Meriah sungguh keadaan di Light Hotel dengan kehadiran pelbagai tetamu yang datang untuk menghadiri majlis perkahwinan tuan empunya hotel ini. Kesemuanya cantik dan kemas dengan pakaian masing-masing. Dewan utama menjadi tujuan utama mereka memandangkan majlis akan diadakan di situ.
"SinB? Kenapa ni?"
Dengan penuh prihatinnya, Jisung menyoal adiknya yang kelihatan gugup berdiri di sebelahnya di depan pintu masuk dewan ini. Kurang dari 10 minit sahaja mereka akan masuk ke dalam dan SinB akan diisytiharkan sebagai isteri Kang Daniel dan Jisunglah yang akan memimpin dan menyerahkan SinB kepada si pengantin lelaki nanti.
"Huh?"
Bingung SinB mendongak dan memandang wajah abangnya itu. Jelas pada wajahnya yang dia betul-betul rasa gemuruh. Tak pernah-pernah dia rasai perasaan ini. Mungkin inilah yang perlu dan wajib dihadap oleh setiap pengantin. Rasa nak muntah pun ada juga sebab jantung yang terlampau laju berdegup.
Jisung menggeleng dan mencapai tangan kiri SinB lalu dipautnya pada lengan kanannya. SinB hanya membiarkannya. Serupa patung cendana. Sedikitpun tidak menolak. Wajah SinB yang kelihatan amat cantik itu direnung Jisung dengan panahan mata yang menenangkan. Berharap agar ketenangannya itu sampai kepada SinB.
"SinB jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Janganlah gugup macam ni", kata-kata semangat diungkapkan.
SinB tersenyum nipis dan dapat dia rasakan bahawa senyumannya itu amatlah canggung. Buatlah macam mana sekalipun, gugupnya itu tetap ada. Namun, demi Jisung dan demi majlisnya ini, dia cuba juga untuk beriak tenang. Pandangannya ditalakan ke depan sambil nafas dihembus perlahan. Senyuman manis diukir sebaik mungkin. Jisung yang melihatnya hanya menggeleng kecil dan turut memandang ke depan.
Pintu utama dewan itu tiba-tiba terbuka tanda mereka sedia mengalu-alukan kedatangan si pengantin perempuan. Jisung membuka langkah menyusuri karpet merah yang terbentang di depan mereka dan SinB hanya menurut. Kesemua mata para tetamu tertumpu pada SinB seolah-olah mengagumi kecantikan SinB pada hari itu nemun semuanya tidak dihiraukan oleh si pengantin perempuan kerana mata SinB tertumpu sepenuhnya ke arah Kang Daniel yang segak menunggu di depan mereka dengan senyuman di bibir. Ketampanan Kang Daniel sememangnya terserlah pada hari ini dan itu membuatkan SinB terjatuh cinta berkali-kali.
Oleh kerana mata SinB hanya tertumpu pada Kang Daniel, dia tidak sedar bahawa dia dan Jisung telah tiba di depan lelaki itu. Dia hanya tersedar apabila Jisung tiba-tiba berhenti. Nasib baik kakinya turut sama berhenti. Kalau tak, memang dah terlajak dia berjalan ke depan. Kang Daniel senyum sekilas ke arah SinB sebelum mata lelaki itu tertumpu pada Jisung.
"Aku serahkan adik aku pada kau, Kang Daniel. I hope you can take a good care of her and always make her happy. I trust you", pesan Jisung dan Kang Daniel mengangguk sekali.
"I will", sahut Kang Daniel.
Jisung memandang pula ke arah SinB yang sudah menetapkan matanya pada Jisung. Jisung tersenyum sebelum meleraikan pautan lengan SinB pada lengannya, jemari SinB dan Kang Daniel dicapainya lalu disatukan. Matanya tetap terarah pada si adik kesayangan.
"Ingat. Oppa tetap sayang SinB tau", ucap Jisung.
Walaupun ringkas sahaja ayat Jisung itu namun SinB dapat merasakan yang air matanya mula bergenang di kelopak mata. SinB mengangguk sekali dan sedaya upaya mengukir senyuman dan menahan tangisnya dari gugur. Jisung yang menyedari hal itu, mengesat air mata di hujung mata SinB lalu kepala SinB diusap lembut.
Setelah itu, Jisung melarikan tangannya dari terus memegang kedua tangan pengantin baru itu lalu mengambil tempat di tempat duduknya yang tersedia di situ. SinB memandang pula ke arah Kang Daniel.
YOU ARE READING
BEAUTY TARGET [Completed✔] (The Watty Awards 2019 •Fanfiction•)
Action▪The Watty Awards Winner 2019 - Fanfiction Category▪ [Status : Completed] Dek kerana kematian orang tuanya, Kang Daniel telah menanam satu rasa dendam terhadap seorang ketua mafia terbesar dan berpengaruh di Seoul. Dia yang juga seorang ketua mafia...