“Iya, sebelum ini saya bercadang mahu menggugurkannya sahaja, apa gunanya saya besarkan anak orang yang sudah menghancurkan hidup saya, kan?” Aku lepaskan genggaman Taehyung lalu berjalan ke arah sofa dan duduk di situ. “Tapi lama-kelamaan, saya berat hati. Sebab. . .saya tak nak jadi pembunuh. Saya sedar, dia tidak bersalah jadi saya putuskan untuk jaga dia. Walaubagaimana sekalipun, dia anak saya juga.”
Kedengaran Taehyung menghela nafasnya, sebelum berjalan menghampiri aku. “Shin, saya tahu sukar untuk awak terima semua yang terjadi ke atas diri awak. Tapi, saya lega mendengar itu, awak seorang wanita yang kuat Shin. Sebab itulah, saya sayangkan awak.”
Aku angkat muka untuk memandang Taehyung yang sedang berteliku di hadapan aku. “Boleh saya bertanya sesuatu?”
“Tanya sahaja, saya akan jawab.”
“Sungguh, awak mahu memperisterikan saya? Awak tidak akan menyesal, kerana mungkin suatu hari nanti awak akan sedar yang saya ini tidak layak untuk awak? Saya sudah disentuh, Taehyung. Saya sudah tidak sempurna.”
Mendengarkan itu, dia tersenyum kecil. “Saya berkahwin dengan awak bukan sebab saya mahukan tubuh awak, Shin. Itu semua tidak penting tahu? Di mata saya, awak adalah wanita yang paling sempurna. Saya mahukan awak, sebab cinta dan hati awak, dan bukannya hanya kerana nafsu semata-mata. Saya mahu menjaga awak, saya mahu mencintai awak sepenuh hati saya.”
Tangan dia bergerak ke pipi aku, lalu dia mengusap ia dengan ibu jarinya.
“Saya tak akan menyesal, Shin. Sungguh.”
*****
i love AELs ❤❤❤❤❤
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔
Fanfic[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. AN ENDLESS LOVE \ K.TAEHYUNG ❝ aku bukan mencari kesempurnaan dirinya, aku menagih tulus cintanya ❞ ***** ❝Lupakan saya, tolong. Saya tak layak u...