epilogue

612 49 12
                                    

“Truth or dare.”

Hidup dewasa dan kisah cinta aku bermula dari permainan bodoh itu. Mungkin awalnya aku serba kehancuran, masa depan aku rasakan begitu gelap,  dan mungkin tiada apa yang tinggal untuk perempuan kotor seperti aku. Dan juga, semua itu terjadi hanya disebabkan dendam kesumat dan obsesi seorang wanita bernama Eunji.

Insan yang aku anggap adalah satu-satunya sahabat yang aku miliki. Tetapi bagi dia, aku hanyalah alat dan perkara yang dapat dia jadikan umpan untuk mencapai impian dia untuk memiliki lelaki bernama Kim Taehyung. Obsesi dia, yang menjerumuskan dirinya ke dalam dendam yang pada akhirnya memakan dirinya sendiri. Pada hujungnya, obsesinya itu pula yang merosakkan pemikirannya. Sehingga dia hilang akal akibat perbuatannya sendiri.

Namun di sebalik semua itu, kisah cinta aku juga bermula. Aku, pada awalnya sangat membencikan manusia berjantina lelaki ini bahkan aku tidak pernah terfikir langsung untuk menerima mana-mana lelaki di dalam hidup aku. Semua itu bermula, semenjak ibu dikhianati oleh ayah sendiri. Aku jadinya bencikan lelaki. Aku menganggap semua lelaki adalah sama sahaja! Penipu.

Tapi nyatanya aku silap, bukan semua lelaki sama. Dan Kim Taehyung telah membuka mata aku, menyedarkan aku yang sebenarnya jauh di sudut hati aku,  masih tertinggal secebis perasaan cinta untuk insan itu. Semakin lama, cinta dipupuk. Secebis perasaan itu bercambah, dan mula menular ke seluruh hati aku. Melalui keprihatinannya, melalui belaiannnya, melalui kesopanannya, melalui kebaikkannya, dan melalui cintanya yang sentiasa hidup untuk aku.

Mungkin selama ini aku membutakan mata hati, sehingga kehadirannya juga tidak aku sedari. Bayang-bayang harapan yang kini menjadi sebahagian dari hidup aku. Sehingga aku merasakan yang aku tidak mampu hidup tanpanya.

Cintanya yang tiada penghujung sentiasa menjadi sokongan jika aku jatuh.

Dikuatkan lagi dengan kehadiran Jaehyun. Jadi melalui apa sahaja dugaan pun, aku berhasil bertahan meskipun hakikatnya terlalu menyakitkan untuk dikatakan dan dirasakan. Aku percayakan pada karma, dan aku percayakan pafa takdir. Jika benar dia, Kim Taehyung, suami aku ditakdirkan untuk aku, aku yakin akan ada jalan yang membawa dia kepada aku.

Janji yang dimeterai, menjadi punca dan sebab mengapa kami masih bertahan. Tidak kira aku, mahupun Taehyung sekalipun. Aku tahu, dia melalui banyak kesakitan dan kelukaan dalam usahanya untuk memiliki aku. Tidak kira sebelum kami bersatu, ataupun selepas kami bersatu.

Cinta tulusnya itu, masih dapat aku rasakan sehingga ke saat ini. Setiap saat, setiap waktu. Dan aku berharap cinta yang cuba aku pamirkan untuknya, juga memadai untuk kami bersama membina istana kebahagiaan kami.

Semuanya berlaku sekelip mata,  dan keadilan Tuhan tetap ada. Bahagia kecil yang kami inginkan akhirnya tercapai. Aku berharap, selepas ini takkan ada lagi dugaan yang melanda sehingga kami berdua terpaksa berpisah sekali lagi. Sesungguhnya, aku tidak mampu.

Aku perlukan dia, kerana dia adalah punca kekuatan aku sekarang ini. Kasih sayangnya, tidak pernah kurang dicurahkan untuk aku dan Jaehyun. Malah lebih lagi.

Aku bahagia, Ya Tuhan!

Perasaan aku sukar untuk aku selindungkan lagi, sehingga Jaehyun yang sedang menyusu aku cium berulang-ulang kali. Terus merengek dia akibat perbuatan aku. Tapi aku tertawa halus mendengar suara kecilnya itu.

Uish, geram sangat awak dengan Jaehyun. Habis merahlah pipi anak saya tu.” Dia,  yang baru sahaja keluar dari bilik air menegur aku sambil menggelengkan kepala.

Aku mencebik. “Anak saya juga, tahu.”

“Tahulah, anak kita bersama.” Ujarnya bersama senyuman itu, senyuman petaknya yang memang tak pernah lekang dikuntumkan buat aku. Sehingga aku berasa bertuah kerana memiliki dia.

“Awak mahu pergi mana bersiap-siap ni?”

Taehyung berpaling pada aku, sambil dia mencuba meyarungkan kemeja pada tubuhnya. Disebabkan kaki kanannya masih lagi dalam proses pemulihan, tongkat itu sentiasa mesti ada dalam tangannya. Dan juga, aku tahu luka tikaman itu pastinya masih berbisa rasanya. Bukan alang lagi lukanya tempoh hari. Mujurlah, tak ada apa-apa yang terjadi pada suami aku ini. Semangatnya kuat.

“Saya nak pergi kerjalah, pergi mana lagi sayangku? Banyak kerja terbengkalai di pejabat, kesian papa kerja sendiri.”

Aku mengangguk tanda mengerti. Niat aku mahu membantu Taehyung, jadi Jaehyun aku baringkan ke atas tilam. Susu botol aku berikan padanya. Usia Jaehyun sudah masuk lima bulan, jadi aku sudah mula mencampurkan susu untuknya.

Aku mengesot turun dari katil lalu mendekati Taehyung. Butang kemejanya aku kaukkan satu persatu. “Saya tahu awak risaukan papa, tapi awak kena risaukan diri awak juga tahu. Awak tu, bukannya sihat sangat.”

Dia tersenyum senget, tangan kirinya melingkar pada pinggang aku. “Tak apa, ubat saya ada depan mata saya sekarang ini. Selagi saya ada awak, saya akan berasa sihat sentiasa.”

Terus aku mencubit lembut hujung hidungnya. “Jangan mengada, Tae. Saya serius. Jaga diri awak, ya?”

“Okay. . .baik sayang,” Balasnya meleret sambil tayang giginya yang tersusun rata. Belakang kepala aku ditariknya perlahan, lantas dia mendaratkan bibirnya pada dahi aku. “Sayang dengan Jaehyun, jaga diri di rumah iya. Kalau ada apa-apa call saja.”

Aku tertawa halus mendengarnya. Terlalu protective. “Saya dengan Jaehyun di rumah sahaja pun, apa yang boleh berlaku. Ish, dia ini kan.”

“Saya cuma nasihat sahaja, sayang.”

“Hmmm, baiklah suamiku tercinta.”

Taehyung tersengih tambah lebar. Panjang, sampai ke telinga. “Apa tadi, tak dengarlah. Cuba ulang semula.”

“Apa?” Soal aku, berpura-pura lupa sedangkan pipi aku sudah membahang panas sebab malu.

“Yang tadi tu, suamiku. . .apa iya? Saya tak dengar.”

Aku tekup muka pada dada Taehyung sebab malu. Badannya aku peluk dengan kedua tangan. “Suamiku tercinta.”

“Tak dengarlah, sayang.”

“Ergh,” Aku terus angkat muka untuk pandang dia yang sedang tersengih-sengih. Aku mendengus perlahan. “Suamiku tercinta. . .puas hati?”

Taehyung tahan senyuman lalu mendekatkan wajah ke wajah aku. Bibir aku dikucup sekilas. “I love you too, sayang.”

Hati aku berbunga-bunga. Aku benar-benar bahagia, sumpah. Terima kasih Kim Taehyung, sebab muncul dal hidup saya yang serba kekurangan. Kehadiran awak lengkapkan segala kecacatan yang saya ada.

Cinta tanpa penghujung yang awak berikan untuk saya, mengajar saya erti cinta sejati.

Saya cintakan awak, terima kasih sebab tunaikan janji awak. Suamiku tercinta.

*****

—an endless love,
what's meant to be
will always find a way.

END.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now