Pedal minyak ditekan sehingga meter kelajuan mencecah 180 kilometer sejam. Sesekali matanya melihat ke cermin sisi. Kelihatan 6 buah kereta hitam masih lagi mengejar keretanya. Percutian yang sepatutnya menjadi percutian paling istimewa untuknya dan keluarganya bertukar menjadi tragedi. Situasi seperti ini sudah berkali-kali terjadi kepadanya tapi kali ini, dia dan keluarganya betul-betul dalam keadaan sangat bahaya kerana tidak ada bodyguard mahupun anak-anak buahnya di sisi seperti selalu.
Isterinya di sebelah sibuk menelefon untuk meminta bantuan tetapi sayangnya, mereka berada di jalan sehala dan sukar untuk mendapatkan talian. Namun begitu, dia tetap tidak berputus asa. Dia bukan takut tapi dia lebih risaukan anaknya yang baru sahaja berumur 7 tahun yang sedang tidur di tempat duduk belakang.
"Dapat call Heechul tak?", tanya Bong Suk kepada isterinya, Young Il. Matanya masih lagi fokus pada jalan raya. Dia kena fokus sebab silap sikit saja, dia mampu membuatkan nyawa keluarganya melayang.
Young Il menggeleng. Air matanya sudah mengalir deras ke pipi.
"Tak dapat", jawabnya gelisah. Sesekali dia memandang ke tempat duduk belakang. Anak lelakinya masih lagi tertidur.
"Tak guna. Dalam drawer tu ada pistol. Awak ambil pistol tu dan tembak kereta di belakang tu. Saya cuba keluarkan kita dari situasi ni", arah Bong Suk tegas.
Young Il mengangguk dan terus membuka drawer yang ada di dashboard kereta itu. Sepucuk pistol di keluarkan dari situ. Dia sempat mengelap air matanya supaya tidak mengganggu penglihatannya nanti. Cermin kereta diturunkan dan dengan kemahiran yang ada, Young Il mengeluarkan sebahagian tubuhnya dari cermin kereta dan mula menembak kereta-kereta yang ada di belakang. Tayar kereta tersebut menjadi sasaran.
BOM!
Dua buah kereta pengejar tersebut saling belanggar akibat terkena tembakan Young Il dan meletup lalu terbang ke udara.
BANG! BANG! BANG! BANG!
Young Il terpaksa memasukkan tubuhnya ke dalam kereta apabila pengejar selebihnya bertindak membalas tembakannya. Bong Suk dengan lincahnya memandu keretanya ke kiri dan ke kanan persis orang mabuk sedang memandu kerana ingin mengelirukan penembak yang menembak mereka.
Young Il mengambil sepucuk pistol lagi dan mengisi peluru ke kedua-dua pistol tersebut. Tanpa rasa takut, dia kembali mengeluarkan separuh tubuhnya dan menembak lagi dengan dua pistol di tangannya. Cara Bong Suk memandu tidak menjejaskan tembakannya. Ketika sedang menembak, Young Il mula perasan bahawa kereta yang mengejar mereka kian bertambah.
CLICK! CLICK!
Dia kehabisan peluru. Sekali lagi dia terpaksa kembali memasukkan tubuhnya ke dalam kereta dan mengisi peluru. Bong Suk dipandangnya. Peluh sudah giat membasahi dahi licinnya.
"Yeobo. Diorang makin bertambah", beritahu Young Il.
"Saya tahu. Teruskan tembak", kata Bong Suk.
Young Il mengeluh dan bersedia ingin menembak lagi namun..
"Eomma. Appa"
Belum sempat Young Il mengeluarkan separuh tubuhnya ke cermin kereta, panggilan manja anaknya menghentikannya. Dia menoleh ke belakang. Anaknya sudah terjaga. Mungkin akibat bunyi tembakan dan letupan yang tak berhenti.
"Daniel ah"
Budak lelaki berumur 7 tahun yang bernama Kang Daniel itu bangun dari pembaringannya dan duduk di kerusi kereta itu. Matanya digosok perlahan. Wajah eommanya dipandang.
"Eomma. Kenapa ni?", tanya Kang Daniel kebingungan. Dia ingatkan dia tengah bermimpi berperang tetapi ternyata bunyi bising itu adalah realiti.
"Daniel. Sini", panggil Young Il.
YOU ARE READING
BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)
Action▪The Watty Awards Winner 2019 - Fanfiction Category▪ [Status : Completed] Dek kerana kematian orang tuanya, Kang Daniel telah menanam satu rasa dendam terhadap seorang ketua mafia terbesar dan berpengaruh di Seoul. Dia yang juga seorang ketua mafia...