BITCH...ME?
Chap 17“Damn!” Sandra membaling gelas kaca ke dinding ruangan VIP itu.
Gelas itu pecah dan berderai di lantai. Ryan yang sedang asyik menarik di dalam bilik VIP itu terkejut dan melihat kearah Sandra. Wanita itu kelihatan sangat tertekan.
Ryan mendekati wanita itu dan terus merentap kasar tangan Sandra. Sandra berpaling tajam melihat Ryan. Matanya sepet tajam di solek dengan make up heavy membuatkan wajahnya tampak sangat garang.
“Kau kenapa?” Marah Ryan.
“Semuanya menjauhkan diri dari aku! Semuanya!” Sandra.
Ryan tertawa dan menggelengkan kepalanya. Itu bukan hal pelik bagi dirinya.
Lihat sahaja diri dan peribadi Sandra, sesiapa pun akan meninggakan dia. Dia bukan spesis yang boleh di jadikan kawan apatah lagi sahabat.
“Apa yang kau mau hairan? Kalau aku jadi Erica pun, aku nda akan berkawan dengan kau!” Sindir Ryan sinis.
Sandra menjeling Ryan. Rasa terhina dengan sindiran Ryan.
“Kalau kau maksudkan pasal hubungan aku dengan Fred, itu bukan salah aku seorang! Semua lelaki pun sama tidak cukup dengan satu perempuan!” Sandra.
“Kalau kau tau kami semua lelaki ni sama, kenapa kau mau layan? Kau sendiri yang sebenarnya tamak Sandra. Peter kena kontrol oleh Datin Jenny, mahu tidak mahu kau terpaksalah layan Fred. Walaupun kau sedar perbuatan kau tu salah!” Ryan.
“Apa kurangnya kau Ryan? Kau tau kan Kejora tu wife Peter. Kau sedar perbuatan kau pun salah? Mau 'try' bini orang!” Sandra tidak mahu akun kalah. Ryan menjeling dia dengan tajam sekali.
Jelas kata-kata Sandra tadi membuatkan dia sangat marah. Ryan melangkah kedepan dan terus mencekik leher Sandra. Tubuh Sandra di dorongkan ke dinding.
“Argg!” Sandra.
“Kau jangan samakan aku dengan kau! Sekurang-kurangnya aku tidak berpura-pura meminta simpati dengan Peter macam yang kau buat dekat si Erica! Jijik aku tengok muka kau ni! Nasib baik saja aku terpaksa gunakan kau untuk dapatkan Kejora! Kalau tidak jangan harap aku ada di sini dengan kau!” Ryan meludah ke wajah Sandra.
Sandra menjadi sangat berang terus menampar kuat ke wajah Ryan sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk di sofa.
“Kurang ajar!” Ryan cuba berdiri tetapi pintu bilik VIP itu terbuka. Ah Hiong melangkah masuk sambil merenung hairan kearah mereka berdua.
“Kenapa ni?” Ah Hiong.
Sandra duduk menjauhkan diri dari Ryan. Ryan menepuk perlahan pipinya yang terasa pedih di tampar oleh Sandra tadi. Wajah wanita itu di jeling tajam.
“Tiadalah!” Ryan.
“Hrmm. Aku masuk ni sebab tadi pekerja aku cakap kamu bertengkar masa dia mahu masuk hantar beer kamu....” Ah Hiong.
“Alah..biasalah Hiong, kalau pasangan couple bergaduh. Kau ni...” Sandra bersuara manja.
Dia tahu Ah Hiong tidak akan berhenti bertanya. Ah Hiong ketawa mendengar kata Sandra kemudian dia menggelengkan kepalanya.
“Bah! Semua ok ah.. jangan sampai ada kes bunuh oh...” Ah Hiong.
Sandra dan Ryan ketawa dan senyum. Di dalam hati masing-masing memaki sesama sendiri. Ah Hiong melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan mereka.
“Kau ingat Sandra, jangan sekali-kali kau berani sentuh muka aku dengan tangan kotor kau tu!” Ryan.
“Itu bergantung dengan mulut kau yang kurang ajar tu! Kalau bukan di sebabkan aku mau dapatkan Peter balik, kau fikir aku mau bersama dengan kau?! Hah?! Saitan punya lelaki!” Sandra.
YOU ARE READING
Bitch... Me?
Romance"How dare you!!! Saitan!! She's my wife!!!!" Peter. Peter memberikan tendangan tepat di kepala Ah Hiong. Pemilik pub terkemuka itu jatuh ke lantai dan hidungnya berdarah. "Peter!! Tunggu dulu! Kau salah faham!!" Ah Hiong. "Aargggrr!!!!" Pete...