PART 5

691 41 5
                                    

SinB tersandar pada pintu dan mengkat kedua tangannya ke udara kerana terlalu terkejut dengan sergahan itu. Hampir sahaja dia mencarut. Dia memandang seorang wanita di hadapannya yang lengkap berpakaian gaun berwarna hitam dan putih. Rambutnya disanggul tinggi. Orang gaji ke ni? SinB berdehem dan menurunkan tangannya lalu berdiri seperti biasa. Dia masih memandang wanita itu.

"Kamu siapa?", tanya SinB ingin tahu. Wanita itu tersenyum dan tunduk hormat kepadanya lalu kembali berdiri tegak. Tangannya sedari tadi diletakkan di perut.

"Saya Puan Kim. Ketua pembantu rumah, rumah agam ni", Puan Kim memperkenalkan dirinya. SinB mengangguk tanda mengerti.

"Cik muda lapar ke? Makanan untuk cik muda dah sedia", kata Puan Kim. SinB berfikir seketika.

"Aaaaa. Takpelah. Saya nak jalan-jalan tengok sekitar rumah dan pulau ni dulu. Nanti saya makan", SinB menolak. Lagipun, perutnya tak lapar sangat. Entahlah, seleranya untuk makan dah hilang. Puan Kim mengangguk.

"Baiklah kalau macam tu. Saya turun dulu", pamit Puan Kim lalu tunduk hormat dan berura-ura ingin berlalu.

"Kejap", Puan Kim kembali memandang SinB. Keningnya diangkat.

"Daniel mana?", tanya SinB. Saja ingin tahu. Kalau dah tahu dimana keberadaan lelaki itu, senanglah dia nak meneroka tempat ni tanpa bertembung dengan lelaki tu.

"Tuan Muda dah keluar. Helikopternya baru saja berlepas meninggalkan pulau ni", jawab Puan Kim. Mulut SinB membentuk O dan dia mengangguk.

"Ok. Kamu boleh pergi"

Puan Kim tunduk hormat lagi lalu berlalu dari situ. SinB menghela nafas ringan. Nasib baik Kang Daniel dah pergi. Kakinya mula di atur. Bermulalah penerokaannya dengan bahagian dalam rumah agam ini dahulu. Rumah agam ini berkonsepkan modern. Hampir 40% bangunan ini berdindingkan kaca yang boleh menampakkan keadaan di luar. Sangat cantik dan ianya mempunyai 3 aras. Terdapat juga lif di situ tapi SinB lebih selesa menggunakan tangga. Tingkat 3 menjadi arah tujunya.

Sampai sahaja di tingkat tiga, SinB menganggukkan kepalanya tanda sangat kagum dengan tempat itu. Di situ terdapat satu kolam renang besar dan gym. Melihat sahaja kolam tersebut mengingatkan SinB yang dia masih lagi belum mandi. Dia memandang tubuhnya. Seluar pendek paras lutut dan T-shirt hitamnya semalam masih elok tersarung. Ah, biarlah. Tak bau pun. Wangi je. Nanti-nanti boleh mandi.

SinB mula berjalan-jalan di sekitar tempat santai itu. Rambutnya yang panjang mengurai itu diikat dan disanggul. Terserlah keseksian dia di situ. SinB bergerak ke arah dinding kaca tersebut. Lupa nak cakap. Tingkat 3 ni, semua dinding 100% cermin. Outdoor style gitu.

Kedua tangan diletakkan ke pinggang dan dia memerhati keadaan di luar rumah tersebut yang boleh nampak dari sini. Ternyata pulau ini besar juga. Matanya kemudian tertancap pada kandang kuda. Terdapat 2 ekor kuda di dalamnya. Berwarna hitam dan putih. Tiba-tiba SinB teringat pada kedua kuda kesayangannya. Snow dan Dark. Baru haritu dia menunggang mereka dan sekarang, dia dah rindu kembali.

"Appa. Cepatlah keluarkan SinB dari sini", keluhnya dan dia mula melangkah perlahan meninggalkan tempat itu.

Tangga dituruni dan akhirnya dia kembali berada di tingkat 2 yang menempatkan bilik. Di situ cuma terdapat 4 pintu bilik. Satu adalah pintu bilik tidur sementaranya. Dia membuka satu pintu dan memeriksa di dalam, hanya melalui muka pintu. Ianya adalah sebuah perpustakaan mini dan terdapat meja kerja di dalamnya.

SinB kembali menutup pintu. Tidak berminat langsung. Pintu seterusnya di buka tapi sayang. Ianya berkunci. Sebenarnya itu adalah bilik latihan dan Kang Daniel sengaja menguncinya kerana bimbang SinB akan menggunakan senjata di dalamnya untuk melepaskan diri. SinB mencebik tidak berpuas hati apabila pintu bilik itu berkunci.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now