d u a p u l u h

597 81 0
                                    

Aku sandarkan belakang badan pada penyandar kerusi sambil memejamkan mata rapat. Rasa penat yang amat sehingga mahu sahaja aku bergulik di atas lantai bilik ini dan tidur. Kepala aku juga turut berasa pening. Mungkin disebabkan oleh kerja, iya ini adalah pengalaman pertama aku bekerja, kan? Semakin lama nanti, aku dapat membiasakan diri sudah itu.

Seketika kemudian aku kembali membuka mata dan menghadap semula meja kerja. Memastikan yang tiada sebarang kesalahan sebelum menghantarnya pada Taehyung.

Dengan langkah yang malas, aku melangkah ke pejabat sebelah. Memikiran yang dia tiada di dalam, jadi terus sahaja aku menerpa masuk. Namun jangkaan aku meleset bila sebaik sahaja aku berada di dalam, indera pendengaran aku menangkap suara-suara halus milik Taehyung dari bilik air.

“Iya, Abang Minho jangan risaulah. . Bukannya baru kelmarin kita berkawan. Saya akan jaga Shin dengan baik, jadi bertenanglah.”

Abang Minho?

Wah, apa ini satu komplot?

Dia baik, kerja dia bagus, dan haha. . . Saya ada beberapa kali usik dia tapi tidak seteruk mana, okay. .” Dia ketawa mengekek sambil berjalan keluar dari bilik air tanpa menyedari kehadiran aku di sini. “Ini semua berkat aban—”

Sebaik dia mengangkat kepalanya dan memandang ke hadapan, matanya bertemu dengan mata aku. Dia terdiam.

“Oh. . . Iya! Nanti kita bercakap lagi okay?” Taehyung tersengih-sengih serupa kerang busuk selepas mematikan panggilan telefonnya.

Serius, lakonan dia hancur.

“Ya, Cik Han? Ada apa?”

Aku tersenyum sinis. “Jadi betulah jangkaan saya, tawaran bekerja itu, betapa mudahnya saya mendapat jawatan di sini, semua disebabkan oleh awak, kan? Dan, abang Minho. . . dia juga berkomplot dengan awak?”

Dia menggaru lehernya dengan janggal. “Bukan begitu, Shin. Saya cuma— oh sekejap. Where's your manner? I'm your boss.”

“Hah,” Aku mencebikkan bibir. “If that so, I'm quit.”

Aku hempaskan fail tadi atas mejanya dengan kasar dan berura-ura hendak keluar. Baru sahaja tangan aku menghampiri tombol pintu bila dia tahan lengan aku. Halang aku dari keluar. Aku bukan tidak bersyukur mahupun tidak berterima kasih atas bantuan Taehyun itu, cuma aku hanya berasa tidak layak sahaja. Sepertinya aku tidak berusaha sendiri, sepertinya aku hanya mengharapkan ihsan orang lain. Dan itu bukan aku.

Juga, disebabkan emosi aku tidak stabil sejak akhir-akhir ini, jadinya aku mudah naik angin atas benda yang kecil sekalipun.

“Shin,” Aku menoleh ke tepi untuk memandang dia. “Cuma, bekerja di sini ya, boleh? Saya merayu. . . saya hanya mahu menjaga awak. Maafkan saya, iya?”

****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now