t u j u h b e l a s

503 79 9
                                    

Aku mengeluh malas sambil menopang kepala menggunakan tangan di atas meja. Sudah dua hari aku bekerja di sini secara rasminya, namun tiap-tiap hari kerja aku hanyalah memeriksa fail-fail lama yang diletakkan di atas meja aku lalu mengira kemasukan dan pengeluaran hasil syarikat. Tidak, kerjanya tidak sesukar mana, tetapi hanya aku sahaja yang berperangai aneh.

Sikit-sikit mahu tidur.

Padahal kerja tidak seberat mana pun.

Oh, dan satu hal lagi, sejak dua hari ini aku belum lagi dapat bersemuka dengan pengarah syarikat itu. Ada sahaja halangan jika aku mahu melihat wajahnya. Jika bukan kerana dia outstation, kerana kerja aku yang berlambak di atas meja. Yang betul sahaja, kononnya aku pembantu peribadi dia tetapi sekalipun aku tidak pernah berjumpanya.

Baru sahaja aku meletakkan kepala ke atas meja apabila interkom berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. Dengan malas aku menekan punatnya, untuk mendengar suara di hujung talian.

“Iya?”

“Cik Han, masuk ke pejabat saya sekarang.”

Belakang badan aku menjadi lurus mendengarkan suara serak basahnya yang bergema melalui speaker interkom. Mata aku membesar dan menyebabkan aku gemuruh dengan tiba-tibanya. Nafas aku seperti tersekat.

“B-baiklah, Tuan.”

Aku terus bingkas bergerak menuju ke bilik pengarah di sebelah. Ini pertama kali aku bertemu dengannya, jadi aku tidak mahu berlambat-lambat kerana aku tidak mahu dilabel sebagai pekerja yang lembab. Setiba di hadapan pintu pejabatnya, aku menarik nafas dalam sambil membaguskan pakaian aku. Selepas itu aku mengetuk pintu meminta izin.

“Masuk.”

Aku melangkah masuk dan menutup pintu dengan berhati-hati. “Iya, ada apa Tuan—”

Aku terpaku setelah menoleh melihat wajahnya. “Kim Taehyung?”

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now