Cahaya yang menyapa mata,membuatkan aku kembali memejamkan mata.
"Mak,adik dah sedar" suara along...
Derapan kaki mendekati aku.Perlahan aku palingkan wajah dan membuka mata.ruangan hospital menjadi latar persekitaran.."Alhamdulillah.... Dah sedar. " suara lembut mak diikuti dengan usapan lembut di kepala...
Sekarang, aku keliru....
Yang tadi tu mimpi ke?Mungkin mimpi....
Dan aku berharap itu hanya mimpi...
"Mak..." aku pandang mak yang seakan sedih ,tetapi tidak terlalu ditunjukkan di wajah tuanya...
"Fais... " aku tak nak sebut....
Tak nak sambung ayat seterusnya...Diam....
Sepi......"Arwah dah selamat dikebumikan..." suara beku along tak bernada.
Dah...dikebumikan?
Jadi betullah...
Fais betul-betul dah tinggalkan aku..
Nafas seakan berat....
Terlalu berat hinggakan aku cuma mahu menghembus..."Ayuni, sabar sayang.. " mak tarik aku ke dalam pelukannya...
Tak....
Bukan kata-kata itu yang aku nak dengar..
"Along tipu kan?Fais ada kan?Ayuni nak jumpa dia..Mak,panggil Fais. Dia bergurau kan?Semua nak berkomplot dengan dia nak kenakan Ayuni kan?" aku tepis kasar pipi yang telah basah..
"Dia betul-betul dah tak ada,Ayuni..." mak sudah menangis...
Dia betul-betul dah tak ada
"Ayuni nak jumpa dia..Please...Ayuni nak tengok jenazah dia" aku bangkit daripada pembaringan...
"Tak dengar ke along cakap tadi?Arwah dah dikebumikan.Ayuni nak buat apa?Gali balik kubur dia ke?!" along meninggikan suara dan menekan bahu aku supaya kembali berbaring...
"I DON'T CARE!!Along sayang Ayuni kan?Please along ,please.. Ayuni merayu sangat.I want to see him.." aku pandang mata along.. Meminta simpati darinya..
Along mengeluh...
"Mak,tengok anak mak ni...Degil!Dia tak sedar, dia kat hospital.."along jeling aku sekilas sebelum memandang ke tempat lain.
Aku pandang belakang tapak tangan yang dicucuk jarum..
Satu..
Dua...
" Argh!!!"jarum sudah aku tarik..
"Kau gila ke?!" wajah along kemerah-merahan menahan marah..
"Kalau along tak nak bawa Ayuni pergi jumpa Fais..."
"Biar Ayuni pergi sendiri" aku pantas bangkit dan berjalan..
"Ya Allah,budak ni!Nurse!!"suara along kuat,sekuat cengkaman tangannya ke lengan aku...
" Along!! Lepaslah!!"
"Adik,jangan macam ni.." dua orang jururawat cuba menarik aku ke katil semula..
"Nak Fais!" serentak itu,kaki tidak lagi mencecah lantai..
"Fais dah tak ada...Please faham. " along cempung aku dan bawa ke katil..Aku yang masih mencuba untuk bangun, terbaring semula akibat tekanan yang dikenakan pada bahu..
Aku palingkan badan membelakangi mereka..
"Leave me alone" aku memejamkan mata...
Mungkin ini semua hanya mimpi..
YOU ARE READING
Bahagia,Datang Padaku
Humor"Dah tu?Ingat aku tunggul kayu?Ingat aku tak hot?Macam mana kalau ada yang ngorat aku?Aku tak jamin hati aku cukup kuat nak tepis semua tu.Nak cop?Couple ke?Sorry, tak layan"-Ayuni " Maka,kau nak tak tunggu aku sampai aku mampu nak jemput kau sebaga...