Chap 18 (Final)

9.3K 624 186
                                    

Peter memakai semula pakaiannya. Dia mencapai hp-nya di atas meja lalu dia terus mendail nombor Kejora. Beberapa kali panggilannya tidak dijawab.

“Arg!!” Peter menghumban hp-nya ke lantai.

“Jahanam!” Peter memaki hamun di dalam ruangannya. Kemudian dia bangun dan terus mengambil semula hp-nya di lantai. Dia bergegas keluar meninggalkan kawasan klinik.

Peter memandu kenderaannya mencari Kejora. Hatinya tidak tenang selagi tidak bertemu dengan wanita kesayangannya itu. Rasa marah dan sakit hati dengan perbuatan Sandra.

“Ryan? Kenapa? Kenapa kau buat macam ni? Kau tu kawan aku!” Peter memukul stering kenderannya dengan kuat.

“Kejora! Kau dimanaaaa?!!” Peter menjerit melepaskan tekanan.

Keadaan di luar yang hujan lebat itu tambah merisaukan hatinya. Bimbang jika sesuatu terjadi pada isterinya itu. Hampir dua jam lebih dia memandu, dia memilih untuk balik ke condo.

Peter menghelah nafas panjang bila melihat Kejora yang sedang duduk menonton tv di ruang tamu. Dia segera menutup pintu dan berjalan ke arah ruang tamu.

Kejora duduk bersilang kaki sambil mengunyah cadbury. Dia langsung tidak memperdulikan Peter yang berdiri di tepinya.

“Sayang....” Peter memanggil Kejora.

Kejora senyap. Dia terus membutakan mata dan pekakkan telinganya. Dia sengaja tidak mahu memperdulikan Peter. Hatinya masih sakit dengan apa yang dia lihat tadi.

Peter duduk di sebelahnya. Lelaki itu itu cuba menyentuh lengannya dan dia tetap diam membiarkan tindakan Peter.

“Sayang... tadi tu salah faham. Ryan bawa Sandra datang sana sebab Ryan cakap si Sandra macam terlebih dos... lepas tu Ryan pigi tandas, dan saya pula baru mau rawat dia, dia muntah di baju saya. Tengok ni baju saya..muntah dia... lepas tu saya buka baju,tiba-tiba dia datang peluk saya dan masa tu lah sayang masuk...” Peter.

Kejora tetap tidak memeperdulikan Peter.

“Sayang...” Peter masih merayu.

“Pigilah mandi. Basah kau ni kena hujan. Kalau kau sakit susah, saya ni bukan doktor.” Kejora.

“Sayang maafkan saya... Salah faham saja tadi tu..” Peter.

“Pigi mandi...” Kejora.

Peter tunduk dan terus mengangkat kaki masuk ke biliknya. Sempat dia menoleh kearah Kejora sebelum menutup pintu biliknya.

Peter segera membersihkan badannya. Bimbang jika Kejora keluar lagi. Tidak sampai lima belas minit dia sudah siap dan bergegas keluar dari bilik.

Hatinya resah bila tidak melihat Kejora di ruang tamu.

“Sayang! Sayang!” Peter menjerit mencari Kejora.

“Apa kau teriak-teriak ni?” Datin Jenny yang muncul dari dapur membawa semangkuk besar sup ayam ke meja makan.

Gulp! Peter tercengang melihat Datin Jenny. Dia lebih terkejut bila melihat Winnie dan Sammy ada di dapur bersama Kejora.

Mereka keluar membawa hidangan lalu di simpan atas meja. Peter cuba berlagak tenang, entah bila mereka sampai dia sendiri tidak tau.

“Kita tunggu daddy sama Josh balik baru kita makan...” Bilang Datin Jenny.

Peter hanya menganggukkan kepalanya. Dia memandang Kejora yang langsung tidak memandang ke dia.

“Tepi sikit!” Sammy menolak tubuhnya.

Sammy terus menuju ke ruang tamu dan menonton rancangan di tv. Datin Jenny dan Kejora masuk ke dapur semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bitch... Me? Where stories live. Discover now