chapter 14

15.2K 414 16
                                    

"Izz, ada keluar pergi mana-mana ke petang ni?" soal Datin Irma.

Encik Izzudin yang menghirup air kopi memandang kearah uminya.

"Ada umi. bawa anak-anak jalan. Kenapa umi?" Beritahu Encik Izzudin.

"Umi ingat nak beli barang kejab dekat mall. Fahmi ada call umi tadi, dia dan anak-anaknya nak datang kerumah." Encik Izzudin mengangguk. Selepas kematian abahnya akibat serangan jantung tiga tahun lepas, semua anak-anaknya balik dan menetap di Malaysia. Syarikat di luar negara mereka serah kepada orang lain.

"Baiklah umi, lepas semua anak-anak siap, kita pergi."

"Papa, kita bawa Danish sekali ke papa?" soal Taufiq sambil menyuap nasi kemulutnya.

"Tak perlu bawa dia sekali"

"Kenapa pula papa?" soal Putri yang sudah berusia 12 tahun.

"Nanti dia meragam. Papa tak nak dia menyusahkan kita." jawab Encik Izzudin

"Tak apalah papa, nanti Asyraff jaga adik. Danish kan adik Asyraff."

"Bila masa Danish jadi adik Asyraff? Bagi papa Ana adalah anak papa yang bongsu"

"Habis tu Danish?" soal Asyraff sambil menggaru kepalanya. Dia berasa pelik mengapa papanya asyik memberitahu bahawa Ana adalah adik bongsu dia. Tapi nenek pula memberitahu bahawa Ana sudah menjadi kakak kepada Danish.

"Danish Cuma menumpang dekat rumah ni." Jawab Encik Izzudin selamba.

"Izz! Kenapa cakap macam tu? Izz tahu tak sikap Izz ni boleh mempengaruh anak-anak Izz." Marah Datin Irma.

"betullah apa yang Izz cakap. Diakan budak yang menumpang disini" balas Encik Izzudin selamba

"Kalau arwah abah dengar, apa perasaan dia. Dia mendidik Izz jadi anak berguna tapi..." Datin Irma tak dapat sambung ayatnya sebab sebak. Encik Izzudin tidak meyambung sarapannya lalu berdiri.

"Papa masuk bilik kejab. Umi kalau nak bawa Danish, silakan. Tapi Izz tak nak dukung dia, Izz jijik." Ujarnya sebelum beredar.

"Papa marah anish ke nenek?" soal si cilik itu. Dia suka berdiam bila makan bersama papanya. Dia takut dengan papanya. Dia tidak tahu kenapa papanya tak suka dirinya.

Datin Irma memandang Danish sambil mengusap kepala Danish.

"Tak sayang. Papa letih" bohong Datin Irma.

"Danish makan cepat takut nanti lambat bersiap. Kejab lagi kita pergi keluar. Danish suka tak?" Soal Putri.

"Suka!" jawabnya teruja.

"Cepat makan dik, kejab lagi kitak keluar. Nanti jalan dengan abang, ok?" soal Taufiq

"Okay, Anish suka jalan ngan Abang fiq, best!"

"Habis tu macam mana dengan abang ni? Adik tak suka jalan dengan abang Asyraff ke?" rajuk Asyraff.

"Suka! Anish suka jalan-jalan dengan abang Fiq, abang Raff dan kakak. Semua best!" ujarnya jujur. Semua ketawa mendengar pengakuan Danish. Alyah pandai mendidik anaknya untuk menjaga antara satu sama lain.

***********

*Dah wangi anak mummy ni." ujar Alyah lalu memncium kedua-dua pipi Ilham. Ilham mengeluarkan suara bayinya sambil mengeselkan kakinya. Alyah baru sahaja selesai memandikan Ilham.

"Mummy, Haikal dah siapkan Ellina dan Allisya" beritahu Haikal yang memimpin tangan kedua-dua adiknya kearah Alyah. mereka terkedek-kedek berjalan kearah mummy mereka. Alyah menoleh kearah dua orang puterinya lalu tersenyum. Pandai Haikal mengayakan adiknya.

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now