PART 12

460 32 4
                                    

KRING KRING! KRING KRING!

Telefon pintar yang sedari tadi berbunyi hanya direnung Jisung. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon pintar Sunny itu tidak mengejutkannya. Ianya adalah panggilan dari Heechul. Tak hairanlah kalau Heechul berkali-kali menelefon Sunny apabila Sunny tidak mengangkat panggilannya. Dengan tiada rasa bersalahnya, Jisung menggesek ikon merah di skrin telefon itu ke kiri. Kemudian telefon pintar Sunny itu dimatikannya lalu telefon tersebut dihumbankan ke dalam kolam ikan yang terdapat di taman rumah agam Ho Jin itu. Dengan langkah tenangnya, dia berlalu dari situ.

*****

'Sorry. The number you're dial...'

"GOD DAMN IT!"

Telefon pintar dihumban ke atas katil dan Heechul meraup kasar mukanya. Geram kerana panggilannya tak diangkat. Dia berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya itu. Sejak semalam lagi dia tak dapat menghubungi Sunny dan ianya amat membuatkanya tertekan. Sudahlah waktu untuk memulakan rancangan Myung Soo akan dimulakan tapi Sunny pula tak dapat dihubungi sedangkan wanita itu memainkan peranan penting dalam rancangan ini.

Heechul menghela nafas berat dan cuba menenangkan dirinya. Dia cuba berfikir dengan tenang. Sunny tak pernah tidak menjawab panggilannya mahupun mematikan telefonnya. Setiap kali dia menelefon, pasti Sunny akan menjawabnya. Heechul menggigit bawah bibirnya apabila otaknya dapat menebak sesuatu.

"Is she busted? Shit!"

Heechul bergegas mencapai telefon pintarnya semula lalu nombor seseorang dicarinya. Setelah menjumpai nombor yang di cari, tanpa berlengah dia membuat panggilan dan telefon dilekapkan pada telinganya. Hanya beberapa deringan sahaja dan akhirnya panggilannya dijawab.

"We're in trouble"

*****

Buka sahaja pintu garaj itu, senyuman SinB terus melebar. Pantas kakinya berlari ke arah sebuah kereta yang amat disayanginya. Apa lagi kalau bukan Audi R8 yang berwarna putih itu. Tangannya mula membelai kereta kesayangannya itu. Keadaannya masih sama seperti kali terakhir dia gunakan. Bersih dan berkilat. Pasti penjaga trek lumba kereta ini yang membersihkannya.

"Baby. Do you miss me?", soalnya seolah-olah sedang bercakap dengan manusia dan sudah semestinya kereta tersebut tidak menjawab soalan SinB.

SinB tersenyum lalu pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Tubuhnya dibawa masuk ke dalam lalu enjin dihidupkan. Bunyi enjin yang masih sama. Sedap didengar.

"Beautiful. Baby. Let's go home"

Handbrake diturunkan dan pedal minyak ditekan. SinB terus memandu keretanya keluar dari garaj tersebut dan membawa keretanya itu keluar dari trek lumba milik appanya buat kali yang pertama. Sekarang ini dia cuma berharap agar dia tidak disaman kerana memandu tanpa lesen. Hahaha!

*****

"Selamat pulang, tuan muda"

Kang Daniel hanya tersenyum apabila beberapa orang anak-anak buahnya menyambut kepulangannya. Ada juga yang terkejut kerana Kang Daniel tiba-tiba sahaja muncul tapi Kang Daniel hanya mengabaikannya. Ini rumahnya. Suka hati dialah nak pulang atau tak. Kaki Kang Daniel diatur masuk ke dalam rumah agam miliknya itu dan dia disambut oleh ketua orang gaji di rumah itu. Kang Daniel berhenti melangkah.

"Selamat pulang, tuan muda", ucap orang gaji tersebut sambil memberi tunduk hormat kepada Kang Daniel. Kang Daniel hanya mengangguk.

"Heechul hyung mana?", soal Kang Daniel tanpa berlengah.

"Ada di dalam bilik dia", jawab orang gaji tersebut masih menundukkan wajahnya.

"Araseo"

Kang Daniel menyambung langkah menuju tangga rumah agamnya. Satu-persatu tangga di daki dengan pantas sehinggalah dia tiba di tingkat dua rumah agamnya itu dan bilik Heechul dituju. Tinggal beberapa langkah sahaja lagi dia tiba di pintu bilik Heechul, tiba-tiba kelibat Heechul keluar dari situ dalam keadaan tergesa-gesa. Kang Daniel berhenti melangkah. Tangan disilangkan ke dadanya dan dia hanya memerhatikan Heechul yang masih tidak perasaan akan kehadirannya di situ. Senyuman terukir di bibirnya.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now