l i m a e n a m

397 62 3
                                    

Aku tidak tenang. Semenjak tadi fikiran aku bercelaru memikirkan tentang masalah yang bertubi-tubi datang sebelum sempat aku menyelesaikannya. Aku banyak berfikir tentang cara untuk aku terangkan pada ibu berkaitan hubungan aku dengan Taehyung tanpa membuat ibu kecewa. Namun tiada satu pun yang aku rasa akan menjadi.

Aku bangun dari pembaringan dengan bersusah payah, sebab abdomen aku rasa sakit sangat-sangat. Rasa macam dihiris dengan pisau. Tak lama kemudian, aku merasakan ada suatu cecair yang merembes pada celahan peha aku. Dengan berhati-hati, aku bergegas ke dalam tandas untuk memeriksa ia.

Dan, aku mendapati yang aku mengalami pendarahan.

Tangan aku tekup bawah perut aku semakin rasa sakit dan terturun. Pinggang aku rasa seperti mahu putus sahaja. Dalam hati aku tidak putus berdoa, janganlah sampai terjadi apa-apa pada anak aku. Aku mengetap bibir, menahan keluhan sakit aku dari kedengaran. Namun semakin lama badan aku terasa semakin lemah. Peluh dingin merenik pada dahi. Nafas aku menjadi semakin perlahan.

“T-aehyung. .awak tolong saya, Tae,” Dengan lutut aku yang semakin rapuh, aku berjalan perlahan ke bahagian ruang tamu. “Taehyung. . .”

Berdiri terus dia mendengar suara aku memanggilnya. Segera dia bingkas dan mendekati aku. Wajahnya penuh dengan kerisauan. “S-hin, kenapa? S-sayang. .”

Aku genggam bahunya, meminta sokongan.“Tae, saya bleeding.”

“A-apa —”

“Shin, kenapa ini?” Ibu tiba-tiba keluar dari bilik lantas mendekati kami berdua.

“I-ibu. . .”

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now