d u a l a p a n

446 64 1
                                    

Sebelum ini, selalunya pada waktu lunch Taehyung pasti akan membawa aku keluar untuk makan bersama dengannya. Tetapi kini berbeza, aku pasti akan keluar dahulu sebelum dia bagi mengelakkan bersemuka dengan dia. Sebab aku tahu, pasti dia akan mendesak supaya aku mengikutnya. Dan yang benci adalah diri aku, kerana selalu sahaja terpujuk dengan rayuan dia. Seolah-olah ada sesuatu dalam diri dia yang menarik aku supaya tidak menolaknya.

Aku betul-betul bencikan itu.

Tali beg aku betulkan di bahu sambil aku berjalan perlahan sahaja. Sungguh badan aku terasa lemah yang amat sehingga untuk berjalan inipun kaki aku seperti tidak larat. Jadinya setiap pergerakan aku adalah sangat lambat. Ditambah lagi dengan kasut tumit tinggi ini, lagi-lagi membuat kaki aku bertambah lenguh.

“Han Shin Jung!”

Mendengarkan laungan itu, tidak perlu untuk menoleh memandangnya aku sudah tahu siapa yang memanggil aku. Aku tidak memberhentikan langkah bahkan semakin laju aku berjalan menjauh.

“Tunggulah!” Langkah aku sempat terpintas lalu dia menahan lengan aku. “Shin, tunggulah saya.”

Aku mendengus dengan kasar. “Apa lagi yang awak mahukan ini? Tolonglah, boleh tidak dalam sehari awak tidak mengganggu saya?”

“Saya cuma mahu mengajak awak keluar makan dengan saya sahaja.”

“Saya tak nak.”

“Awak tak boleh lawan cakap saya, tahu.”

“Kita bukan berada di dalam pejabat lagi, dan iya saya boleh bantah arahan awak. Kuasa awak sebagai majikan saya, tidak berguna sekarang. Jadi ke tepi, jangan ganggu saya.”

“Shin. .” Aku menepis tangannya yang memegang lengan aku dengan kasar. Lalu aku membuka langkah semula, berniat untuk meninggalkan dia. Tetapi ya, lelaki Kim Taehyung ini sememangnya degil dan menjengkelkan. “Tolonglah Shin Jung, jangan buat saya begini.”

“Buat apa, huh? Awak yang siksa diri awak, tahu tidak?”

“Saya tak kisah, Shin. Pergilah sejauh mana, elaklah dengan cara apa sekali pun, saya tetap tidak akan mengalah untuk meraih hati awak. Dan kalaulah betul bila awak cakap yang awak mencintai lelaki lain, maka saya akan doakan semoga awak cepat putus dengan dia. Supaya tidak ada alasan lagi untuk awak menolak saya. Iya, saya akan doakan begitu. Apa awak fikir yang saya akan terima kekalahan begitu sahaja, huh?”

Aku menggelengkan kepala seakan-akan tidak percaya dengan ujaran lelaki ini. “Awak gila, tahu? Gila.”

“Saya gilakan awak, Shin Jung.”

Mata aku terasa hangat sementara hidung aku rasa ketat sahaja. Menahan perasan emosional yang tiba-tiba sahaja menyerang. Tak guna. “Lupakan saya, Taehyung.”

Baru beberapa tapak aku melangkah menjauhi dia apabila kepala aku terasa tiba-tiba sahaja berpusing-pusing. Jadinya mata aku tertutup terbuka berkali-kali sehingga pandangan aku berpinar. Belakang tengkuk aku terasa beremut dan kebas tanpa sebab yang menambahkan lagi rasa pitam ini. Badan aku turut hilang keseimbangan, lalu tanpa pengawalan aku terjatuh di atas lutut sambil tangan aku memaut besi penghadang jalan.

“Shin, awak okay?” Taehyung pegang lengan aku dengan kemas. “Awak sakitkah?”

Sebelum sempat aku berkata apa-apa, penglihatan aku jadi kabur kemudian gelap.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now