"Uncle, ini susu adik" kata Haikal lalu menyerah botol susu kepada Encik Izzudin Encik Izzudin yang tengah mengusap kepala anaknya yang tengah baring di bantal sebelah kirinya.
"Thank you Haikal" ucapnya. Lalu menghulur botol susu ke mulut Allisya dan Ellina. Allisya dan Ellina memegang botol susu tersebut.
"sama-sama uncle"
"Haikal why you call me uncle? Papa kan papa Haikal" ujar Encik Izzudin.
"Uncle kan dah tak bersama mummy, jadi uncle bukan papa Haikal lagi." Terangnya.
"Walaupun mummy dan papa tak bersama, Haikal perlu panggil papa bukan uncle. Haikal kan anak papa"
"Tapi Haikal bukan anak papa yang sebenar..Haikal anak angkat." Luahnya sedih.
"Siapa cakap Haikal bukan anak papa. Papa sayangkan Haikal. Papa besarkan Haikal dengan penuh kasih sayang. Haikal tetap anak papa dan mummy." beritahu Encik Izzudin
"Tapi papa cakap Haikal anak angkat hari tu semasa papa halau mummy. Papa tak suka Haikal sebab tu papa halau mummy. kalau Haikal tiada, papa tak halau mummy. Semua ni salah Haikal. Kan bagus Haikal ikut Arwah mak dan ayah Haikal supaya Haikal tak menyusahkan orang lain." Luahnya dengan tangisan
'Ya Allah apa telah aku buat dengan anak aku. Semua salah aku. Aku buat anak aku macam ni' getus hatinya kesal.
"Haikal dont say such a thing. Papa sayang Haikal macam anak papa sendiri. Papa minta maaf apa papa buat pada Mummy dan Haikal." Luahnya dengan kesal. Dia memeluk Haikal yang sudah tersedu sedan. Haikal menangis sepuasnya.
"I'm sorry Haikal. Im very sorry. Papa yang salah. Papa minta maaf." ucap Encik Izzudin berkali-kali. Haikal menyembamkan muka didada Encik Izzudin.
"Haikal boleh tak papa minta sesuatu dekat Haikal?"
"Minta apa uncle?"
"Please call me papa. Papa benci Haikal panggil papa uncle. It really hurt me" luah Encik Izzudin.
"uncle.. tak marah ke?" soanya takut-takut.
"Tak.. Papa lebih suka kalau Haikal panggil papa dengan panggilan itu semula" beritahunya bersungguh-sungguh.
"Papa" panggil Haikal.
"Ya sayang" balas Encik Izzudin.
"Papa" panggil Haikal semula.
"Ya sayang" jawab Encik Izzudin
"Papa" panggil Haikal dengan serak
"Yes sayang" balas Encik Izzudin sambil mengusap kepala Haikal.
"I miss you so much" ucap Haikal sambil berjurai air matanya.
"I miss you too my handsome boy" terus mencium ubun-ubun Haikal penuh kasih
"papa, boleh Haikal pinta sesuatu dari papa?" soalnya
"Anything for you my son"
"Kahwin dengan mummy semula." luah Haikal.
Encik Izzudin tidak menjawab. Dia membiarkan saja kata-kata Haikal melayang di fikirannya.
YOU ARE READING
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2
Romancekehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan...