Loceng ditekan beberapa kali. Jiha, cepat sikit buka pagar ni.. Najihah keluar dengan segugus kunci di tangan. Dia memandang aku pelik. Ha, jangan nak buat sesi Q&A masa-masa ini. Aku goyangkan badan ke kiri dan kanan, cepatlah buka. Ceq tak tahan dah ni!
Buka saja pagar, aku terus pecut masuk ke dalam rumah. Susu di dalam peti ais aku ambil dan tuang ke dalam gelas. Fuh, lega! Sakit betul perut aku ini, kalau ya pun nak gastrik, cuba tunggu sampai rumah dulu. Kan dah malu dengan Izani itu.
"Kau gastrik ke?"
Aku mengangguk kemudian tersengih kerang busuk. Ini mesti nak marah aku ini.
"Tadi kau tak makan ke masa kenduri? Macam mana pula boleh gastrik ini? Kau makan lauk yang pedas ke masa kenduri tadi? Ni aku tak masak, kau nak makan apa? Kau tak bawa ubat gastrik sekali ke tadi?"
Mak aih! Padu, ini baru nama dia sekali tarik je, terus tersembur keluar semua soalan dia. Aku mengisyaratkan Najihah supaya berhenti dari tanya aku banyak soalan. Susu dalam gelas pun dah habis diminum. Aku keluarkan makanan tapau dari dalam bag tangan.
Nampak? Saya dah beli siap-siap tadi, cik Najihah.
"Kenapa beli? Kenapa tak makan je dekat kedai tadi?"
Ada lagi soalan dia rupanya. Aku bergerak ke arah peti ais, aku simpan kembali kotak susu dan keluarkan air kosong sejuk.
"Aku malas nak susahkan si Izani itu.. Dah pukul sebelas kut, takkan nak ajak dia makan sekali dekat kedai. Dia itu bukannya cikgu sekolah, dia itu CAO dalam syarikat dia, esok kerja lagi. Aku takpelah, aku cikgu. Esok aku tak kerja, bolehlah nak landing lama-lama atas katil."
Yalah, esok Sabtu. Cuti hujung minggu, siapa je yang rajin nak keluar? Kalau yang rajin keluar itu, aku tabiklah. Aku ini nak nampak menyapu depan rumah masa cuti pun jarang masa cuti Sabtu dengan Ahad. Lagi banyak masa aku habiskan dekat atas katil je.
"Oh, tau pulak nak kesian dekat kawan itu.. Tadi tengahari bukan main kau marahkan kawan tu, ni apa cite? Dah ada tanda-tanda suka dia ke..?"
Najihah tersenyum meleret. Eh-eh, apa pulak? Kalau kesian someone, maksudnya kita suka dialah? Macam itu?
"Kesian dengan suka, dua perkataan yang berbeza tau. Aku ni dekat sekolah je jadi cikgu BM tau, jangan sampai aku pergi ambik mini whiteboard tu buat kelas tuisyen dekat kau. Eksklusif, percuma je. Kau nak?"
Najihah gelak besar. Hm, patut ke tak aku cakap pasal Syahrul dekat Najihah? Takpelah, nanti bila aku rasa nak cerita, aku cerita. Tapi... nanti aku lupa. Ah, cerita jelah!
"Jiha.. tadi aku terjumpa dengan Syahrul."
Najihah memandang aku dengan mata membulat. "Pastu? Drama ke?"
"Ish, drama apanya? Aku sembang macam biasalah dengan dia. Aku tanya pasal wife dia, dia tak tahu yang aku stalk habis akaun IG, Twitter, FB dia semua tu.. Pastu, ada pulak dia pergi tanya aku, aku suka dia lagi ke tak?"
"Pastu kau jawab apa?" Najihah memandang aku dengan teruja. Eh, minah ni? Bab-bab gosip, terserah dekat dia. Aku menguis nasi di dalam bekas polistrin.
"Aku cakaplah yang aku tak suka dia, aku suka dia masa dulu je... Aku kan dah ada tunang, Izani tu aku nak letak mana kalau aku still suka si Syah tu? Ye dok?"
Nasi disuap ke dalam mulut. Heh, masa macam ni je yang mulut aku rajin nak mengaku si Izani itu tunang aku, masa lain jangan haraplah. Najihah tayang senyum kerang busuk dia. Aih, dia ini.. Lain macam dia tarik senyum itu, duk berangan apa?
YOU ARE READING
Tunang Untuk Dua Bulan [c]
Короткий рассказ"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua ak...