Bab 4.5

59 8 2
                                    

Assalamualaikum. Kau marah dekat aku lagi ke?Aku minta maaf..Please reply..Flight aku lagi sejam lagi..

Flight?

Shit!Aku lupa!!!

Patutlah mak tiba-tiba tanya soalan pelik tu...

"Ayuni betul ke nak sekolah hari ni?"
Allah....
Aku kena call dia,kena!
~~~~~~~~~~~

"Hello,assalamualaikum" suaranya lembut sahaja menyapa telinga aku...
Nak cair kejap boleh tak?

Ey,ey!Not now,Ayuni..

"Waalaikumsalam..Fais,dengar..Aku lupa hari ni kau fly ke Sarawak.Ugh!Aku tahu aku bodoh gila sekarang ni.." aku rasa macam tak cukup oksigen.

Dia gelak

Aku pula rasa cemas.

"Takpelah..Ni aku dapat cakap dengan kau melalui phone pun aku dah bersyukur pada Allah" aku dapat rasakan dia tengah senyum.

"Ayuni, aku minta maaf sebab terada perasaan ragu dengan kau.." dia jeda sebelum menyambung.
"Jaga diri,Ayuni.Aku tak ada nak jaga kau..." aku gelak.Tangan menggosok mata dengan lengan baju kurung aku..Bila aku alihkan,lengan baju tersebut basah. ...


Woi....Apa nangis-nangis ni Ayuni.. Kata hati kental...
Terdengar keluhan kecil dalam talian..
"Jangan menangis,budak comel,ini hanyalah sementara" dia menyanyikan lagu 'Sabar ' yang dipopularkan oleh Ismail Izzani(betul ke?fan dia,jangan kecam)
Kejap,budak comel? Wow,jarang dia puji aku comel.
Aku gelak lagi..
Ha gelak,gelak juga...Yang mata ni makin lebat turun hujan ,dah kenapa?

"Fais" baru sekarang aku bersuara..Alhamdulillah suara masih nak keluar...

"Ya saya"

"Kau rasa aku boleh jadi Cinta tak?" aku kesat air mata yang masih bersisa.No more tears...

"Hah?" aish,blurr pula mamat ni.Takpe,aku teruskan..
"Well,dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta,Cinta dan teman-temannya drive kereta ke airport untuk kejar Rangga...." suara aku meleret..Tiba-tiba aku rasa idea tu bijak...
Thank you,brain!

"Jangan buat benda gila,Ayuni .Kau dekat sekolah sekarang ni..Lagipun,kalau kau jumpa aku,takkan kau nak peluk aku macam Cinta peluk Rangga"
Muka aku panas!Demam ke?

"Eh Ayuni, awat muka merah macam tomato tu?" Nairah yang entah dari mana datang menegur..Aku tunjuk jari telunjuk dan dekatkan ke muncung bibir..
Haih,nasib baiklah kawan baik..Kalau tak dah lama aku bagi makan kasut..

Orang di sana gelak...
"Ruginya tak dapat tengok kau blushing" eleh!Dah kenapa nak rasa rugi pulak?

"Ha,yela..Usiklah aku puas-puas..Nanti dah kat sana,jangan rindu aku pula..." aku reda jelah dia nak usik aku..

"Paku dulang,paku serpih,Ayuni.."
Yelah,aku ni cakap dia,aku yang lebih ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku pandang manusia di hadapan aku ini..

"Teruk dah Addmath awak ni,Ayuni" Cikgu Amirah memegang kertas tugasan yang dia suruh aku siapkan.
Siap,memanglah siap..
You know what,tak ada satu pun yang betul...

Okey,ni nak marah siapa ni?

"Saya tahu, Cikgu.. Sebab tu saya asalnya nak tukar jurusan. Tapi...tak ada kekosongan" alasan apa ni,Ayuni oi.........
Guru muda itu mengeluh.

"Ya,cikgu faham.Tapi awak kena usaha.Sekarang awak tak ada pilihan,kena hadap jugak.." muka aku berkerut,sedang berusaha nak hadam kata-kata Cikgu Amirah.Cikgu tu pun macam hampir reda dengan aku.
Macam aku yang memang dah pasrah bin reda dengan Addmath...

"Macam nilah Ayuni... Awak kena cari tutor..Tapi kalau boleh, cari pelajar Tingkatan lima..Awak kena mula dari awal" Allah ....
Lomah den dongar. ...

Masalahnya,sekolah yang aku sedang menuntut ni,sekolah lelaki..Ulang suara:
SEKOLAH LELAKI

Aku ni dahlah tak pandai nak bergaul sangat dengan lelaki.. Lelaki dekat kelas aku pun,kalau perlu je aku bercakap.

Fais?Oh,dia lain ...
Dia orang pertama yang tegur aku semasa tingkatan satu dulu.
Lima tahun.
Lima tahun untuk aku boleh rapat dengan dia..
Rapat sangat tu,sampai bertunang bagai

"Diam awak tu cikgu anggap setuju ya,Ayuni" Dush!
Ayat tu,aku pernah cakap dekat Fais..

Fais?

Fais!!!!!!! Tolong aku!!!!!!!!!!!!!!!!!

====={===========}==========
Nota tangan:fuh,lenguh jari menaip...Takpe,demi pembaca ,sanggup!

Banyak yang sama antara yuyu dengan Ayuni..
Yuyu dapat form 6,and sekolah tu....
Yes,sekolah lelaki... Uhuhuhu
Takleh move on lagi ni...Dahla kita ni pemalu ..haish...
And,yuyu dapat jurusan sains...
And yuyu nak tukar jurusan..
2 tahun belajar science stream,yuyu dah serik!*nangis*

Hope dapat tukar.. Taknak sama macam Ayuni..........

Korang,thank you membaca...
Muahhh
Hahahaha
Bubye

Bahagia,Datang PadakuWhere stories live. Discover now