PART 16

354 29 14
                                    

"Hyung!"

Panggilan seseorang membuatkan langkah mereka berdua terhenti dan memandang ke arah si empunya suara. Kelihatan Jihoon sedang berjalan laju menghampiri mereka. Atau lebih tepat lagi, menghampiri Kang Daniel. Kang Daniel menyilangkan tangannya ke dada. Semalaman dia tunggu Jihoon tapi budak ni tak muncul-muncul langsung hinggalah sekarang. Elok je budak tu tersenyum sambil memandangnya.

"Kau pergi mana hah? Aku cari kau kat luar, kau takde pun. Dengan kereta, kereta sekali lesap", baru sahaja Jihoon membuka mulut ingin berkata, Kang Daniel terlebih dahulu menyerangnya. Serupa seorang ayah memarahi anak.

Jihoon mengeluh berat. Belakang lehernya digaru dan dia kembali memandang Kang Daniel.

"Hyung dengar dulu. Kelmarin, saya nampak SinB noona kena bawa oleh Myung Soo so saya ikutlah kereta diorang sampailah tiba kat mansion Myung Soo. Saya tunggu kat situ semalaman. Just in case, kalau-kalau diorang bawa noona ke tempat lain tapi tak. So, saya balik sini dan bagitahu hyung lah", jelas Jihoon mengenai aktivitinya semalam.

Jisung yang pada mulanya tidak begitu mengendahkan Jihoon, langsung memakukan pandangannya terhadap anak muda berwajah naif itu. Kang Daniel ditolak dan dia berdiri di depan Jihoon. Kang Daniel terkejut. Jihoon lagilah terkejut apabila matanya menyapa lelaki yang beranin menolak ketuanya begitu sahaja. Kang Daniel mendengus geram. Bahunya diusap kasar. Jisung sedikitpun tidak melayan Kang Daniel. Dia tetap memandang ke arah Jihoon.

"So maksudnya. SinB dan Ho Jin kat rumah Myung Soo?", soal Jisung inginkan kepastian. Jihoon mengerutkan dahinya. Soalan Jisung tidak dijawab malah pandangannya beralih pada Kang Daniel.

"Dia ni siapa, hyung?", soal Jihoon kepada Kang Daniel dengan selamba. Kang Daniel membuka mulutnya ingin menjawab soalan Jihoon namun Jisung pantas bersuara.

"Saya Yoon Jisung. Abang kepada SinB. Anak Ho Jin"

"Abang?!"

"ANAK?!"

Kang Daniel mahupun Jihoon. Sama-sama terkejut mendengar jawapan Jisung itu. Lagi-lagi Kang Daniel. Wajah Jisung yang serius itu dipandangnya. Bila masa pula SinB ada abang? Setahunya, SinB adalah anak tunggal kepada Ho Jin. Dia tak terkejut kalau Jisung memperkenalkan dirinya sebagai abang kepada SinB memandang SinB pernah cerita yang dia dan Jisung sangat rapat. Persis adik-beradik. Tapi, bila Jisung memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada Ho Jin, dia betul-betul tak menyangkanya.

"Ma... macam mana..."

"It's not the right time to explain it to you. Sekarang ni, SinB dan Ho Jin lagi penting", sekali lagi Jisung mencantas kata-kata Kang Daniel. Kang Daniel akhirnya terdiam seribu bahasa. Otaknya masih cuba mencerna maklumat yang baru diterimanya itu.

TING!

Tiba-tiba, bunyi notifikasi masuk kedengaran dari poket seluar Jisung. Jisung lantas menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon pintarnya yang mungkin berada di situ sejak dari kelmarin lagi. Skrinnya dipandang. Mesej dari Minhyun. Tanpa membuang masa, mesej tersebut dibacanya dengan serius.

'Go to this address and meet her. She's my mom's older sister. She will help you. I've already told her about you, Kang Daniel and SinB' - HWANG MINHYUN

Alamat yang tertera di situ, Jisung baca dengan penuh teliti dan sematkan di dalam kepalanya. Dahinya berkerut. Sakura Point. Tempat apa pula ni? Sekalipun dia tak pernah tahu akan tempat ini. Kenapa pula Minhyun rasa kakak kepada ibunya itu boleh menolongnya?

"Mind to tell me?", Kang Daniel yang tidak dapat menyembunyikan perasaan ingin tahunya setelah melihat wajah berkerut Jisung itu, bertanya. Dia tahu Jisung menerima satu mesej penting dari seseorang.

BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)Where stories live. Discover now