Bab 5

51 9 3
                                    

"Finally!" aku menjerit,tapi tidak bermaya bunyinya.Penat tahu tak?
Tak tahu?Okey aku cerita..

Atas arahan mandatori yang telah dikeluarkan oleh Cikgu Amirah,aku terpaksa mencari seorang pelajar tingkatan lima untuk dijadikan tutor.
Dah tu?Takkan nak selongkar seluruh tingkatan lima?
Daripada nak cari tutor,tak pasal-pasal kena torture.

Memang tak lah!
Maka,langkah paling bijak ialah aku terus pergi ke kelas pertama, Tingkatan Lima Zamrud...Yang terletak di tingkat empat,tingkat yang paling atas...Boleh kurus aku kalau hari-hari naik turun empat tingkat...

Nak ketuk pintu ke tak ni?Haih,dahlah semua lelaki.Mahu pengsan aku kalau aku ketuk pintu kelas. Sah-sahlah fokus mereka semua akan tertumpu pada aku .
Ceh,kau ingat kau hot?

Aku mungkin tak hot,tapi aku spicy...(nak kepci😣)

Haih Ayuni,kau nak tercegat dekat situ sampai esok ke?

"Ya kak,cari siapa?" seorang pelajar lelaki keluar dari kelas,lalu menyapa aku..
Ni kalau aku pandang depan ni,aku cuma nampak dada dia je..
Inilah yang kita panggil 'galah'...

Ah ,sudah!
Suara aku macan bergayut dekat anak tekak..
"E...er...Akak nak tanya ni" aku tarik nafas,lepas tu,hembus..Muka dah panas macam kena berdiri tengah panas sebab tak siap kerja rumah.
Ok,aku cuma bagi perumpamaan berdasarkan pengalaman masa tingkatan lima dulu...

"Ha okey,tapi sebelum tu...Akak relax dulu..Menggelabah semacam je saya tengok.Tenang dulu kak" wow,dia yang ada skill memerhati ke,aku yang terlalu obvious?

"Haha...Huh..Tulah,akak tak biasa sangat nak berhadapan dengan kaum awak semua ni.." serius,aku rasa macam nak beri penampar untuk diri sendiri ...

Kaum awak semua,Ayuni?!!!!

Setelah aku tenang sedikit,aku kembali bertanya kepada budak lelaki yang setia di hadapan aku ini...

"Dekat kelas ni,siapa yang pandai addmath?Kira dia power addmath tingkatan empat dengan lima sekali..Cikgu akak kata,akak kena cari tutor, addmath akak teruk gila" dah teruk,gila pula tu..Harap dia faham keadaan aku yang kritikal itu..
Please,jangan kecam aku sebab bodoh addmath..

"Oh...Faham...Kejap,meh ikut saya.." ikut?Ikut ke mana?
Uhuhuhu...fikiran aku dah bermacam-macam imaginasi keluar..
Kalau aku ikut dia,kemungkinan dia nak malukan aku depan kawan- kawan dia..
'Weh korang,akak ni minta tolong..Nak tolong tak?Alololo kesian akak ye' aku dah terbayang dia nak buli aku...
'Boleh.  Tapi,takkan free kak?Jarang awek datang kelas kami ni.. ' dia buat muka jahat..Dia nak buat apa?!!

Tidaaaaak!!!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Akak?Akak?Hello akak" aku buka mata yang aku tak tahu bila aku pejamkan..
Aku masih di luar kelas,dan budak tu masih pandang aku,dengan pandangan akak-ni-dah-kenapa

Aku hembus nafas lega,pada masa yang sama muka rasa kebas..Maluuuuu

"Okey tak?" hahahaha hahahaha hahahaha...
Aku pun tak tahu aku okey ke tak..
Hahahaha lawaknya...
Ahahahai,ahahahai,ketawalah lagi......

Aku angguk..
"Dah jom" sangka baik,Ayuni... Husnuzhon...
Langkah diatur ke dalam kelas..Bila dah masuk,aku pandang meja depan aku je..

Tak berani nak pandang depa!

"Guys,akak ni nak minta tolong..Dia nak cari orang yang pandai addmath untuk ajar dia.."
Tak lama lepas tu,semua bising..
Bising dengan suara garau mereka..Bertahan,Ayuni.. Settle je,kau lari,okey?

Aku cuba dengar suara hingar tersebut..antaranya:
"Bengong!Kau cari diri kau sendiri ke camne?"hah?

" Akak,mamat sebelah akak tu,si genius addmath "eh?
Biaq betul!

Aku pandang budak yang aku bercakap dari tadi..

Dia gelak,sopan je.
Takdelah sopan macam perempuan.. Maksud aku,sopan,tak keterlaluan..

" Oh jadi korang nak suruh aku jadi tutor akak ni lah ye?"dia tanya rakan-rakan sekelasnya...

"Ye lah!!" hampir bergema kelas ni..
Pekak telinga aku,aku jerit kuat-kuat dekat telinga dia orang...

So,mamat sebelah ni,cikgu baru aku?
"Hai akak comel..Nama hamba,Lucas" Lucas?
Nama macam bukan orang melayu..
"Yes akak,saya bukan Melayu,saya Cindian. (Cina+India)" eh?Kau baca fikiran akak ke macam mana ni ,dik?

"Oh,nama akak Ayuni.."

"Ohhhh,dari awal saya nampak akak,saya rasa mesti ayu ni~" heh..
"Hambar dik..Serius,hambar.." aku gelak lepas tengok muka dia dah macam penguin..
Well,hello Lucas
======{=======}=============
Nota tangan:Tetiba rasa jeles dengan Ayuni..
😳
Ape pun,di kesempatan ini,yuyu nk bagitahu,yuyu akan update selang seminggu bila dah masuk bulan 5 nanti..mungkin setiap hari jumaat..sebab hari ahad-khamis,yuyu dah sekolah...
Tapi kalau rajin,boleh je curi masa.😂😂
Bye
Assalamualaikum .
Adios!Terima kasih kerana membaca

P/s:special thanks for my bestie,cik Nayli sebab tolong buatkan cover..semoga Allah balas jasa baik awak dengan perkara yang jauh lebih baik..Aminnnn

Bahagia,Datang PadakuWhere stories live. Discover now