"Merdeka" Nairah berbisik tanpa bunyi apabila kertas terakhir kami selesai dikutip...Aku pula menggeleng,belum lagilah...
"Baiklah,pelajar STPM 2019,anda boleh keluar dari dewan peperiksaan sekarang..Selamat bercuti,dan selamat maju jaya" pengawas peperiksaan yang menjaga kami itu tersenyum..
Mungkin dirinya juga terasa lapang..Yelah,dia pun seorang guru..Membayangkan pelajarnya menduduki peperiksaan ,sedangkan beliau terpaksa menjaga peperiksaan di sekolah lain,aku pun seriau...
Semua dah matang,tak adanya mereka nak bawa motor laju-laju atau conteng baju..
Nak conteng baju yang lawa-lawa?Memang tak lah!Sedang aku berjalan ke luar pagar sekolah, aku ternampak seseorang..
Dia tersenyum,sambil dengan poyonya ,dia bersandar di pintu kereta...Fais Muqri...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kau kenapa?Aku yang dah habis exam,kau yang muka berseri,apahal?" aku pandang dia yang masih lagi tersenyum lebar...Bila dia tersenyum begitu,aku pun turut tersenyum...
Pandangan aku lempar ke hadapan...Kereta masih berjalan(dengan rodanya,kereta mana ada kaki kan?😂😂)
Tapi,ni bukan jalan balik ke rumah aku..."Kau nak bawa aku ke mana?" aku pandang dia pelik...
"Nak celebrate orang tu dah habis exam lah.." eh dia ni...
"Suka hati gembira kau je ya?Mak aku dah beri izin ke??" aku buat muka sebal ,memang tengah sebal sikit hati ni...
Dia gelak..."Kalau aku tak dapat izin daripada mak,tak adanya aku bawa kau sekarang ni..Silap-silap,kau balik naik bas,padan muka!" dia kadang-kala menoleh ke arah aku..
"Eleh,tak hairan pun...Dah turunkan aku .Aku naik bas.." aku acah-acah mahu buka pintu walaupun aku tahu,pintu berkunci..
"Kepala otak anda.. Tak tahu ke,di sini susah nak dapat bas.." dia memberi fakta tentang jalan yang kami lalui ini...
Aku cuma tersengih...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menunggu di suatu meja sementara Fais mengambil pesanan...Nasib baik pelajar tingkatan enam sekarang dah pakai baju lawa-lawa...Kalau tak,segan juga nak datang ke KFC dengan berbaju sekolah...
"Termenung apakah itu,wahai cik Ayuni?" Fais datang dengan menatang satu dulang;di atasnya terdapat pinggan dengan dua ketul ayam,dua cawan air,dan cheezy wedges..
"Tahniah Encik Fais!Anda tahu kegemaran saya!" aku tepuk tangan seperti budak kecil,memandangkan di sini tak ramai orang...
Kalau ramai orang,dah lama aku tak buat. Mahu orang cair dengan kecomelan aku ni..Hiks(again,Ayuni perasan)
"Tahulah...Nah hadiah" wah....dia belanja kita KFC,tak cukup dengan itu, hadiah lagi...
Kotaknya lebih kurang besar juga..."Terharunya" aku berpura-pura kesat air mata..Padahal takde pun...
"Bukalah" aih,hadiah aku,suka hati jantung akulah bila nak buka...
"Ya tahu...Hadiah tu hadiah kau,tapi...Bukalah" muka dia penuh pengharapan.
Nak gelak ke nak kesian?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reben kotak dibuka...penutup kotak aku angkat dan.....
Ada kotak lagi...
Aku senyum memandang Fais...Sama seperti tadi,aku buka reben dan angkat penutupnya....
Kau tahu?Another box...yeay........😑
"Menguji kesabaran aku ya" aku masih tersenyum ...Sabar itu indah....
Yang tak indahnya,ada kotak lagi!!!
Heih....
Okey,last,ada kotak lagi,aku tinggal aje kotak tu dekat sini,bla balik rumah...Reben aku buka dan penutupnya aku angkat....
Ada kotak kecil...
Macam kotak cincin......."Bukalah" Fais sudah tersenyum simpul...
Penutup kotak kecil itu aku kuak ...
Cincin...
Aku asyik memandang ke arah cincin bertatahkan emas putih itu sehingga tak sedar akan sesuatu...
Aku pandang ke hadapan dan nampak Fais pegang kad yang sekecil tapak tangannya.."Will" aku baca perkataan itu..
Kad dialihkan lagi..."You"
"Marry" aku sorok senyum...
"Me?"
Mimpi ke ni?
======={=======}============
Nota tangan: you know,kita mampu merancang..Allah yang menentukan...Macam yuyu lah. .ye² je nak berhenti menulis selang sehari...tup² tulis jugak..
Hahahaha ..ni last,untuk selang sehari.. Lepas ni selang seminggu.. Setiap jumaat...
Lusa yuyu dah lapor diri dah dekat sekolah baru...wish me luck😉
Khas untuk awak,if you read this,saya ada...always ada.. Anda tahu siapa andaBye.assalamualaikum
Muah 😘
YOU ARE READING
Bahagia,Datang Padaku
Humor"Dah tu?Ingat aku tunggul kayu?Ingat aku tak hot?Macam mana kalau ada yang ngorat aku?Aku tak jamin hati aku cukup kuat nak tepis semua tu.Nak cop?Couple ke?Sorry, tak layan"-Ayuni " Maka,kau nak tak tunggu aku sampai aku mampu nak jemput kau sebaga...