PART 11

716 39 2
                                    

Kelopak mata dibuka perlahan dan SinB menguap sekali. Matanya mula meliar mencari jam yang tergantung pada dinding biliknya. Dah siang rupanya. SinB menoleh memandang Kang Daniel. Ternyata lelaki itu masih lagi terlena sambil pinggangnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Pipi lelaki itu diusap lembut membuatkan Kang Daniel menggeliat sedikit kerana terganggu. SinB melarikan tangannya dan ketawa kecil. Melihat wajah Kang Daniel yang keletihan amat lena itu membuatkan dia tak tega untuk mengejutkan lelaki itu.

Lengan Kang Daniel yang melingkar di pinggangnya diketepikan perlahan. SinB bangkit dari pembaringan dan duduk di situ buat seketika. Rambutnya yang panjang mengurai disanggul begitu sahaja dan baju kemeja milik Kang Daniel yang dipakainya, dirapikan. Baru sahaja dia ingin bergerak turun dari katil, tiba-tiba pinggangnya kembali dipeluk dan ditarik membuatkan dia kembali terbaring. Kepala Kang Daniel mendarat di atas bahunya.

"Where are you going, hmmm?", bisik Kang Daniel dengan suaranya yang serak-serak basah. Seksi gitu.

"Ermm. Shower?", jawab SinB dalam bentuk soalan.

"Wait for me. We'll get shower together", arah Kang Daniel masih dengan nada suara yang sama. SinB mengetap bibirnya. Wajah Kang Daniel dipandang. Mata lelaki itu masih terpejam rapat.

"No way. Saya tak nak mandi sama-sama dengan orang", tegas SinB bersuara. Kang Daniel mendongak. Kelopak matanya terbuka dan anak matanya itu tajam menikam anak mata SinB.

"Why not? I've already seen it all. So, what?", kata-kata Kang Daniel itu membuatkan SinB terdiam. Wajahnya mula berbahang. Serta-merta perkara semalam kembali terlayar di mindanya.

"You're blushing!", tegur Kang Daniel lalu ketawa kecil membuatkan SinB tersentak lalu memegang kedua belah pipinya.

"No, I'm not", dalih SinB walaupun dia tahu pipinya sememangnya sedang memerah sekarang ini.

"Yes you are and you're look so cute!", Kang Daniel tetap ingin mengusik SinB. SinB mengerutkan batang hidungnya tanda tidak berpuas hati.

Kang Daniel ketawa lalu bangkit dan duduk di atas katil itu menampakkan separuh tubuhnya yang tidak berbaju. SinB turut duduk bersila di atas katil itu. Matanya sempat menjeling 'coklat' yang ada di perut Kang Daniel. 6 ketul kau. HAHAHA! Wajah Kang Daniel dipandangnya masih tidak berpuas hati.

Kang Daniel berhenti ketawa lalu tersenyum. Dia mendekati SinB. Kedua belah pipi wanita itu diciumnya lalu tubuh SinB dipeluk erat. Wajah SinB terus berubah. Tidak lagi cemberut seperti tadi. Kini dia tersenyum lalu membaringkan kepalanya dengan selesa pada dada Kang Daniel dan tangannya melingkar di pinggang lelaki itu.

"Thanks", ucap Kang Daniel tiba-tiba.

"For what?", tanya SinB ingin tahu lalu mendongak memandang wajah Kang Daniel. Kang Daniel turut tunduk memandang wajah SinB.

"Sebab terima saya for who I am and I'll make sure you'll be mine forever. I'm not gonna let you go. Mark my words", jawab Kang Daniel lalu turut menabur janji. SinB tersenyum.

"Thanks for giving your love to me too. I'm gonna hold you words. Kalau awak berani mungkir janji, I'm gonna kill you and cut you into pieces", kata SinB sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dengan wajahnya yang serius. Kang Daniel ketawa membuatkan SinB turut ketawa.

"Morning kiss?", pinta Kang Daniel apabila tawa mereka reda. SinB tersenyum.

"Come"

Kang Daniel pun tunduk mengucup bibir milik SinB. SinB membalasnya. Bibir mereka bertemu buat seketika sebelum akhirnya Kang Daniel menjarakkan wajahnya.

"Should I go to get my shower now?", tanya SinB. Kang Daniel tersenyum nakal.

"Should I go with you?", soal Kang Daniel pula. SinB membulatkan matanya membuatkan Kang Daniel ketawa.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now