Sejak kejadian empat hari lepas, Encik Izzudin lebih banyak berdiam diri dan suka termenung.Tak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Tapi kalau dengan anak-anak, dia melayan mereka seperti biasa, mesra dan tak pernah abaikan tanggunjawabnya sebagai ayah.
"Mummy nak susu.." rengek ana. Kepala Alyah menunduk kebawah dan melihat Ana yang sedang menarik seluar skirtnya.
"Kejab ye mummy buat" ujar Alyah lalu bergerak kearah dapur untuk membuat susu. Apabila selesai, dia mendukung Ana lalu mendaki anak tangga ke biliknya. Dia membaringkan Ana di atas katil lalu menyuap botol susu ke dalam mulut Ana yang hampir terlena. Dia menepuk lembut punggung Ana.
"Alyah, boleh umi masuk?" soal Datin Irma yang berdiri di luar pintu. Dia saja nak melawat kerumah milik anaknya dan menantu untuk melihat keadaan menantunya itu. Alyah melihat Datin Irma di luar lalu mengangguk.
"Alyah okay?" soal Datin Irma setelah duduk di sebelah Alyah.
Alyah menunduk kepalanya. Dia sendiri tak tahu macam mana nak luahkan. Dia tidak tahu nak salahkan siapa dalam hal ini. Hati dia sakit bila dapat tahu keputusan DNA bahawa anak yang dikandungkan oleh Tini 99.9% adalah anak suaminya sendiri! Pedih.
Datin Irma mengusap belakang Alyah. Dia tahu Alyah seorang yang kuat. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Alyah banyak-banyak bersabar. Umi tahu Alyah kuat. Umi dapat rasa yang semua ni dirancang oleh orang tak berhati perut. Biar Allah yang balas perbuatan mereka. Alyah perlu support suami Alyah. Dia mangsa keadaan. Umi tahu Izz tertekan sekarang ni Cuma dia tak nak menunjuk sebab tak nak Alyah risaukan dia." ujar Datin Irma. Alyah Cuma mengangguk lemah.
"Umi, Alyah nak keluar dulu beli barang. Boleh tak umi tengokkan anak Alyah kejab?"
"Boleh Alyah. Tapi jangan lewat sangat nanti Izz risau" beritahu Datin Irma lalu mencium kepala Alyah. Entah mengapa dia merasakan ciumannya itu adalah kali terakhir untuk Alyah.
********************
Alyah duduk di kerusi kayu yang bertentangan dengan tasik sambil menyandar diri di kerusi. Dia masih tidak boleh menerima apa yang berlaku pada keluarganya. Macam mana dengan anak-anaknya nanti kalau dapat tahu papa mereka kahwin lagi. Alyah melepas keluhan berat.
"Alyah?" panggil seseorang dari belakang.
Alyah menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil namanya. Dahinya berkerut
'muka macam kenal tapi tak ingat dekat mana jumpa. Hmm...' desis hati Alyah.
"Nur Alyah bt Jefery ke?" soal lelaki tersebut. Dia memanggil nama panjang Alyah. Manalah tahu muka sama dan tap nama lain.
Alyah Cuma mengangguk.
Lelaki tersebut tersenyum teruja.
"Ya Allah! Kau rupanya Alyah. Lama tak jumpa kau. Kau kenal aku tak?" soal dia teruja. Lama tak berjumpa sahabatnya itu.
Alyah mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sorry saya dah lupa." Alyah tersenyum malu. 'Alahai... aku dah lupa muka kawan-kawan aku di bangku sekolah dahulu. Yalah muka time sekolah dulu belum matang dan sekarang dah masuk 30 tahun umur dah berkedut.' Getus hati Alyah
"Sampai hati kau lupa aku. Akulah Hairul suami kawan baik kau Mimi." Beritahunya.
'Mimi' desis hati Alyah. Tiba-tiba dia teringat dan matanya bulat memandang Hairul.
"Ya Allah Hairul!! Kaukah ni! Sorry aku dah lupa muka kau. Dulukan handsome tapi sekarang....." Alyah yang sudah berdiri memandang Hairul dari bawah sampai atas lalu ketawa. Hairul menjeling kearah Alyah
YOU ARE READING
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2
Romancekehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan...