" weh Taeyoon ! "
Aku menoleh ke arah Hyunji yang memanggil ku. Dia ni kalau datang kat aku je takde kerja lain lah, membawang.
" ape ? " soalku malas nak layan.
Mana taknya, masa aku tengah rajin buat kerja sekolah dan ulang kaji dekat perpustakaan sekolah jugak lah dia datang.
" alaa dengar la apa yang aku nak cakap ni. sanggup tau aku naik tingkat 5 ni semata ii nak jumpa kau " Hyunji membuat puppy eyes. Dia ingat dia comel ?!
Aku mengeluh berat. Nak taknak terpaksalah aku layan minah ni.
" ha yelah, apa dia yang penting sangat kau nak cakap kat aku sampai sanggup kau naik tingkat 5 ni ? "
Hyunji menarik nafas nya panjang. Kemudian hembus. Ready untuk menceritakan sesuatu.
" kau tak pelik ke sekarang ni Jaehyuk semakin mengelak dari jumpa kau ? "
Tangan ku yang sedang menulis terhenti. Kemudian perlahan aku memandang Hyunji yang duduk di hadapan ku.
" dia cakap dia sibuk. sebab tulah kitorang jarang keluar sama ii sekarang ni " kataku sebelum menyambung menulis kembali nota.
" ouh sibuk ? hahahahah " Hyunji tergelak sinis.
" sibuk layan perempuan lain ? "
Aku memandang Hyunji pelik. Apa maksud dia ?
" a-apa maksud kau ? "
" kau tak tahu ke yang Jaehyuk tu sekarang tengah hotttttttt bercentha dengan Hwang Minseo aka anak makcik Macwilson tu ! "
Aku tersentak. Pen yang aku pegang untuk menulis terjatuh.
" macam mana kau tahu ? "
" satu sekolah dah tahu weh. apa yang lagi letups nya, diorang berdua selalu stay back petang ii dekat sekolah ni. ada orang nampak diorang buat 'projek' tu. tapi aku tak pasti la betul ke tid- "
Aku menghempas buku nota ku, dan dengan segera aku mengemas segala peralatan tulis ku dan bergegas keluar dari situ.
Oh, patutlah
Patutlah selama ni aku ajak kau keluar petang ii
Kau taknak.
Kau kata kau sibuk.
Rupa ii nya kau memang sibuk.
Sibuk melayan perempuan lain !!
Aku tak sangka Jaehyuk.
Aku tak sangka.
Sanggup kau..
Buat aku macam ni.
-
Aku melangkah keluar daripada bilik air sambil mengelap rambut ku yang basah.
tok tok tok
" kau nak apa Yoongi ?! "
" pinjam colgate(?) ! colgate(?) dekat bilik air aku dah habis lah ! "
Ish pemalas. Dah tahu colgate(?) habis, pergilah beli. Ini tak, kalau seminggu dia tak beli colgate(?), seminggu tu jugaklah kami akan berkongsi colgate(?) yang sama.
Setelah selesai meminjamkan Yoongi colgate(?) dan pakai baju semua, aku keluar untuk berjalan ii dekat luar.
Yelah, bosanlah asyik duduk terperap je dalam rumah menghadap muka si Yoongi tu. Naik muak aku.
Jadi dengan bijak nya aku mengambil keputusan untuk berjalan ii di luar, untuk tenangkan fikiran.
" apa erti sayang ? erti setia ? setiap hari sayang~ yang luar biasa~ "
fuh ini kalau bang pd nim dengar aku karok ni, konfem dia terus ambik aku masuk jadi main vocal dalam grup 2elf tu. Almaklumlah, main vocal dalam grup tu mana hebat sangat pon. pft
Tengah elok aku karok sedap ii, tiba ii dari jauh aku nampak sesusuk tubuh yang aku macam pernah lihat.
Siapa eh ?
Aku mengecilkan mataku.
Kejap itu bukan ke..
" Hwang Minseo ? "
-
yang bahagian first atas tu, hanyalah sekadar throwback ye.
YOU ARE READING
bad boy | 임재혁 ft. 권태윤
Fiksi Remaja- apabila kau terjatuh cinta balik dekat ex kau, iaitu seorang ' bad boy '