Deringan daripada telefon bimbitku menerbangkan lamunan aku terhadap ujian yang aku hadapi sejak kebelakangan ini.."Hello,assalamualaikum Ayuni.. Ni pak long arwah Fais.." suara lelaki itu seperti menyimpan suatu perasaan gementar..
"Waalaikumussalam...Ya pak long..Ada apa ya?"
"Macam ni...Pak long nak minta Ayuni datang rumah Pak long dalam petang ni..Ada perkara pak long nak cakapkan..Boleh ,Ayuni?" Macam mustahak aje...
Aku nak pergi ke rumah pak long tu pun,bukannya aku tahu di mana..."Boleh tu,boleh pak long.Cuma,pak long hantarkan alamat ya..Ayuni tak tahu jalan ke rumah pak long tu.."mana tahu,along boleh tolong hantarkan..
" Oh,kalau pasal tu,tak apa.Nanti pak long minta Saif bawa Ayuni sekali."oh,abang Saif pun ada.
Maka,aku bersetuju untuk ke rumah pak long..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Jaga diri..Ingat,kuatkan semangat.Jaga adab dengan orang tua.Ingat pesan mak"mak usap belakang tangan aku.Mungkin cuba menenangkan hati aku..
Kenapa?Entah,serius rasa tak sedap hati.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya...
Pinn!
Bunyi hon datang daripada sebuah kereta yang aku kenal..
Kereta abang Saif...
Ketika kereta berhenti betul-betul di hadapan kami,aku nampak ibu di tempat duduk sebelah penumpang..
Ibu yang membenci aku..
Senyum,Ayuni.. Senyum macam tak ada apa pun berlaku.
Apabila aku masuk ,tiada kata sapaan daripada ibu..
Abang Saif hanya tersenyum ringkas kepadaku.Mungkin menyuruh aku untuk bersabar...
Seperti mana hati aku suruh aku bersabar..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Ada apa long suruh kami datang ni? Siap suruh bawa Ayuni sekali."ibu bersuara dingin seperti di perkuburan tempoh hari.
Kehadiran aku tak disukai di sini.."Macam ni,long suruh Zu dengan anak-anak datang ni..." belum sempat pak long meneruskan bicaranya ,ibu memotong..
"Anak je, long..Anak Zu tinggal seorang,si Saif ajelah.Jadi, kenapa nak babitkan dia ni sekali?" kata-kata ibu menyiat hati aku,berkali-kali..
"Zu,arwah tinggalkan seorang balu,menantu Zu.Tak kiralah berapa lama pun,tapi dah sah akad nikahnya " pujukan pak long membawa tawa sinis daripada ibu..
"Pada Zu, benda tu tak pernah berlaku.Jadi tak payah nak ingatkan Zu pasal tu." kali ini,abang Saif beristighfar.
"Ibu...Apa jadi sekalipun,ibu nafikanlah berjuta kali,dari segi hukum, Ayuni isteri Fais " suaranya masih perlahan,namun getar suara itu seperti menahan amarah..
"Haih...Hebatnya si Ayuni ni.. Semua nak sebelahkan dia.. Even my own son!" ibu memang benci aku...
"Zu,tutup mulut tu.Long ajak ke sini bukan nak suruh Zu hamburkan semua kesalahan pada Ayuni.Ni mengenai arwah Fais " aku yang sedari tadi hanya tunduk menahan cacian ibu kini memandang pak long..
"Pak long antara salah seorang yang mandikan jenazah arwah..Masa tu..Entahlah..Pak long rasa macam ada yang tak kena. Pak long tak nak aibkan arwah,jadi benda ni pak long rahsiakan dulu.. Pak long minta pendapat daripada beberapa kawan pak long.Dia orang kata,kemungkinan Fais terkena buatan orang..Mungkin santau " berderau darah aku mendengar butir bicara pak long..
Santau?
Keadaan menjadi senyap-sunyi..
"Ayuni kenal tak sesiapa yang tak suka dengan arwah Fais dulu..Masa sekolah ke,masa belajar ke..." aku menggelengkan kepala..
Masa dekat sekolah dulu,Fais ni jenis yang agak disenangi.Cakap pun tak banyak..Cuma..Masa dia dekat kolej matrikulasi dulu,aku tak pastilah..Kami jarang meluah perasaan tentang apa-apa yang berlaku di tempat belajar masing-masing..
Siapa pula yang buat jahat dekat Fais aku ni?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taman permainan....
Tempat terakhir aku dan Fais berjumpa..
Kini aku di sini lagi,tapi dengan along dan anaknya,Aizah..Bukan dengan Fais..
Aku sedar,aku dah lama tak perhatikan perihal sekeliling..
Eh!
Baru aku sedar,selama along di sini,aku tak nampak kelibat isterinya,kak Aishah..
"Along,tak bawa kak Icah balik ke?" peliknya,along mengeluh ...
"Nantilah along cerita .Hal Ayuni ni tak selesai lagi "apa ni?
Hal aku,semua dia tahu..Hal dia?
Nak simpan sorang?
" Ceritalah..Bila Ayuni ada masalah,along selalu ada .Kali ni biarlah Ayuni dengar masalah along " sesekali aku cubit pipi tembam Aizah...Sejuk mata memandang..
Along mengucup ubun-ubun Aizah..
"Kak Icah nak minta cerai"
Allahu Akbar...
Bukan aku je ditimpa ujian...
"Kenapa sampai jadi macam tu,long?" aku usap perlahan sisi lengan along..
"Sebab along kot.. Along sibuk sampai tak ada masa untuk keluarga, jadi kak Icah awak tu balik rumah mak bapak dia.Tak lama lepas tu,dia kata dia nak minta cerai.Along tak ada pilihan lain,tak naklah keruhkan keadaan.Ikutkan ajelah.." aku tak tahu nak kesiankan siapa..
Tapi sebab si suami tu abang aku,maka mungkin aku lebih pada dia...
"Ayuni minta maaf.Ayuni penting kan diri sendiri. Ingat Ayuni sorang je ada masalah. Tak peka langsung dengan along.."
"Tak apa..Along cerai hidup,okey lagi..Boleh jumpa. Ayuni.."
"Eh,Ayuni kan?" suatu suara nenghentikan perbualan kami...
Maka aku menoleh ke belakang.."Hai Amar" aku senyum kecil kepada Amar,budak sekalas aku masa aku di tingkatan enam..
Along pandang aku sambil mengangkat kening..
"Tak,ni kawan sekelas Ayuni dulu masa tingkatan enam.. Eh tapi masa tingkatan lima pun sama la,kan?" Amar mengangguk..
"Huwaaaa" Aizah tiba-tiba menangis..
Bukan menangis biasa,tapi kira melalak dah ni...
Aku dukung Aizah dan mahu bawa dia pergi kemana-mana..
"Eh,nak ke mana?" Amar menyoal..Dahinya berkerut.
"Nak bawa anak sedara aku ni pergi jalan-jalan kejap..Dia bosan kot duduk je dari tadi.." aku usap belakang badan si kecil dua tahun ini yang masih menangis..
"Err tak apalah..Aku pun nak balik ni.Abang, saya balik dulu.. Bye adik" Amar cuba cuit lengan Aizah, tapi makin galak dia menangis..
Setelah Amar jauh pergi, barulah tangisnya reda...
"Nampaknya Aizah tak berkenan dengan kawan awak tu" along singgung aku dengan siku..
Aku cuma ketawa kecil...
Haih...
Kalau Fais masih ada,mesti dia rajin melayan si Aizah ni..
============{======}=========
Nota tangan: yuhuuuu....assalamualaikum..
Ada orang ke tak?Rasanya masa yuyu publish ni,semua dah sibuk tunggu depan meja makan,tunggu azan..
Bila buka puasa, makan jangan kenyang sangat..
Nanti mengah nak solat...Dah lambat nak wish,tapi yuyu nak wish jugak..
SELAMAT BERPUASA 😘💞
Bye
Assalamualaikum
Yuyu saaaaayang korang..😘😘😘😘
YOU ARE READING
Bahagia,Datang Padaku
Humor"Dah tu?Ingat aku tunggul kayu?Ingat aku tak hot?Macam mana kalau ada yang ngorat aku?Aku tak jamin hati aku cukup kuat nak tepis semua tu.Nak cop?Couple ke?Sorry, tak layan"-Ayuni " Maka,kau nak tak tunggu aku sampai aku mampu nak jemput kau sebaga...