Bab Tujuh Belas - Nasihat Tanda Sayang

6.6K 264 4
                                    

Aku pandang saja kereta Izani yang dah berlalu pergi. Aku masuk ke dalam rumah dengan muka sedih. Eh, kenapa sedih pula ni?

Aku tampar pipi beberapa kali. Alia, sekarang kau nak buat apa ini?

"Ha, macam mana?" Najihah bertanya dari belakang.

"Ish, terkejut aku!" Dada aku urut perlahan.

Bedah ini pun, satu hal! Kalau dah tahu nak dengar cerita pasal aku dengan Izani tadi, kenapa dia tak duduk je sebelah aku? Haih..

"Macam mana? Izani kata apa?"

"Macam tu la.." Aku jawab dengan malas. Malas nak fikir. Malas nak buat apa-apa.

"Lekaih la cita, macam mana? Apa dah jadi? Dia kata apa?"

Suka mendesak betullah kawan aku ni.

"Dia suruh aku pakai balik cincin tu. Dia kata dia tak call aku pun pagi tadi, dia ada meeting masa tu."

Najihah menongkat dagu.

"Pastu, dia tanya pasal Thaqif.." Aku tunggu reaksi dari Najihah.

Ya, macam yang aku agak. Ternganga mulut dia, siap tukar tempat duduk sebelah aku lagi. Bukan setakat itu je, siap pegang muka aku lagi.

"Eh, kau ni dah kenapa?"

"Hang habaq dak dekat Izani?" Najihah tanya penuh teruja.

"Memang taklah! Gila ke apa?"

Aku melepaskan pegangan tangannya dari muka aku. Sakit pipi aku kena tekan dengan tangan dia.

"La.. pasaipa dengan hang ni?"

"Awat? Salah ka kalau tak bagitau dia?"

"Salah la! Dia itu bakal laki hang, mestilah dia kena tau serba-serbi pasal hidup hang. Kalau la ni hang duk berahsia dengan dia, nanti lepas hang kahwin pun hang berahsia lagi dengan dia."

Aku buat-buat tak dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Alia, cuba dengaq apa aku nak cakap ni! Tulah, hang. Suka duk buat pekak telinga.. Allah bagi sungguh pekak, baru tau!"

Najihah duduk semula di tempatnya. Kemudian dia menjeling geram.

"Bakal laki je, bukan sah lagipun. Lepas kahwin, aku citelah semua benda dekat dia."

"Memang la tak sah lagi, tapi hangpa berdua ni ibarat macam Perlis dengan Johor. Nak jumpa dekat Pahang, banyakla nak kena lalu. Sat bukit tu, bukit ni.. Pastu, satgi kena berhenti RnR lagi, isi minyak, makan.. Sambung lagi, hangpa nak kena ikut jalan pusing-pusing sampai nak muntah.."

"Eh, berhenti sat! Ni padia Pahang la, Johor la, Perlis la.. Aku yang tengah dengar pun, jadi nak muntah tau?" Aku potong.

"Hang diam! Bagi aku taboh hang dulu!"

Ha, sambung-sambung. Makcik bedah ni kalau dah sampai seru nak membebel dia, mak kandung dia dekat kampung pun belum tentu boleh bagi dia berhenti.

"Hang cuba habaq mai, awat hang tiba-tiba tak suka dengan Izani tu? Bukan hang happy ka keluaq dengan dia, pi sana pi sini dengan dia? Aku tengok muka hang lagi ceria dari dulu."

Aku mengeluh. Ala, ini yang aku tak suka. Tanya pasal hati dan perasaan kita pula.

"Aku perlukan lelaki yang bila ada masalah, dia akan datang dan jumpa aku.. Dan cakap, 'let's fix this' daripada lelaki yang main sedap hati batalkan perkahwinan macam Izani tu!"

Tunang Untuk Dua Bulan [c]Where stories live. Discover now