Perlahan-lahan aku membuka tirai mata bila terasa anak rambut yang menjutai ke wajah aku dialihkan secara lembut oleh seseorang. Senyuman petak milik Kim Taehyung, adalah hal pertama yang menjadi jamahan mata. Matanya redup bertembung dengan mata aku. Apa aku bermimpi atau, betul dia berada di hadapan aku sekarang ini?
Aku mengerdipkan mata beberapa kali, mencuba menyedarkan diri dari mamai. Setelah aku sedar sepenuhnya, membuntang aku jadinya akibat malu yang amat. Pasti dia melihat wajah hodoh ketika aku tidur tadi.
Aduh. . .
Belakang badan segera aku luruskan, bingkas duduk dengan sopan berbanding posisi tidur bersandar aku tadi. Aku berdehem dengan kekok. “Awa— maksud saya, Tuan. . Sudah lama berada di sini? S-saya minta maaf, saya tertidur pula.”
“Tidak mengapa, lagipula. . Sekarang ini sudah lewat. Awak tidak mahu pulang? Mahu tidur di sini lebih lama ke apa?”
Mendengarkan itu, aku terus mengerling jam tangan; lagi sepuluh minit menginjak ke angka sebelas. Aku mengeluh perlahan. “B-bukan begitu, saya sebenarnya masih belum selesai dengan semua kertas kerja ini. Masih banyak lagi yang saya belum periksa dan hafal setiap satunya. Saya baru siapkan jadual kerja Tuan.”
Dia tertawa halus. “Bersungguh-sungguh awak, iya?”
“Tuan yang sendiri cakap, saya tidak boleh pulang selagi belum selesai.”
Taehyung terus ambil fail yang berada di tangan aku lalu menutupnya dan diletakkan semula ke atas meja. “Cukuplah untuk hari ini, yang penting awak sudah susun aturkan jadual kerja saya. Sekarang, mari temankan saya dinner.”
Tangan aku di dalam genggamannya, menarik aku supaya mengikut langkah dia. “Tapi, Tuan. .”
“Mahu melawan arahan majikan?”
Aku terus mengunci mulut.
*****
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔
Fiksi Penggemar[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. AN ENDLESS LOVE \ K.TAEHYUNG ❝ aku bukan mencari kesempurnaan dirinya, aku menagih tulus cintanya ❞ ***** ❝Lupakan saya, tolong. Saya tak layak u...