“Shin Jung!” Nama aku dilaung kuat oleh seseorang, lalu aku menoleh ke belakang melihat siapa yang memanggil aku. “Tunggu akulah weh..”
“Kau dah kenapa macam kena kejar dengan anjing, berpeluh-peluh bagai?” Soal aku pada Eunji, melihatkan dirinya yang lecun dengan keringat. Terkapus-kapus dia mencari nafas sambil berpaut di bahu aku.
“Shin, kau,” Dia berusaha bercakap, tapi nafas dia masih tidak stabil.
“Shin, kau, kau apa?”
Dia menarik nafas dalam, lalu menghembusnya kasar. “Semalam, kau balik dengan siapa weh?”
Dahi aku langsung berkerut mendengar pertanyaannya. Biar betul perempuan ini. “Dengan kaulah, dengan siapa lagi. Kau yang hantar aku balik semalam, kan?”
Eunji mengetap bibirnya, anak matanya merenung ke dalam mata aku. “Serius Shin, kau tak ingat apa-apakah?”
“Ingat apanya, merepeklah kau. Jom masuk kelas.” Balas aku, malas mahu mendengar bebelannya lebih lanjut.
Baru sahaja aku mahu membuka langkah, bila dia tangan lengan aku. Paksa aku menghadap dia semula. “Shin Jung, kau betul-betul tak ingat apa-apa?”
Dahi aku yang berkerut tadi bertambah berkerut mendengar nada suaranya yang sudah berubah sinis. “Memangnya apa juga yang perlu aku ingat, huh?”
“Semalam kau mabuk teruk, Park Hanseong yang hantar kau balik rumah sewa kau. Kau tak ingat apa-apa pasal itu?”
Aku terus ternganga mendengarnya.
Yang benar sahaja??
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔
Fanfic[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. AN ENDLESS LOVE \ K.TAEHYUNG ❝ aku bukan mencari kesempurnaan dirinya, aku menagih tulus cintanya ❞ ***** ❝Lupakan saya, tolong. Saya tak layak u...