Bab Lapan - Sayang

6.5K 291 1
                                    

"Assalamualaikum, cikgu!" laung Haris selaku ketua tingkatan di dalam kelas 5 Sastera dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain.

Kertas ujian Bahasa Melayu yang telah disemak dua hari lepas ada di tangan. Aku memandang muka setiap pelajar yang ada di dalam kelas. Ada yang buat selamba, ada yang gelisah, ada yang menguap sampaikan aku berdehem barulah mulut tertutup rapat. Haih, budak-budak..

"Okay, keputusan markah kamu semua ada dekat saya dan ada dua berita yang saya nak sampaikan. Yang pertama, kamu kena berusaha lagi untuk peperiksaan SPM nanti."

Masing-masing mula melepaskan keluhan tidak puas hati. Aku tersenyum kecil.

"Nak dengar berita baik tak?"

Semua anggukkan kepala. Ha, ini mulalah aku nak mengusik diorang ni! Aku tersenyum.

"Saya ingat nak buat kelas tambahan waktu petang.."

"Alaa....."

Aku simpan ketawa dalam hati. Dah agak dah budak-budak ini tak nak buat kelas tambahan. Nasib tak kena potong gaji kalau tak buat kelas tambahan. Kalau kena potong, dah lama dah aku buat.

"Kata nak jadi insan yang berjaya dunia akhirat? Takkan buat kelas petang pun dah mengeluh? Mana pergi anak-anak Malaysia ini?"

Diorang menggeleng-gelengkan kepala. Bila tengok perangai pelajar dalam kelas aku ini, memang sama betul dengan zaman aku jadi budak sekolah dulu. Virus M itu sepanjang masa ada kecuali waktu cuti sekolah. Ha, yang itu wajib keluar pergi jalanlah.. mandi sungailah.. meronda 'kawasan'lah..

"Ala, cikgu.. Kelas Cikgu Liza dengan Cikgu Yati pun petang jugak, matilah kitorang, cikgu... Pupus terus anak murid cikgu ni nanti.." ujar ketua kelas.

Amboi, sampai nak pupus dah ya kalau buat kelas petang?

"Takdelah, saya gurau je.. Saya tau kamu semua ni memang ada virus M itu, dari awal sekolah sampai nak hujung-hujung dah ni."

Semua tergelak. Mana taknya, memang betul pun diorang semua ada virus M, virus malas.

"Saya nak bagitau, start Jumaat ni ada qiamullail. Tapi, program qiam ni cuma untuk pelajar yang tersenarai dalam KDT je. Yang tak terlibat itu, nanti saya akan buat kelas malam okay? Saya nak bagi adil, takkan saya nak tengok anak murid saya tertinggal dari kawan-kawan yang pergi program, faham?"

"Faham, cikgu.."

Aku senyum. Masa mesyuarat pagi tadi, ikutkan hati aku, aku memang tak setuju dengan idea program Qiam ni hanya untuk pelajar yang tersenarai dalam senarai kedudukan dalam tingkatan (KDT).

Cikgu pula cuma ambil pelajar dari nombor satu sampai nombor tiga puluh je, habis yang lagi 300 orang pelajar nak letak mana? Kalau nak naikkan balik pointer sekolah, sepatutnya kena ajar semua.

Tapi aku faham.. Duit PIBG tak cukup nak tanggung semua sekali. Dengan duit nak makan, minum lagi. Aku pun masih baru lagi mengajar dekat sekolah ini.

Sesi P&P berjalan macam biasa. Habis saja waktu aku, aku terus bergerak ke kantin untuk beli air, teh ais. Wah, nikmatnya dapat minum air teh ais Cik Li ni!

Henfon yang berbunyi dari tadi aku keluarkan dari poket baju kurung. Siapa pula dah ini? Ini nombor mana pula yang sesat call aku ini? Bukan nombor Malaysia ini, ha sudah! Scammer!

"Helo.."

Aku berdehem. "Ya, halo. Siapa ini?"

"Ini siapa?"

Tunang Untuk Dua Bulan [c]Where stories live. Discover now