Aku membetulkan baju kurung yang aku sarung dekat badan aku ni.
Hari ini aku menggayakan baju kurung moden berwarna coklat cair, bersama higheels hitam.
Makeup ? Setelah hampir 2 jam aku dipaksa oleh Fatt untuk pakai tadi akhirnya aku relakan jua muka aku ni ditempek ii oleh Fatt si tangan berseni tu.
Ceh pakai higheels pon kene paksa. Kalau ikutkan aku nak pakai selipar jepun yang aku selalu pakai gi kedai me'ong ii je.
Harini cikgu Seojun nak buat sambutan hari raya dekat tusyen. So dia suruh kitorang datang tusyen pakai baju lawo ii.
" eh fatt jomlah dah nak pukul 8 ni! " aku menjerit kecil setelah melihat jam di tangan ku.
" ye dah jomm "
—
" eh canteknya Taeyoon harinii "
Aku taktahu nak kembang ataupun tak, sebab muka dia puji macam tak ikhlas.
" kau ni puji aku ikhlas ke tak Hwaseok ? "
Hwaseok menayangkan senyuman gaynya. Erk naik bulu sia aku tengok.
" ni mana yang lain ni ? mana Hyeonbin, Dongwoo, Pizza, Jaehyuk— eh kamu ni siapa ? "
Cikgu Seojun memandang aku waswas.
" ni sayalah cikgu Seojun, Taeyoon ! "
" eh kamu jangan nak nipu, asal muka lain sangat ni ha ? "
" makeup la cikgu. perempuan kalau pakai makeup pergh muka lain cikgu. bila bukak lagi lah perghh lainn " kata Hwaseok.
" eh hai cikgu !!! "
Sekumpulan pelajar lelaki yang merupakan pelajar di tusyen itu juga, — Jaehyuk, Hyeonbin, Dongwoo, Pizza.
" eh haa sampai pon. amboii kamu Jaehyuk, segaknya berbaju melayu. memang idola gadis ii ni " puji cikgu Seojun.
Jaehyuk hanya tersenyum comel. pfftkbye.
" eh Jaehyuk !! "
Semua memandang ke arah suara itu.
Kelihatan Fatt dan beberapa lagi pelajar perempuan sedang berlari terkedek ii ke arah kami semua. Okay nak bagitahu sikit, dalam ni Fatt ni ada on crush dekat si Jaehyuk tu keyh.
" uishh hensemnya Jaehyuk harinii. tall dark and handsome aka kachak lagi tuu. "
" itulah.. dahla segak berbaju melayu, macam dah nak pegi menikah dah tengok. dah ada pengantin perempuannya belum ? kalau tak ada ni saya nak tawarkan diri saya ngehh "
Jaehyuk hanya tersenyum kembang, manakala aku dah rasa menyampah. Tang mana yang hensemnya ?
" EHHHHHH JAEHYUK DENGAN TAEYOON PAKAI BAJU WARNA SAMALAHH. PONPONPONNN " jerit Ainon kecoh.
Aku yang tengah blur tak tahu apa yang jadi, tiba ii saja ainon, fatt, asiah, naejolah, dan yang lain kecoh.
Jaehyuk memandang aku, aku memandang Jaehyuk. Dan barulah aku sedar yang aku pakai baju sama warna dengan dia. Jaehyuk pakai baju melayu coklat cair, aku berbaju kurung coklat cair.
Yang lain sudah tersengih gedik tengok aku.
" adus tetiba rasa lapar la pulak. ha dahla jom kita makann "
Aku menarik fatt ke meja makan. Taknak aku duduk situ lelama kang tak pasal ii kena sakat lagi nanti.
—
" appaa ! "
" ya sayang ? " cikgu Seojun membelai kepala budak kecil itu.
" Jaejun nak main dengan kakak ii dan abang ii " rengek budak kecil yang bernama Jaejun itu.
Itu anak cikgu Seojun.
" eh ini anak cikgu ke ? " soalku.
" haah, nama dia Jaejun "
" comelnyaaa " aku mencubit pipi budak itu. Takut ii nanti kalau 'terindu' pipi dia enn.
" eh mestilah ! tengoklah muka bapaknya macam mana ! " bangga beliau.
" em muka cikgu agak berlubang, ada taik lalat tiga biji dekat selekoh, hidung tak berapa nak mancung, em apa lagi eh "
Cikgu Seojun membuat muka lawak-ke-syal.
" hahah ! dahla, ni Jaejun cakap nak main dengan abang Jaehyuk ngan kakak Taeyoon. pergilah bawak dia jumpa Jaehyuk tu "
" eh asal saya pulak ? "
" sebab dia suka dan selesa dengan kamu. dah ii gi sanaaa "
Jaejun tersenyum menampakkan gigi arnabnya. Ei nasib comel kalau tak memang takdanya aku nak layan perangai budak ni.
" Jaehyuk hyungg ! " Jaejun terus meluru lari ke arah Jaehyuk yang sedang bercakap ii dengan kawan nya.
" eh Jaejun, tunggu ! "
—
" okey masa untuk tangkap gambar ! "
Masing ii berebut nak tangkao gamba. Ada yang tangkao gamba berdua, bertiga, malah yang foreber alone pon ada .
" ok kalini tangkap gamba ramai ii pulekk "
Aku mengambil tempat di sebelah Fatt. Baru sahaja aku nak buat posing, tiba ii Jaejun menjerit.
" taknak ! Jaejun taknak ! Jaejun nak yang lain ! " Jaejun merengek ii sambil berguling di atas lantai.
Semua memandang Jaejun pelik. Apa yang dia nak sebenarnya pun orang tak faham.
Malah cikgu Seojun sendiri pun puas pujuk tapi tak jadi juga.
" oke oke, apa yang Jaejun nak ni sayang ? " soal cikgu Seojun.
Jaejun bingkas bangkit dan menolak semua orang ke tepi. Termasuk bapanya, cikgu Seojun.
Kemudian dia menarik aku dan Jaehyuk untuk berdiri di sebelahnya.
" ha ini baru betol ! "
Selepas itu, Jaejun kembali tersenyum sambil membuat peace.
Aku dan Jaehyuk saling berpandangan blur.
Tanpa apa ii signal, jurukamera terus menangkap gambar kami 'bertiga'.
Ada gambar yang aku pandang Jaehyuk dan dia pandang aku manakala Jaejun tersengih memandang kami. Ada gambar yang aku tergelak sambil memandang Jaejun dan Jaehyuk tersenyum memandang aku. Dan gambar yang terakhir gambar kami bertiga tersenyum sambil Jaehyuk mendukung Jaejun.
Yep. Kelise sangat.
Walaupun rasa kekok, sebab ramai yang usik kami cakap yang dah macam happy family la, bagai.
Hmm entahla nakk.
#gengtakbolehmoveon
YOU ARE READING
bad boy | 임재혁 ft. 권태윤
Fiksi Remaja- apabila kau terjatuh cinta balik dekat ex kau, iaitu seorang ' bad boy '