PART 7

629 43 3
                                    

Bilik karaoke VVIP itu kini tidak seriuh tadi apabila lelaki yang tiba-tiba menerjah masuk itu dengan selamba memperlahankan kelantangan pembesar suara yang ada di bilik itu. Kemudian, kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Wajah 3 orang wanita yang ada di situ dipandang satu-persatu dengan senyuman setia meniti di bibir.

"I'm sorry girls. The party is over. Could you please leave us?", pintanya berupa satu arahan.

Ketiga-tiga wanita itu ketawa kecil lalu berdiri. Dengan langkah yang terkedek-kedek disebabkan kasut tumit tinggi yang mereka pakai itu, mereka melangkah menuju ke pintu untuk keluar dari situ. Mereka juga sempat mengambil kesempatan menyentuh bahu, dagu dan pipi milik lelaki tampan di hadapan mereka itu lalu keluar dari situ. Tutup sahaja pintu, Myung Soo berdiri dari duduknya dan melangkah menghampiri pemuda itu sambil membutang baju kemejanya.

"Hwang Minhyun. My one and only son. Isn't it to harsh to call your dad by name? Hmmm?", soal Myung Soo mengenai panggilan yang digunakan oleh anaknya Minhyun kepadanya tadi. Minhyun hanya ketawa.

"I'm sorry, dad", Myung Soo menggeleng lalu mendepangkan tangannya.

"Come and hug your dad, young man", Minhyun ketawa lagi dan terus memeluk appanya itu.

Dah 5 tahun dia tak berjumpa dengan orang tua itu memandangkan selama ini dia menetap di Jepun bersama dengan eommanya. Appa dan eommanya dah lama bercerai. Sebab itulah dia sebagai anak terpaksa sentiasa berulang-alik setiap 5 tahun. Eommanya adalah anak seorang yakuza di Jepun jadi dia dah biasa hidup dalam keadaan penuh merbahaya ini walaupun kadangkala, dia rasa ingin melarikan diri dari semua ni.

"Kamu betul-betul membesar dengan baik, Minhyun ah. Tough and good looking", puji Myung Soo setelah pelukan dileraikan. Dia membawa Minhyun duduk di atas sofa yang ada di situ.

"Well. I have to follow my mom and dad's steps. Kat sana, mom selalu train Minhyun kalau dia ada masa. She's indeed a good trainer", kata Minhyun sempat memuji eommanya.

Myung Soo mengangguk tanda mengerti. Memang dia tak nafikan yang bekas isterinya itu sangat mahir dalam hal seperti ini. Lagi-lagi kalau berlawan pedang samurai. Dia sendiri tak boleh nak lawan.

"Anw dad. I heard that yang Kang Daniel dah culik SinB dan sembunyikan dia. Betul ke?", tanya Minhyun. Walaupun dia lama tinggal di Jepun tapi segala rancangan appanya di sini, dia tahu.

Myung Soo mengangguk dan tersenyum bangga. Dia menuang beer ke dalam gelas dan diberikan kepada Minhyun. Minhyun mengambil dan meminumnya rakus.

"Apa yang kamu dengar tu benar. Sedikit demi sedikit rancangan appa dah berjaya. Kang Daniel dah culik dan bawa lari SinB ke tempat yang tiada siapa yang akan temui mereka. Now, I'll proceed to my next plan. Bunuh Ho Jin secara perlahan-lahan", jawab Myung Soo dan tersenyum sinis.

Minhyun mengeluh perlahan. Ada sesuatu yang mengganggu jiwanya apabila dia mendengar rancangan appanya itu walaupun dia tak pernah ada hati ingin menghalangnya. Myung Soo yang mendengar keluhan Minhyun itu berkerut dahi memandang anak lelakinya itu.

"What's wrong my son?", soal Myung Soo penuh dengan rasa ingin tahu. Minhyun memandang wajah appanya.

"Dad. Why you have to do this? He's your brother after all", soal Minhyun dengan beraninya. Wajah Myung Soo bertukar kelat dan tegang apabila soalan itu diutarakan kepadanya. Lebih-lebih lagi dari mulut anaknya sendiri. Anak mata Minhyun direnung tajam.

"Kamu dah lupa ke? Dad has been abandoned by my own family. In fact, they threw me out!", Myung Soo bersuara tegas. Kelihatan urat darah mula timbul di lehernya tanda dia tersangat marah apabila terkenang akan perkara hitam itu.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now