PART 2

697 53 6
                                    

"Lalalalalala"

SinB bernyanyi kecil sambil matanya tidak lepas memandang langit malam yang dipenuhi bintang. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati langit secantik ini. Selama ini matanya hanya melihat pisau kecil, kayu target, punching bag, pedang dan bermacam jenis senjata api. Jarang dia ada masa untuk duduk lepak macam ini sambil menikmati keindahan alam. Dia sangat berterima kasih pada Sunny. Sedang dia leka, tiba-tiba...

PRAKK!

SinB berhenti bernyanyi. Jantungnya tiba-tiba berdetak hebat. Dia statik duduk di tempatnya sambil memasang telinga dan menganalisa bunyi yang datang dari arah belakangnya. Walaupun bunyi yang dikeluarkan itu sangatlah kecil namun dia masih dapat mendengarnya. Dia mula berteka-teki. Siapakah yang sekarang ini sedang mendekatinya.

Bunyi itu semakin lama, semakin dekat dan SinB tetap di tempatnya. Sambil itu, dia memanjangkan tangannya mencapai pisau kecil yang memang sedia terselit di stokingnya. Dia menunggu dan menunggu sehinggalah dia dapat rasakan objek ataupun seseorang itu berhenti tepat di belakangnya. Dengan kemahiran yang ada, dia terus berdiri dan dengan tangkas dia melemparkan pisau kecil itu.

ZAP!

Bunyi yang dihasilkan oleh pisau itu tersangatlah cantik tapi yang tak cantiknya, mata pisau itu tertanam pada sebatang pokok besar. Dahi SinB berkerut dan matanya meliar memandang sekeliling. Tiada siapa yang berada di situ. Kalau begitu, bunyi apa yang dia dengar tadi? Tak mungkin dia salah dengar kerana dia mempunyai pendengaran yang sangat baik kerana latihan pendengaran yang hampir setiap hari dia lakukan.

SinB menggaru kepalanya yang tidak gatal dan kembali memandang ke arah sungai namun dia terkejut apabila mulutnya tiba-tiba ditutup dengan tangan seseorang dan kedua tangannya terkunci rapat dengan pegangan kuat orang itu. SinB memandang lelaki yang kini memandang ke arahnya.

Penutup mulut yang dipakai lelaki itu menyukarkannya untuk mengecam wajah lelaki tersebut. SinB cuba meronta untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya. Gila kuat lelaki ini. Dengan memegang kedua tangannya dengan sebelah tangan sahaja sudah mampu memakukan perbuatannya.

"Kau mesti ikut aku", kata lelaki itu tegas.

SinB menggeleng kuat dan terus menendang celah kangkang lelaki itu sehingga dia berjaya terlepas. Tindakan biasa yang akan dilakukan oleh seorang wanita apabila berdepan dengan bahaya. SinB membuka langkah, bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dia memandang lelaki itu yang masih cuba menahan kesakitan yang dia alami. Pasti sakit kan.

"Kau siapa?! Berani kau cuba nak culik aku!", tanya SinB tegas.

Lelaki itu ketawa sinis dan berdiri tegak. Penutup mulutnya diturunkan dan SinB terpaku seketika memandang wajah tampan yang dimiliki lelaki itu. Namun hanya sekejap apabila mindanya kembali bertindak normal bila terkenangkan lelaki ini ingin menculiknya tadi.

"I'm sorry", ucap Kang Daniel mengundang kerutan di dahi SinB. Dia minta maaf pula.

SinB menurunkan penumbuknya dan menggeleng namun tiba-tiba...

"HIYARH!"

Kang Daniel bertindak menyerang SinB. Pukulan terlebih dahulu dihayunkan pada SinB tapi SinB cekap menepisnya menggunakan lengannya. Kang Daniel tidak berhenti dan terus-terusan menyerang SinB menggunakan tangannya. Dia tak ingin memberikan tendangan memandangkan lawannya ini hanyalah seorang wanita.

SinB tidak peduli. Dia berusaha menepis segala serangan lelaki itu dan mengakhirnya dengan memberi pukulan tepat pada perut lelaki itu. Pukulan Kang Daniel terhenti dan dia terundur ke belakang akibat penangan SinB sambil memegang perutnya. Wajah SinB dipandang tajam.

"You messed with the wrong girl, handsome", sinis SinB bersuara dan terus mengeluarkan pisau kecilnya yang terselit di stokingnya yang sebelah lagi. Macam manalah dia boleh tahan berjalan dengan pisau terselit di kedua belah stoking?

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now