Menjadi tunangan orang bukanlah apa yang aku harapkan dan bertunang untuk jangka masa yang lama memang berbahaya. Okaylah, takdelah lama mana sangat.. Setakat dua bulan itu, boleh kata sekejap je kalau aku tak hitung hari setiap kali aku bangun tidur. Bak kata orang tua dulu-dulu, bertunang ini masa yang mencabar tahap kesabaran kita, mesti ada je benda yang cuba nak rosakkan hubungan.
2 bulan dari sekarang? Dah nak masuk seminggu lebih aku menjadi tunangan kepada lelaki yang bernama Muhamad Izani, lelaki yang mencabar ketenangan hidup aku. Ada je benda yang tak kena antara kami berdua. Asal berjumpa, pasti akan mula bergaduh. Dan selalunya, aku yang terpaksa mengalah memandangkan dia itu lelaki. Kalau dia buat benda tak elok dekat aku macam mana? Dia tampar aku ke? Dia bomohkan aku ke? Sebab aku selalu gaduh dengan dia. Ha, naya.. naya..
Aku menilik jam di tangan. Ya Allah, dia ini kata dah nak sampai, aku tercongok depan rumah dah dekat 20 minit. Ingat seronok ke tunggu orang macam tunggu bulan jatuh ke riba? Aku mendail nombornya buat kali ke lima belas. Ish, mamat ini memang seronok kut nak dengar aku membebel dekat telinga dia. Nak-nak pula suara aku ini semerdu Ziana Zain bila menyanyi part high note.
"Hello, kau dekat mana?" Aku bercekak pinggang di depan pintu. Mamat ini, memang nak kena betul!
"Ish, jalan tengah sesak ni. Tunggulah kejap!"
Terdengar rengusan dari dia. Eh, hello! Kau yang lambat, aku pula yang kena!
"Tunggu? Dah dekat 20 minit aku tunggu kau, tau? Tadi kau kata dah ada dekat simpang nak masuk rumah aku.. Kau ni betul tengah stuck dalam trafik ke kau tengah sesat cari rumah aku ni? Itulah lain kali buat sesuatu itu biar ikhlas sikit. Nak menipu aku sangat kan? Ha, padan muka duk tersekat dekat highway tu.." Aku membebel dengan hati yang sedang menggelegak marah.
Tuttttt...
Kurang asam! Dia matikan panggilan aku! Eee, ya Allah.. Aku mengibas-ngibas muka menggunakan tangan. Wah! Wah! Dia memang sengaja cari pasal dengan anak Hashim ini! Najihah yang baru sahaja habis menyidai baju di belakang rumah memandang aku dengan pelik.
"Kau ni dah kenapa? Nuh.. sampai ke belakang aku boleh dengar suara kau membebel, kau bebel dekat siapa?" tanya Najihah sebelum melabuhkan punggung di atas sofa dan mula mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja. Aku pusing memandang teman serumah aku merangkap kawan baik dari sekolah menengah.
"Kau rasa siapa je yang selera dengar suara aku?"
"Entah.."
"Izani lah! Sape lagi? Boleh pula dia pergi matikan panggilan aku, dia ingat topup ini pakai duit dia ke? Kalau ikutkan hati, aku pun tak naklah pergi dengan dia. Ingat aku teringin sangat ke nak tengok muka dia itu? Kalau hensem macam Nazim Othman ke.. Aeril Zafrel ke.. takpelah juga! Dia yang lambat, aku yang berjanggut nak kena tunggu."
Tudung selendang aku tarik ke belakang dengan geram. Ini dah berapa kali aku adjust tudung pun, aku tak tau. Silap-silap makanan dekat dewan itu pun dah nak habis.
"Kau.. Mulut tu, kalau bab nak bandingkan orang dengan pelakon, memang nombor satukan! Aku tengok Izani itu hensem apa, walaupun taklah sehensem abang Nazim Othman kau dengan abang Aeril Zafrel kau tu.."
Eee, tang mana hensem? Aku duk tengok muka dia, takde pun simptom tulang rusuk kiri bergetar, perut ada rama-rama. Takde pun! Sah, memang sah dia bomoh housemate aku sekali ini.
Pinnnn!!! Bunyi hon yang sengaja ditekan lama dari luar rumah membuatkan aku menggelabah tak kena gaya.
"Ha, kau tengok perangai dia itu! Mana aku tak geram dengan mamat tu, aku tak faham betul kenapa mak ayah aku boleh rileks je bagi aku bertunang dengan dia. Hish.."
YOU ARE READING
Tunang Untuk Dua Bulan [c]
Короткий рассказ"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua ak...