada darah pekat mengalir keluar dari hidungnya.

"YA ALLAH ILHAM" jerit Alyah dek kerana terkejut melihat darah pekat keluar dari hidung bayinya itu.

"Haikal masuk dalam kereta cepat! Kita bawa Ilham ke Hospital. Tolong telefonkan aunty Mimi untuk mummy" beritahu Alyah lalu menyerah telefonnya kepada Haikal.

Haikal mengangguk lalu berlari menuju ke dalam kereta. Alyah memangku Ilham sambil mengesat darah tersebut. Hatinya tak keruan melihat keadaan anaknya yang sudah tidak bermaya itu. Sepantas kilat dia memandu keretanya. Haikal pula memangku Ilham yang tak henti menangis sambil batuk.

Apabila sampai ke Hospital. Alyah berlari masuk ke dalam hospital. Dia mula panik apabila melihat keadaan Ilham yang sudah agak teruk. Dada anaknya berombak turun naik. Air matanya mula mengalir.

'Ya Allah selamatkan anakku' doa Alyah dalam hati banyak kali.

Pembantu perubatan segera menuju kearah Alyah apabila melihat Ilham yang agak teruk akibat daripada pendarahan yang teruk itu. Dia mengikut pembantu perubatan ke dalam bilik kecemasan.

**************

"Alyah macam mana keadaan Ilham" soal Mimi. Dia segera menuju ke Hospital apabila Haikal menelefonnya sambil teresak-esak memberitahu keadaan Ilham. Hairul membawa anak-anak Alyah balik ke rumah mereka. Sudah satu jam dia menunggu Alyah keluar dari bilik kecemasan.

Mimi segera memimpin Alyah yang longlai itu dengan mata yang bengkak. Sayu hatinya melihat sahabatnya itu. Mereka perlahan-lahan duduk di atas kerusi.

"Doktor cakap antibody Ilham amat lemah. Dalam badan Ilham panas. Sekarang ini Ilham dah tidur sebab doktor dah bagi ubat untuk kurangkan darah tu mengalir. Dia terpaksa ditahan di wad sehari dua untuk pantau kesihatannya." Beritahu Alyah sambil menangis. Mimi mengusap belakang Alyah untuk menenangkan Alyah.

Hancur hati Alyah melihat keadaan Ilham. Kalau sakit itu boleh berpindah, Dia sanggup menanggung sakitnya. Asalkan anaknya sihat semula.

"Mimi saya nak minta maaf sebab menyusahkan awak lagi. dahlah awak sarat mengandung." Ujar Alyah sesal. Dia terpaksa meminta bantuan dari Mimi kerana tiada yang menjaga anak-anaknya.

"Awak tak payah bimbang. Saya dah anggap anak-anak awak macam anak saya juga." Ucap Mimi.

"terima kasih Mimi." Ucap Alyah sambil memeluk Mimi.

"no hal lah Alyah. saya dah anggap awak macam adik saya sendiri" beritahu Mimi ikhlas.

*************

Sudah dua hari Alyah berkampung di Hospital dan dia terpaksa mengambil cuti demi menjaga Ilham. Anak-anaknya dijaga oleh Mimi. Mimi datang untuk menghantar keperluannya dan Ilham. Doktor masih tidak meluluskan Ilham keluar hospital.

"Assalamualaikum" ucap Mimi.

"Waalaikumsalam" balas Alyah sambil tersenyum.

"Macam mana keadaan Ilham hari ni? dia okay tak?" soal Mimi sambil mengusap badan Ilham. Dia amat risau keadaan Ilham seperti itu.

Alyah mengeluh.

"Pagi ini nampak okay sikit. Cuma malam tadi dia tak boleh bernafas, sedih tengok dada dia turun naik sebab payah sangat untuk bernafas. Menangis pun payah. Ilham ni masih kecil dan dia tak tahu apa-apa. Kalau sakit dia akan menangis tanpa henti" ujar Alyah.

Apabila dia teringat kejadian malam semalam, Cuma Allah yang tahu perasaan dia ketika itu. Doktor terpaksa menggunakan bantuan alat penafasan akibat daripada masalah untuk bernafas.

"Ni saya nampak macam okay sikit. saya harap dia boleh keluar hari ini" beritahu Mimi.

"Harap begitulah." Jawab Alyah

"Kasien anak mummy, cepat sembuh ye sayang" ucapnya. Tangan kiri Alyah mengusap kepala Ilham dan tangan kanannya pula memegang tangan kecil Ilham.

Tidak sampai hati dia melihat keadaan Ilham yang begitu meruntunkan tangkai hatinya apabila melihat banyak wayar di tubuh kecil anaknya.   

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now