Bab 2

119 7 8
                                    

"Lepas ni kau hantar aku balik kan?"aku bertanya kepada Fais selepas dia selesai membuat bayaran. Ehem!Kau hengat dia pemurah sangat nak belanja aku?
Makanan dia,dia bayar..Makanan aku,aku bayar...

" Ya,aku hantar kau...Aku tahulah,kawan aku ni datang sini naik bas,semata-mata nak keluar makan dengan aku..Tulah....aku nak.bawa kau sekali dengan aku,taknak..jual mahal..hm!"aku buat muka macam orang selsema..Ala,yang hidung kembang tu...

"Hodoh" aku jeling si pemilik suara..Fais buat muka selamba je..Cis,berani dia kata aku hodoh..Aku cun tau...
Oi dah,enough with the perasaness kau tu ...
Selepas membaca basmallah,aku masuk ke dalam perut kereta..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ada lagu best tak?" aku buka dashbox untuk cari cd lagu untuk menghilangkan kesunyian..

"Ya Allah!!!Fais!!" kereta tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan inersia,maka aku terdorong ke hadapan..

"Kenapa,kenapa?" aih ,risau bunyinya..

"Kau ada lagu Ainnul Mardhiah?" senyum aku makin lebar bila aku terpandang cd yang mengandungi lagu kegemaranku itu..
Senyap

Bila aku toleh ke arah dia,dia jeling aku setajam kata-kata yang dilempar oleh makcik bawang.

"Lempang nak?" alamak....Fais Muqri dah marah..ayok....

Senyap kembali..Cd lagu masih ada di tangan...

"Nak dengar,pasang ajelah . Awkward nak mati do..." suara siapa tu?seram pulak..

Kemudian baru aku ingat ...Dalam kereta ni,aku dengan dia aje yang ada...
Dia ke yang cakap tu?!
Aku toleh ke arah dia... Wajah tenang itu buatkan aku senyum gembira..Yay!dia dah tak marah...

Dirimu pembakar semangat perwira,
Rela berkorban demi agama,
Kau jadi taruhan berjuta pemuda,
Yang bakal dinobat sebagai syuhada',
Itulah janji pencipta yang Esa..

"Bestnya ada bidadari" aku angguk,setuju dengan kata-katanya...

"Tapi kan,aku takut aku tak dapat jumpa bidadari kat syurga nanti..Aku ni banyak dosa" aku mengeluh perlahan..

"Allah tu maha Pengampun" aku jawab ringkas supaya dia tak teruskan bebelannya..
Aku nak dengar lagu...

"Tapi kan,aku teringin juga nak bidadari dunia..." fokus aku terhadap suara merdu UNIC terbang entah ke mana..
"Cari, Fais Muqri... Dia ada tu...maybe tengah tunggu kau.." bidadari dunia yang dimaksudkan itu,wanita yang akan ada disampingnya sampai akhir nyawa..

"Tahu....Tapi aku ni nak sambung belajar lagi, kerja lagi...lama lagi...Maka,....
Kau nak tak tunggu sampai aku mampu nak ambil kau sebagai bidadari dunia aku?" eh?

Ehhhhhhhhhhhhh?!

"Stop kereta kejap..." tanpa aku ulang dua kali,kereta semakin perlahan,kemudian ke tepi...

"Kau nak tak?"dia bertanya lagi...
Okey Ayuni, tarik nafas,bertenang...

" Dah habis dah?"aku pandang dia yang mengangguk...
"Dah tu?Ingat aku ni tunggul kayu?Ingat aku ni tak hot ke?Ramai je yang nak try ngorat aku..Aku tak jamin hati aku cukup kuat nak tepis semua tu...Nak cop?Couple ke?Sorry, tak layan.." uih...aku pun tak percaya dengan apa yang aku cakap ni..

Lama dia senyap... Kemudian dia gelak tiba-tiba. Dah kenapa?Lupa makan ubat ke?

"Sorry, aku terkedu kejap tadi..."dia gelak lagi sebelum menyambung
" So,boleh aku bawak family aku jumpa family kau sebelum aku fly ke Sarawak?"aku pula diam. ..Fikirlah,Ayuni, apa kau nak jawab...

"Boleh,nanti aku tanya dengan mak abah aku..." senyuman di wajah semakin manis daripada biasa...

Tapi... Dah lama sangat dah kereta ni tak bergerak.

"Fais" aku panggil dia,terus dia pandang aku.
"Memang nak berkelah dalam kereta ke macam mana ni?" dia ketawa merdu..
Kereta mula bergerak menuju ke rumah aku...
Oi..nak hantar aku balik je...
======={==========}=========
Nota tangan: lelaki macam Fais Muqri tu,memang idaman ceq.. Nak,cakap je..
Anytime datang rumah...
Masalahnya,lelaki begini belum muncul lagi...
Huhuhu...#MohonTabah
No,serius ni..ceq tak suka lelaki yang baru kenal,dah berpickat line.menyampoh...
Hang nk sweet dgn ceq, pi jumpa mak abah ceq dlu..lepas nikah,nak mandi gula pun ceq sanggup..
Muah
Ah,gilanya kau ni...hahahaha
Bubye

Bahagia,Datang PadakuWhere stories live. Discover now