"Apa yang aku nak buat ini, weh?" tanyaku dengan penuh runsing kepada sepupuku, Nadia.
Kedatangan Mak Long dan keluarganya dari belah Tok Lang amatlah mengejutkan aku. Tiada hujan, tiada pelangi tiba-tiba sahaja mereka datang. Aku fikir mereka saja melawat kami sekeluarga memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, rupa-rupanya ada niat lain selain melawat. Patutlah hati ini tak tenang sejak pagi lagi. Keluhan dilepaskan.
Nadia menjongketkan bahunya, tidak tahu reaksi apa yang sepatutnya dia pamerkan. Mungkin dia juga rasa akan beban yang diletakkan di atas bahu aku. Dia juga tahu aku memang tak suka bercakap atau berfikir tentang benda berat seperti ini.
"Dah sampai masanya, kot.." jawab Nadia.
"Tapi.. dia itu pelik, dingin, tak banyak cakap, pendiam, anti sosial. Argh, aku tak suka!!" Aku membenamkan kepala ke atas bantal sebelum menjerit puas.
Dengar sahaja Nadia berkata begitu membuatkan aku rasa bertambah rimas. Tua sangat ke aku ini? Aku ni kerja dekat SMK Cempaka itupun baru setahun lebih. Umur pun belum layak lagi untuk isi borang persatuan Andartu Sedunia. Ada banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan sebelum tiba masa untuk aku menjadi milik seseorang. Argh, kenapa takdir yang satu ini datang awal dari yang aku sangka?! Terbayang muka anak muridku, para guru dan kakitangan sekolah. Kemudian, peristiwa tadi menerjah semula ke dalam mindaku.
////////////////////
Kereta Honda Civic berwarna putih diparkir elok di bawah pokok sebaik sahaja sampai ke halaman rumah. Aku dan Nadia membawa keluar barang-barang yang baru kami borong di Baling sebentar tadi. Mama kata hari ini bukan saja keluarga Makngah saja yang datang tetapi ada tetamu lain juga. Menu hari ini juga boleh tahan grant, jarang Mama nak masak dalam saiz yang besar.
"Aik, kenapa banyak sangat kereta dekat luar ini?" tanya Nadia menambahkan lagi tanda tanya di dalam hati aku. Selipar dan kasut di luar rumah menandakan ada ramai tetamu di dalam rumah. Tetamu dah sampai ke? Awalnya! Belum sempat nak masak lagi, dah sampai?
Aku menjongketkan bahu saja, tanda tidak tahu. Mak Lang dan Mak Tam sibuk di dapur menyediakan juadah untuk makan tengahari sementara yang lain berada di ruang tamu. Barang-barang basah aku letak ke dalam peti ais sementara barang-barang kering diletakkan di atas meja dapur yang tersedia ada di tepiku.
"Siapa yang datang, Mak Tam?" tanyaku kepada ibu saudara yang beza lapan tahun dari usiaku. Mak Tam hanya memuncungkan mulut ke arah ruang tamu kami yang meriah dengan ilai tawa dan usikan.
"Kau pergilah tengok, Lia. Aku nak tolong apa yang patut dekat dapur ni." Ujar Nadia sambil menyingsingkan lengan bajunya. Kemudian dia mengambil pisau dan mula memotong sayur-sayuran yang baru dibilasnya tadi.
Aku segera mengorak langkah ke arah ruang tamu. Kepala dijengulkan sedikit di sebalik pintu.
"Haa, balik dah anak Mama! Ini Mak Long datang, along ingat lagi kan?" tanya Mama dengan ceria. Aku mengangguk kemudian menyalam tangan Mak Long dan Kak Syada.
Mak Long rupanya yang datang, aku fikir siapalah tadi. Aku memandang sekilas ke arah anak-anak lelakinya. Abang Azad, Izani, Azim dan Izham. Besar-besar dah anak Mak Long. Kak Syada juga sudah berkahwin pada empat bulan lepas. Sekarang tinggal anak-anak teruna Mak Long saja yang belum berkahwin kecuali Azim dan Izham kerana mereka masih berada di Tingkatan 4 dan 5. Muka masing-masing sudah dewasa. Masa mereka budak-budak lagi, comotnya macam baru balik dari bendang sedangkan mereka bermain depan rumah saja.
"Mak Long apa khabar?" tanyaku, memulakan bicara. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Mama. Ikutkan hati ini, aku cuma ingin bersalam sahaja kemudian nak pergi ke dapur semula. Aku bukannya orang yang jenis suka mendengar orang-orang tua bersembang, tak sopan.
YOU ARE READING
Tunang Untuk Dua Bulan [c]
Short Story"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua ak...