e m p a t l i m a

433 50 3
                                        

“Hati-hati memandu iya Taehyung.”

“Baik, Ma. .”

Aku berpelukkan sekejap dengan Mama, melepaskan rasa rindu. Baru sahaja kami mahu bertolak, hati aku mula sayu bila melihat wajah Mama. Rasa macam tak sampai hati mahu tinggalkan pun ada juga. Mama baik dengan aku selama aku tinggal di sini, itu yang buat aku rasa berat.

“Shin Jung juga jaga diri, ya.”

“Iya, Ma. .”

Aku tersenyum lembut. Taehyung peluk bahu aku seketika sambil tersengih lebar. “Mama jangan risau, Tae pasti jaga Shin dengan baik. Kami pergi dulu.”

Selepas mempamit, kami berdua memboloskan diri ke dalam kereta milik Taehyung. Dia mula memandu ke jalan besar dengan tenang. Acap kali aku menoleh pandang dia sebab aku rasa ragu-ragu. Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku.

“Kenapa, sayang? Tahulah muka saya kacak, tak payahlah pandang-pandang begitu.”

Aku mencebik. Perasan lebih. “Heh, kacaklah sangat. Jangan perasan iya. Saya pandang-pandang awak terus sebab saya ragu-ragu.”

Taehyung tertawa halus. “Ragu-ragu pasal apa?”

“Awak betul-betul tahu di mana kampung saya?”

“Tahu.”

“Betul-betul tahu?”

Sekali lagi Taehyung tertawa mendengar pertanyaan aku. “Beginilah, awak rehatlah dulu sayang. Perjalanan masih jauh lagi ini. Nanti sampai saya kejut, okay?”

“Tapi—”

“Awak masih ingat tak syarat saya bila awak cakap ‘tapi’? Nanti pula terbantut perjalanan kita, baik awak rehat, tidur. Jangan risau, saya tahu jalannya. Okay sayang?”

Aku muncungkan bibir tanda protes sebab kalah debat dengan Taehyung. “Baiklah. . .” Aku masih lagi pelik dan tertanya-tanya sebenarnya macam mana dia boleh tahu tentang kampung halaman aku. Apa memang dia ikuti aku selama ini?

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang