e m p a t d u a

441 55 2
                                    

“Huh. . .”

Aku mengeluh panjang sambil mendaki tangga ke tingkat atas. Disebabkan letih, semua pergerakan aku menjadi perlahan sahaja. Sudah seperti kura-kura. Aku bersyukur juga, selama aku mengandung ini tabiat muntah-muntah itu kurang. Iya mungkin hanya loya dan pening sahaja, dan kelelahan meskipun tidak buat banyak kerja. Aku ada tengok wanita mengandung yang lain di luar sana, selalu muntah setiap kali habis makan.

Dan satu hal lagi, perut aku tidaklah begitu membukit. Tidak ketara sangat. Mungkin sebab aku memang berbadan kecil. Jadinya saiz perut aku juga tidak seberapa besar, lagipula kandungan aku baru mencecah empat bulan lebih. Aku tersenyum kecil sambil mengusap perut aku dengan lembut.

Baby tak rasa sempitkah di dalam ini huh, patutkah mummy makan banyak supaya berat badan naik?

Happy nampak?” Satu suara perempuan tegur aku, lantas langkah aku termati. Perlahan-lahan aku berjalan menghampiri dia. Senyuman aku turut merundum melihatnya. “Oh mestilah happy, pengantin barulah katakan.”

“Eunji. . .”

“Mujurlah kau masih ingat aku siapa, aku fikir kau sudah lupa.”

Aku tersenyum sinis. “Patutkah aku lupakan kau? Kawan tikam kawan sendiri, apa kau fikir aku bakal lupakan semua itu?”

Dia ketawa besar, langkah diatur mendekati aku. “Jangan salahkan aku Shin Jung, kau sendiri yang buat aku jadi kejam. Sebab kau, perempuan tak sedar diri.”

“Siapa yang tak sedar diri sebenarnya ini, huh? Tak, sebenarnya apa silap aku pada kau sampai kau sanggup buat begitu? Kau tinggalkan aku bila aku susah, kau buat aku macam sampah. Kau hina aku dan berpihak pada orang yang salah. Kau tahu itu bukan salah aku, tapi kau tak pernah bantu aku.”

“Sudah habis syarahan?” Sekali lagi dia ketawa mendengar ujaran aku. Sedikit sebanyak membuat hati aku berasa panas. “Tch tch, kau terlalu naif Shin Jung. Apa kau fikir selama ini aku menganggap kau sebagai kawan aku? Aku hanya pergunakan kau sahaja untuk dekati subjek aku.”

“Maksud kau?”

“Kim Taehyung, dia yang aku mahu.”

“A-aku, aku tak faham langsung.”

Eunji mendengus kasar. “Aku pernah jujur tentang perasaan aku pada dia dulu, kau tahu apa dia jawab? Dia hanya akan mencintai satu gadis sahaja, dan gadis itu adalah kau! Jadi disebabkan itu aku rapat dengan kau. Semata-mata untuk hancurkan kau perlahan-lahan supaya tidak ada alasan lagi untuk dia pandang kau. Aku burukkan kau di depan semua orang, supaya Taehyung turut pulaukan kau. Tapi tidak. Sehingga aku terpaksa buat perkara lain.”

Aku terpempan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia ungkapkan itu. Selama ini, dia baik dengan aku. Dan aku anggap dialah satu-satunya kawan yang aku ada. Tapi. .tak sangka dia buat aku sehingga begitu sekali. Hanya kerana, lelaki?

Dia tarik tangan aku sampai aku terkedepan. Matanya tak pernah tinggalkan mata aku, cemihan sinisnya buat aku rasa geram. “Dan kau tahu apa, sebenarnya aku sendiri yang hantar kau pada Park Han Seong malam itu. Aku yang masukkan pil tidur dalam minuman kau, sampai kau tak sedar apa yang berlaku. Mesti kau tak jangka semua itu, kan?”

Aku terdiam. Apa yang baru sahaja dia katakan? Hati aku sakit, sangat sakit mendengarnya. Dada aku terus terasa sesak.

“Tapi aku tak tahu apa yang ada pada kau sampai Taehyung masih lagi cinta pada kau walaupun kau sudah kotor!”

Tanpa aku pinta, airmata jatuh mengalir di pipi aku. Bibir aku bergemetaran dalam cubaan aku untuk bersuara. “Eunji. .aku tak sangka kau sanggup buat aku begini.”

“Apa sahaja aku sanggup lakukan untuk dapatkan Taehyung. Dan nampaknya aku terpaksa hapuskan anak dalam perut kau tu sebab ada dia, Taehyung ambil kau jadi isteri dia,” Eunji melangkah mendekati aku, sementara aku mengundur ke belakang sambil menekup perut dengan tangan. Aku tidak mahu anak aku diapa-apakan. “Ataukah, aku hapuskan kau sekaligus.”

“E-unji. .jangan dekat kalau tidak aku jerit.”

Dia berhenti melangkah lalu tergelak besar. “Shin Jung, Shin Jung, tak apa aku biarkan kau rasa selesa untuk seketika ini. Aku terfikir cara yang lebih baik untuk hancurkan kau nanti. Bayangkan macam mana reaksi Mama bila tahu kau kahwin dengan Taehyung tapi mengandung anak orang lain. Mesti dia jijik dengan kau.” Bisiknya sinis sebelum berlalu dengan melanggar bahu aku.

Aku terpempan sekali lagi.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now