Chapter 10

17K 424 44
                                    


Selepas selesai mengemas barang, Alyah melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Dia tersenyum apabila melihat Mimi yang sedang mendukung Ilham.

"Anak Mummy belum tidur lagi." Ujarnya lalu duduk diseblah mimiMimi menyerah Ilham kepada Alyah. Ilham mula merengek nak menyusu.

"Sekarang baru ingat mummy selepas puas bermain dengan Aunty Mimi" ujarnya lalu mencium pipi Ilham. Ilham mula menangis apabila kemahuannya tidak ditunai. Tak sabar betul anak mummy ni. ikut perangai siapa agaknya.

Alyah tersenyum lalu mengangkat baju ke paras dada dan merapatkan kepalanya kedadanya untuk menyusu. Anak kembarnya sudah tidur sebab penat. Dia bermain dengan tangan kecil Ilham. Ilham mengenggam jari telunjuk Alyah dengan erat.

"saya tak sangka Ilham hadir selepas Allisya dan Ellina berusia tiga bulan. Saya masih tak percaya." Ujar Mimi. Dia yang berada di Malaysia masih terkejut apabila Sabrina memaklumkan Alyah melahirkan bayi lelaki.

Namun dia percaya perkara ini pernah berlaku pada keluarganya sendiri apabila Mak longnya mengandung semula selepas melahirkan anak ketiganya. Mereka berkongsi tahun yang sama tapi bulan berbeza. Seorang lahir awal tahun dan seorang lagi akhir bulan.

Alyah mengangguk. "Saya lagi tak percaya. Tak ada morning sickness or letih. Tiba-tiba sakit perut nak bersalin. Tapi saya sepatutnya dengar cakap awak, Mimi. saya patut pergi check di hospital semasa perut semakin membesar" Kata Alyah kesal. Kalau dia terlambat sudah pasti Ilham tak dapat melihat dunia sekarang.

"Allah masih beri peluang kepada Ilham melihat dunia. Ilham adalah amanah dari Allah untuk awak menjaganya" beritahu Mimi.

Flashback

Alyah membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang keadaan sekeliling untuk memastikan di mana dia berada. Alyah melihat lengan kirinya yang disambung wayar, dengan segera dia mengagak dimana dia berada sekarang. Hospital. Alyah cuba mengimbas kembali kejadian yang membawa dia kesini. Ya, dia sudah ingat semuanya.

Dia mengusap perutnya perlahan di bahagian yang sakit itu. Riak wajahnya terus berubah apabila dia merasa perutnya sudah kempis.

'mereka dah buang ketumbuhan kat perut aku ke?' soalnya dalam hati

"Alyah, kau sudah sedar?" soal seseorang wanita yang menghampiri Alyah.

Suara tersebut menyentak lamunan Alyah. Dia memandang susuk badan yang berjalan kearahnya. Dia tersenyum lemah.

"Alhamdulillah.. kau dah sedar. Dah tiga hari kau tak sedarkan diri." Beritahu Sabrina. Alyah terkejut dengan kata-kata Sabrina

'tiga hari? Lamanya aku pengsan. Macam mana dengan anak aku?' desis hati Alyah

"Sabrina mana anak-anak aku?" soal Alyah lemah.

"Mereka ada dekat rumah mak mertua aku. Kau jangan risau. Maka mentua aku jaga mereka" jawab Sabrina.

"Sorry menyusahkan kau, Sab" ujar Alyah. Sabrina tersenyum lalu mengelengkan kepala.

"It okay. Aku ikhlas tolong kau." Ucap Sabrina.

"Sab, bila aku boleh discharge? Aku rindu dengan anak-anak aku" ucap Alyah

"tunggu kau dan anak kau dalam keadaan stabil, Baru kau boleh keluar." Jawab Sabrina

Alyah mengangguk faham.

Eh kejab..

'Anak? Anak siapa?'

"Sab, kita tunggu anak siapa?" soal Alyah

Sabrina memandang Alyah terkejut. Dia menepuk dahinya dengan tanganya. Dia baru teringat sesuatu.

"Alyah kau sedar tak selama ini kau mengandung?" soal Sabrina bersungguh-sungguh.

Alyah memandang Sabrina terkebil-kebil tak faham.

"Sabrina apa kau merepek ni? Bila masa aku mengandung?"

"Ya Allah Alyah, selama ini kau mengandung. Punca perut kau membesar bukan sebab ada ketumbuhan tapi ada bayi dalam perut kau" terang Sabrina.

Alyah mengelengkan kepalanya.

'tak mungkin'

Sabrina yakin bahawa Alyah masih tidak percaya yang dia baru saja melahirkan seorang bayi lelaki. Dia terpaksa menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Akhirnya Alyah percaya dengan kata-kata Sabrina.

"Macam mana aku boleh mengandung sedangkan aku tidak bust benda tu?" soal Alyah tidak percaya.

"Kuasa Allah. Kita tak tahu apa perancanganNya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kau sepatutnya mengadung triplet tapi Allah meringankan beban dengan melahirkan dua orang dulu baru dia turunkan seorang lagi" duga Sabrina.

"Mana anak aku sekarang Sab?" soal Alyah.

Dia menyesal dengan sikap lalai akan kesihatannya sendiri. Kalau dia mengikut nasihat Mimi sebelum kejadian ini berlaku, sudah pasti dia dapat melahirkan anaknya dalam keadaan normal.

"Dia masih dalam jagaan rapi. Anak kau hampir lemas dalam perut sebab lambat hantar ke hospital. Tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan dia, and he still alive." Beritahu Sabrina

Alyah tersenyum lega apabila mendengar apa yang dicakap oleh Sabrina.

"Aku nak jumpa anak aku Sab" beritahu Alyah dan dia cuba bangun namun ditahan oleh Sabrina

"Kejab aku ambil kerusi roda" ujar Sabrina lalu berjalan kearah kerisi roda yang tersedia di penjuru bilik Alyah. Dia membantu Alyah untuk duduk di kerusi roda tersebut. Sabrina terus menolak kerusi roda tersebut kebilik yang ditempatkan bayi Alyah.

"Mana anak aku Sabrina?" soal Alyah tidak sabar. Kepalanya melilau mencari anaknya itu.

"tu.." beritahu Sabrina yang menunding jari kearah bayi yang berada di dalam incubator dan terdapat wayar di hidung anaknya itu. Pilu hati Alyah melihat keadaan anaknya itu

"Kenapa dengan anak aku Sab?" soal Alyah risau.

"Doktor beritahu dia tidak pandai bernafas sendiri. Jadi mereka terpaksa simpan dia dalam tu untuk pemantauan. Tapi jangan risau, anak kau kuat. Hari ini dia bagi tindak balas positif. Mungkin dia tahu mummy dia sedar hari ni. Tak lama lagi dia boleh bernafas sendiri." Terang Sabrina.

"Boleh tak kita masuk? Aku nak tengok anak aku lebih dekat"

Sabrina mengangguk lalu masuk ke bilik yang menetapkan anak Alyah.

Air mata Alyah mula mengalir tatkala melihat anaknya itu. Dia melekapkan tangannya di inkubator. Dia melihat anaknya yang sedang tidur. Lama dia melihat anaknya itu. 'sayang perlu kuat untuk mummy'

"Kau dah fikir nama anak kau?" soal Sabrina yang sekian lama berdiam diri.

Alyah mengangguk lalu tersenyum.

"Tengku Ilham" jawab Alyah ringkas.

Dia yakin anak itu anak Tengku Izzudin kerana muka Ilham persis seperti muka bekas suaminya.

Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2Where stories live. Discover now