PART 3

595 40 8
                                    

Skrin laptop jenama MacBook di hadapan ditatap dengan senyuman penuh makna. Apa yang terpapar di skrin laptop itu amat membuatkannya teruja. Setelah adegan itu habis ditonton, jarinya mula menekan kekunci anak panah yang ada di papan kekunci laptop itu. Dia perlu meneruskan misinya. Di skrinnya kini terpapar isi rumah agam milik SinB.

Dia telah mengaktifkan dronnya yang dia sempat letak di dalam beg sekolah SinB tadi dan dia juga telah melihat kesemua adegan di mana SinB mengamuk tadi. Walaupun dronnya tidak merakam suara tapi dia yakin, SinB pasti mengamuk disebabkan oleh tingkahnya tadi terhadap gadis itu. Dia tak sangka yang SinB akan bertukar menjadi ganas dan hilang kawalan bila mengamuk tapi dia sangat suka melihatnya.

Kang Daniel mula membawa dronnya mengembara di sekitar rumah itu. Setiap sudut diterokanya sambil sebelah tangannya lagi melukis pelan rumah tersebut. Cuma satu je. Dia tak boleh nak masuk ke semua bilik kerana kesemua pintu tertutup rapat. Namun, dia tak kesah. Janji dia dah tahu lokasi bilik tidur milik SinB yang berada di tingkat 3 rumah agam tersebut. Patutlah cekeding je SinB ni. Bilik kat tingkat 3. Asyik naik turun tangga je walaupun di dalam rumah agamnya itu terdapat sebuah lif.

"Buat apa tu?", Kang Daniel lantas menoleh bila seseorang tiba-tiba menegurnya. Heechul yang sedang menghampirinya di pandang.

"Bila hyung masuk?", tanya Kang Daniel kehairanan. Dia tak dengar bunyi pintu biliknya dibuka mahupun ditutup.

"Tadi. Kamu je yang tak perasan", kata Heechul lalu duduk di atas sofa yang ada di tengah ruang bilik tidur Kang Daniel itu.

"Lah. Yeke? Tak perasan pula", sungguh Kang Daniel tidak perasan akan itu kerana terlalu fokus dengan tugasnya meneroka rumah orang.

"Macam mana nak perasan. Hyung tengok, tak berkelip mata kamu tengok laptop tu. Kamu tengah buat apa tu?", kata Heechul.

Kang Daniel tersenyum lalu turun dari katil sambil membawa laptopnya. Heechul dihampiri dan dia duduk di sisi lelaki itu. Laptop diletakkan di atas meja kaca di depan mereka. Heechul merenung skrin tersebut sambil mengerutkan dahinya. Game apa pulalah yang budak ni main.

"Cuba hyung teka. Kat mana lokasi ni?", tanya Kang Daniel cuba berteka-teki. Dahi Heechul berkerut.

"Manalah hyung tahu. Kat mana ni?", tanya Heechul kembali malas ingin menebak soalan Kang Daniel.

Kang Daniel mencebik. Tak fun langsung Heechul ni. Kang Daniel kembali menarik laptopnya dan diletakkan di atas ribanya. Dia kembali menyambung penerokaannya. Nanti kita sambung lukis map eh.

"Ni rumah Ho Jin", jawab Kang Daniel ringkas membuatkan mata Heechul membesar dan memandang bos mudanya itu.

"Serious?!"

"Yup. Aku guna dron yang aku suruh Prof Stefan buat untuk aku tu", jawab Kang Daniel jujur.

Heechul memandang Kang Daniel tidak percaya. Sungguh dia kagum dengan kepala otak Kang Daniel ini. Ingatkan Kang Daniel menempah dron ni untuk dijadikan koleksi tapi rupanya....

"Apa plan kamu?", tanya Heechul lagi.

Teringin juga dia nak tahu apa rancangan terbaru Kang Daniel. Bukan dia tak tahu yang rancangan Kang Daniel semalam gagal. Dia sendiri pun terkejut. Itulah kegagalan pertama bagi Kang Daniel. Tiba-tiba dia rasa ingin berdepan dengan gadis itu. Dia nak tengok sejauh mana kuatnya dan sejauh mana liciknya SinB.

"Sometimes old school plan are better", berkerut dahi Heechul. Tak faham. Inilah orang muda sekarang. Suka sangat berbunga-bunga.

"Maksud?"

Kang Daniel memandang Heechul dengan senyuman sinis di bibir.

"Guna cara lama. Aku akan culik dia terus dari rumah dia", beritahu Kang Daniel.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now