“I'll make you fall for me, Han Shin Jung..”
Fikiran aku berusaha mengingati semula apa yang telah terjadi semalam. Atau lebih tepatnya, apa yang telah aku lakukan semalam. Aku tidak minum banyak, itu apa yang aku pasti, tetapi kenapa Eunji cakap aku mabuk teruk?
Dan semalam, apa yang aku buat dengan lelaki itu?
“Come here baby..”
Kepala aku gelengkan berkali-kali, menghalau ingatan itu dari terus membelenggu kewarasan aku. Ya Tuhan, apa yang aku lakukan ini?
Jangan cakap yang aku sudah merosakkan diri aku sendiri?
“Shin Jung?” Aku terus angkat kepala mendengar nama aku disebut. Pantas aku berdiri mengahadapnya. “Awak buat apa di sini?”
Mesti dia pelik kenapa aku duduk di tempatnya, tapi aku tidak kisah. Ada hal yang perlu aku pastikan. Aku menghela nafas perlahan. “Di mana Hanseong?”
Taehyung terjeda seketika sebelum menggumam kecil. “Dia, tak hadir rasanya hari ini. Ada apa mahu jumpa dia?”
“Dia kemana, kenapa pula tiba-tiba tidak hadir?”
“Manalah saya tahu, saya bukan bapa dia pun.” Ujar Taehyung tersengih-sengih. Belakang tengkuknya dia gosok dengan janggal.
Aku menjadi geram tiba-tiba. “Awakkan kawan baik dia, takkanlah awak tak tahu langsung!”
“Walaupun dia kawan saya, tak bermaksud saya perlu tahu setiap satu pergerakan dia. Janganlah marah saya.” Dia masih mengekalkan senyuman petaknya meskipun aku secara tidak sengaja telah meninggikan suara padanya.
Jadinya aku menahan amarah yang sebenarnya membuak semenjak tadi. Lelaki Hanseong itu, memikirkannya sahaja membuat darah aku naik ke atas kepala.
Aku mahu segera berlalu, tapi Taehyung tahan dengan menarik tali beg aku. Kepala aku tolehkan semula memandangnya.
“Hanseong, ada apa-apakan awakkah?”
Aku mendengus kasar. “Bukan urusan awak.” Dan aku terus berlalu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔
Fanfic[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. AN ENDLESS LOVE \ K.TAEHYUNG ❝ aku bukan mencari kesempurnaan dirinya, aku menagih tulus cintanya ❞ ***** ❝Lupakan saya, tolong. Saya tak layak u...