PART 6

655 44 12
                                    

"Kenapa leher noona ada tanda merah?"

SinB tersengih sambil tangannya memegang lehernya dan digaru perlahan. Satu-persatu senarai jawapan muncul di kepala otaknya. Dia tak boleh nak jawab soalan Jihoon itu dengan jujur. Wajah Jihoon dipandang dan ternyata Jihoon masih memandang ke arahnya menanti jawapan dari SinB. SinB mengetap bibirnya dan ketawa kecil.

"Noona... Hah. Noona kena gigit nyamuk", SinB memberi jawapan. Makin berkerutlah dahi Jihoon bila mendengar jawapan SinB itu. Takkan tidur dalam bilik tidur pun boleh kena gigit nyamuk.

"Kena gigit nyamuk?", SinB mengangguk laju.

"Haah. Kena gigit nyamuk. Semalam noona keluar ambil angin malam. Tu yang kena gigit tu", sengihan diberikan.

Jihoon hanya mengangguk tanda mengerti dan mula mempercayai kata-kata SinB. SinB menghela nafas lega dan mencapai susu panasnya lalu disua ke mulut. Susu diteguk perlahan.

"Ingatkan love bite tadi. Besar semacam"

"Uhuk", hampir tersembur susu yang diminum oleh SinB dan dia terbatuk menahan sakit di leher. Tersedak. Dada ditepuk perlahan. Jihoon sembunyi senyum. Dia rasa dia tahu sebab sebenar tanda merah itu tapi dia tak nak bersuara lagi. Pasti SinB bertambah malu kalau dia mengusik wanita itu lagi.

*****

Perlahan kaki melangkah turun dari kereta. Pintu kereta ditutup dan hud dikepalanya dibawa ke depan sedikit supaya dia tidak bertembung mata dengan sesiapa. Penutup mulut dinaikkan. Kedua tangan dimasukkan pula ke dalam poket jaket kulit yang dipakainya.

Lelaki itu melihat ke kiri dan kanan terlebih dahulu untuk memastikan supaya tiada sesiapa yang memerhatikannya. Setelah memastikan bahawa keadaan selamat, dia pun mengatur langkah memasuki sebuah kelab malam yang mewah itu. Kelab mewah itu tutup di siang hari jadi dia terpaksa menggunakan kunci untuk membuka pintu. Setelah dia masuk, pintu dikunci kembali.

Penutup mulut dan hud diturunkan lalu dia berjalan menuju ke arah meja bar dan duduk di situ. Kelihatan seorang lelaki separuh abad sedang menuang sejenis minuman keras ke dalam gelas yang berisi ais lalu diberikan kepadanya apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada di meja bar itu.

"Perempuan tu tak sampai lagi ke, bos?", tanyanya lalu menghirup sedikit minuman tersebut. Lelaki yang berjambang putih itu tersenyum nipis.

"Sabar. Dia dalam perjalanan", jawabnya lalu menyibukkan diri menjadi bar tender di situ.

"Sorry bos. Aku lambat sikit"

Serentak lelaki tadi dan orang yang digelar bos itu menoleh memandang seorang wanita yang baru sahaja tiba. Dia melabuhkan punggungnya di sisi lelaki itu. 'Bos' tadi hanya tersenyum dan seperti lelaki tadi, dia menghidangkan segelas arak kepada wanita itu. Kedua tangannya diletakkan di atas meja bar. Wajah kedua orang manusia yang berada di hadapannya itu dipandang silih berganti.

"Macam mana dengan plan kita?", soal 'bos' itu. Kedua mereka memandang sesama sendiri dan tersenyum lalu kembali memandang bos mereka itu.

"Jangan risau. Everything works just like what we planned. Daniel dah bawa SinB ke pulau private milik keluarga dia. Mereka takkan dapat apa-apa berita dari sini melainkan ada yang datang ke pulau itu untuk menyampaikan berita. Daniel pun dah pergi sana dan tinggal beberapa minggu or maybe beberapa bulan di sana", jelas lelaki tadi lalu meneguk minumannya. 'Bos' tadi mula tersenyum sinis.

"Tapi kan bos", wanita yang sedari tadi hanya diam mula bersuara. Kini dua pasang mata memandang ke arahnya menunggu kata-kata seterusnya daripada mulut wanita itu.

"Ho Jin ada arahkan orang-orang dia untuk siasat punca sebenar kematian orang tua Daniel dan aku rasa dia dah dapat sedikit maklumat. Aku takut perkara ini akan terbongkar tak lama lagi dan plan kita akan rosak", sambung wanita itu.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now