"Papa!" laung seorang budak perempuan yang berumur lima tahun. Dia berlari kearah Encik Izzudin. Encik Izzudin tersenyum lalu melutut dan mendepakan tangannya. Ana terus memeluk papanya. Encik Izzudin membalas pelukan anaknya dengan erat sekali dan mencium kedua-dua pipi Ana berkali-kali lalu mendukungnya.
"Papa pergi mana selama ni? Ana rindu papa.." luahnya. Encik Izzudin tak balik kerumah selama tiga hari sebab sibuk dengan kerja.
Encik Izzudin tersenyum. Rasa bersalah meninggalkan anaknya agak lama dirumah Datin Irma.
"Papa busy sayang.. Lepas ni kita main sama-sama okay" ucap Encik Izzudin bersungguh-sungguh.
"Papa janji?" tanya Ana kepastian. Matanya membulat memandang Encik Izzudin.
"Papa janji" ucap Encik Izzudin lalu mencuit pipi Ana. Ana ketawa kegirangan.
"Look what I got for you" kata Encik Izzudin dengan suara gembira. Dia mengangkat keatas plastik yang dipegang olehnya.
"ayam kfc!! Yeay" jerit Ana sambil menepuk tangan teruja.
"Jom kita makan. Papa dah lapar ni" ucap Encik Izzudin sambil mengusap perutnya beberapa kali. Sudah lama dia tak bermanja dengan anaknya itu.
"Jom!" kata Encik Izzudin. Beberapa tapak kakinya melangkah kearah ruang makan, dia terus berhenti apabila memandang uminya sedang mendukung Danish yang tersenyum bila melihat papanya yang sudah balik.
"Papa..." panggil Danish sambil menepuk tangan kegirangan melihat papanya balik.
Encik Izzudin memandangnya tanpa perasaan dan dia berjalan terus kearah dapur tanpa mempedulikan anaknya itu. Benci.
"Izz, tak dengar ke Danish panggil tu" ujar Datin Irma. Dia mengusap kepala cucu lelakinya itu yang meronta-ronta ingin Encik Izzudin mendukungnya.
Namun Encik Izzudin tak mempedulikan apa yang dicakap oleh uminya. Dia meletakkan Ana di atas kerusi dan masuk ke dapur untuk mengambil pinggan. Dia meletak pinggan tersebut didepan anaknya itu. Encik Izzudin mengeluarkan seketul dada ayam dan meletakkan di atas pinggan Asyraff. Dia juga ada membeli extra cheese dan cheezy wedge.
"Papa, Ana nak makan dengan nasi boleh?" tanya Ana.
"Allright my dear." Encik Izzudin megambil nasi yang tersedia di atas meja lalu meletak di pinggan Ana. Dia duduk disebelah Ana
"Sebelum makan, kita perlu buat apa?" Soal Encik Izzudin.
"Baca doa makan" jawab Ana tak sabar.
"Clever girl. Ana baca doa lepas tu boleh makan." Seusai membaca doa mereka menjamah makanan yang dibeli Encik Izzudin.
Datin Irma yang mendukung Haikal meronta-ronta sambil menunjuk ayam yang dimakan Asyraff.
"Nak.. Nakk" katanya.
"Izz ada beli lebih untuk Danish ?" tanya Datin Irma
"Tak. Izz beli cukup-cukup untuk anak Izz Sahaja" tekannya
"Danish kan anak Izz juga. Kasien Danish , dia pun nak merasa makan ayam kfc dari papa dia."
"Mengada betul budak tu." Marah Encik Izzudin.
"Suruhlah Mak Senah masak ayam goreng dekat dia. Izz beli pun sebab ingatkan anak-anak Izz, Ana teringin nak makan ayam kfc."
"Danish kan anak Izz."
"Anak dalam kertas saja." Balasnya selamba.
"Tengku Izzudin bin Tengku Omar! Umi tak pernah ajar Izz cakap macam tu" marah Datin Irma.
"Dahlah Umi. Izz malas nak bertengkar dengan Umi. Ana papa naik atas dulu nak mandi. Ana habiskan semua taw. Jangan tinggal satu pun. Kalau kenyang bagi dekat Miko. Kfc yang lain untuk abang dan kakak Ana." Ujarnya. Miko adalah kucing peliharaan mereka. Tiba-tiba dia hilang selera makan apabila melihat Danish pemusnah kebahagiaan dia dengan Alyah.
"Kenapa bagi dengan Miko. Bagilah sedikit dekat Danish." Datin Irma menurunkan Danish . Danish menuju kearah kaki Encik Izzudin lalu memaut kakinya.
"Ish budakk ni! Tepilah rimas!" Tanpa belas kasien, Encik Izzudin menolak dengan kasar. Akibat tolakan yang kuat, kepala Danish terlebih dahulu terkena lantai.
"PAP"
Danish menangis kuat sambil memegang kepalanya. Datin Irma terkejut lalu berlari kearah Danish.
"Ya Allah Izz, kenapa buat Danish macam tu?" tanya Datin Irma lalu mendukung Danish yang sudah menangis teresak-esak. Dia mengusap kepala Danish . Namun Encik Izzudin tidak membalas soalan Umi nya lalu menaiki tangga kebiliknya.
Ana memandang papanya yang menaiki tangga sehingga masuk ke kamarnya lalu mencubit isi ayam dan campur dengan nasi. Dia turun dari kerusi dan menuju kearah Datin Irma.
"Adik mari sini. Kakak suapkan. Nenek turukan Danish , Ana nak suapkan Danish " Datin Irma menurunkan Danish dan melutut di hadapan cucunya itu. Dia tersentuh melihat Ana menyuap Danish. Muka Ana seiras muka Alyah dan begitu juga sikapnya. Lembut hati dan penyayang.
Jom Danish, kakak bagi adik makan ayam kfc" Ana memimpin tangan adiknya.
"nenek Help." Pinta Ana. Dia tak boleh mengangkat Danish naik keatas kerusi
Datin Irma berjalan kearah mereka terus mengangkat dan meletak Danish di kerusi baby yang tersedia di situ. Ana kembali duduk di kerusinya lalu menyuap ayam kepada adiknya. Danish menepuk tangannya apabila kakaknya menyuap ayam Kfc kemulutnya.
"Makan sampai kenyang ya dik" ucap Ana yang menyuap Danish.
"Ayam dap" ujar Danish
"Sedapkan ayam kfc kakak. Jangan beritahu papa taw." Ujar Ana lalu meletakkan jari telunjuk kemulutnya. Danish mengikut tingkah laku kakaknya lalu meletak jari telunjuk di mulutnya
Datin Irma memandang kedua-dua cucunya itu dengan perasaan bersalah dan sesalan. Dia menyesal memaksa Encik Izzudin mengahwini dengan Tina. Tina memberi pill perangsang kepada Encik Izzudin sampai mereka terlanjur dan mengandung anak Encik Izzudin, Danish. Tina dan maknya yang telah merancang semua supaya anak dan menantunya bercerai.
Tapi dia tidak boleh membenci Tina selamanya kerana Tina telah meninggal selepas melahirkan Danish. Tiada guna dia membenci Tina yang sudah meninggal dunia. Tidak membawa faedah untuk drinya.
Tina telah menceritakan segalanya kejahatannya kepada mereka semua sebelum melahirkan Danish. Bila Encik Izzudin mendengar cerita itu, dia langsung tak boleh menerima anaknya itu sampai sekarang. Dia jijik melihat darah dagingnya sendiri.
YOU ARE READING
Aku Cintakan Suamiku Mr duda 2
Romancekehidupan dalam rumah tangga tak semestinya manis selalu. Pasti ada pahitnya. kehidupannya sungguh bahagia bersama suami dan anak-anak. namun kehadiran orang ketiga ingin meruntuhkan masjid yang sudah lama terbina menyebabkan kehilangan kepercayaan...