"Penatnya!"terus aku terlentang apabila terjumpa katil...Hailah Ayuni.Ni baru bertunang,belum kahwin lagi..
Hahahahah korang terpinga-pinga kah?Okey,fine..Aku cerita.
Alhamdulillah,majlis pertunangan aku dengan Fais Muqri berjalan lancar...Ala..Biasa la..Dua pihak berbual-bual sebelum nak bincang pasal majlis kahwin aku nanti..Lepas tu,mak Fais sarung cincin.. Usai berbuat demikian,mulalah berlaga pipi bagai..Pipi kanan
Pipi kiri
Lepas tu pipi kanan balik..Ngeh!
Sumpah,aku bukannya suka sangat aktiviti laga pipi tu..Maka aku sangatlah kaku..Sampai mak Fais cakap aku ni takut-takut dengan dia.
Cis,mana ada aku takut.Aku just tak reti nak berlaga-laga pipi sangat..
It's too....girlish...gerli ceq...Lepas tu?Lepastu adalah buat kenduri doa selamat sikit..Berilah yang datang tu makan...
Apa?Kau hengat aku dah bersarung cincin,aku duduk dalam bilik,borak dengan sanak saudara,gelak-ketawa hihihi....
Takdenye!Aku pun kena bersilat dekat dapur tu.. Aku rasa aku yang paling bertungkus lumus..
Mungkin aku dah kehilangan beberapa kilogram jisim badan..
Badan rasa ringan je ni...(hotak kau)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kau dah bagitahu budak kelas pasal kita?"Fais bertanya semasa dia datang bertandang di rumah aku untuk lepak dengan tunang dia ni...Lepak tau,bukan dating..
Tak cool la nak dating bagai ni.." Perlu ke?"soalan dibalas dengan soalan ...
"Perlulah...""Tak nak" aku geleng kepala.
"Lah...Bagitahu ajelah..Susah ke Ayuni?" aku mengeluh perlahan ..Memanglah tak susah,tapi aku nak berpegang kepada satu benda:"Hebohkan perkahwinan,bukan pertunangan" itu yang aku beritahu Fais..
"Apa relevannya kata-kata kau tu?"
"Cuba kau bayangkan,kita ni baru je tunang,dah heboh satu kampung.Macam mana kalau putus?" Fais meraup muka..Dah kenapa?
"Tak,sekarang ni, kau apehal nak sebut pasal putus bagai ni?Memang dah ada niat nak buat macam tu eh?" ouch!Tajamnya kata-kata dia ni..
"Tak bro..Kau kena ingat,kita ni mampu merancang je..Allah yang menentukan.Anything can happen,right?" aku cuba nak bersabar.Padahal hati dah berbara juga ni...
Dia ketawa...
Sah,dia gila..
"Aku rasa kan,aku ni aje terhegeh-hegeh pasal kita. Kau?bukannya kisah sangat pun,kan?" wow...
Ni buat gua panas ni!
"Apa masalah kau ni?Aku cakap sikit aje kan?Kau nak melenting apehal?" dia diam...Baru nak diam..huh
"You need to control your temper,dude"aku berlalu masuk bilik..
Aku terasa!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Posto!
Aku pandang ke arah telefon apabila bunyi notifikasi WhatsApp itu berbunyi..
'Aku minta maaf..
Emm sebenarnya aku stres sikit lately ni..Kau tahu kan aku minggu depan nak fly ke Sarawak..Aku risau kau kena kebas bila aku dekat sana. Sebab tu aku nak bagitahu kawan-kawan kita pasal pertunangan ni..aku nak dia orang jaga kau untuk aku'Aku mengeluh perlahan..
'Kau tak percaya aku walau sikit pun.. Dahlah..Bagi aku cool down dulu.Tak payah hantar WhatsApp dulu' sent!
============={=======}=======
Nota tangan:yuyu minta maaf sebab lambat update..lately ni agak banyak berfikir pasal benda lain sampai tak ada idea untuk menulis...
Hal apa?
Well,hal study..Then terfikir...bestnya dulu masa budak budak..tak perlu nak fikir banyak..hahahahah lek²..yuyu ok lagi. Belum sampai kemurungan..hahahahah
So...bye for now..thanks for reading..
Muahhh
YOU ARE READING
Bahagia,Datang Padaku
Humor"Dah tu?Ingat aku tunggul kayu?Ingat aku tak hot?Macam mana kalau ada yang ngorat aku?Aku tak jamin hati aku cukup kuat nak tepis semua tu.Nak cop?Couple ke?Sorry, tak layan"-Ayuni " Maka,kau nak tak tunggu aku sampai aku mampu nak jemput kau sebaga...